Perkahwinan bukanlah semudah yang disangka. Perlu persediaan. Tapi kalau jodoh dah depan mata, jangan bertangguh. Tanggungjawab lepas kahwin akan bertambah. Kalau waktu bujang, fikir diri sendiri je. Nak makan ke, tak nak masak ke, malas nak basuh baju hari-hari ke, lantak situ. Dah kahwin, kena jaga-jaga. Kalau dapat yang cerewet, habis la. Kalau dapat yang boleh kawtim, bagus jugak. Macam aku ni, dah la tak berapa rajin nak mengemas, nak masak pun kadang-kadang malas. Minggu lepas, berapa kali je dapur berasap. Selebihnya singgah pasar atau kedai makan beli lauk. Sungguh pemalas... Eh, toi..toi..toi..kantoi.
Kepada adik-adik yang tak lama lagi nak bergelar 'Puan', jangan risau dan ragu-ragu. Sungguh pun anda muda, yakinlah bahawa takdir anda untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri sampai pada usia muda dan anda mampu memikulnya. Cuma, perlulah melebihkan persediaan. Boleh dapatkan nasihat daripada orang-orang berpengalaman atau baca buku-buku tentang perkahwinan yang berlambak-lambak di pasaran sekarang.
Semalam juga, aku menghadiri majlis pernikahan seorang lagi sepupuku belah Abah. Baru melangsungkan pernikahan, majlis resepsinya bulan 12 nanti. Tiba agak lewat juga dan sampai-sampai sudah selamat. Sekali lafaz rasanya. Tahniah buat Kak Had kerana sudah bertukar status kini. Sempat juga
Ini pengantinnya...cuma ambik sekeping gambar ni je sebab semalam aku segan nak klik..klik macam selalu. Nak jadi jurugambar kena tebalkan muka dan yakin. Jadi, kena bertukarrrrr! Sebab semalam tak bertukar, maka ni ajelah yang ada. Ehehehe..
Ini hantaran dari pihak perempuan. Seperti yang dimaklumkan, kesemuanya ada 15 dulang.



















