Sebelum tiba di stesen tram The Peak, kami kena berkumpul di Central Station Exit K untuk bertemu dengan pemandu pelancong dari Klook. Waktu berkumpul adalah pada jam 5.30 petang dan perlu tiba 15 minit lebih awal. Kami pun ikutlah seperti yang diarahkan dan tiba lebih awal. Sampai je, terus menggagau cari bendera Klook dari hujung ke hujung, sampai menjauh dari kawasan yang disebutkanlah kot-kot salah tempat. Sekali rupanya, dia tunggu betul-betul pukul 5.30 baru dia kibar bendera oren Klook tu ha. Lorr...
Dah jumpa dengan ejen Klook tu, kena tunjuk baucer yang kita dapat dari email. Boleh tunjuk mobile voucher atau yang dicetak. Saya tak ingat tunjuk yang mana satu tapi rasanya yang dicetak sebab kami memang sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan. Lepas tu dia bagi pelekat warna oren mengikut bilangan orang dalam baucer tu untuk ditampal pada badan. Tampal je mana-mana asalkan nampak. Dah dapat pelekat, kena beratur dan tunggu semua orang sampai dan kemudian menapaklah kami beramai-ramai ke stesen tram The Peak. Jauh woi kena jalan. Lalu celah bangunan, melintas jalan dan mendaki bukit. Phew, kurus 500gm! 😂😂😂
Sampai je di pintu masuk ke stesen tram, pening kepala sebab ramai sungguh manusia. Ramai yang omaigod, kenapa semua orang nak ke The Peak ni? Hahaha.. Yelah, hari Ahad, lepas tu waktu yang kami pilih tu antara waktu paling cantik sebab boleh tengok matahari terbenam dan persembahan lampu Symphony of Lights dari kejauhan. Mujur jugalah dah beli tiket awal jadi tak perlu tunggu lama sangat.
Baru nak kibar bendera
Sebaik saja dapat tiket dan pelekat oren tu
Ikut je belakang orang pegang bendera oren tu
Dari ambang pintu dah bersusun orang beratur. Ni baru beratur untuk naik tram ye, belum jumpa yang ramai-ramai dekat puncak tu. Bukti kesesakan pertama
Kalau belum beli tiket, sila beratur untuk beli tiket
Penunjuk arah
Bukti kesesakan nombor 2. Pasangan belakang tu siap tumpang bergambar dengan kami haa..😂😂

Bukti kesesakan nombor 3
Dari pandangan sisi Hani
Keluar dari tram, terus berpecah kepada dua kumpulan untuk memudahkan pergerakan. Saya dengan Radin manakala Mada dengan Hani. Dekat atas tu lagilah ramai orang. Kami terus berjalan naik ke Sky Terrace 428 untuk meninjau pemandangan di seluruh Hong Kong. Kenapa 428? Sebab kawasan tinjauan tu terletak 428 meter di atas paras laut dan menjadikan ia sebagai tempat tinjauan tertinggi di Hong Kong. Dekat sini pun, manusia dimana-mana. Nak bertenggek dekat tepi untuk melihat pemandangan pun kena berebut. Nak bergambar pun kena pasrah je berlatarbelakangkan manusia.
Waktu ni memang tak nampak Mada dengan Hani dah. Dah hilang di celah-celah manusia. Maka, saya dan Radin jalanlah berdua menanti matahari terbenam dan menikmati pemandangan senja. Lama jugalah duduk dekat atas ni sampai hari gelap. Tak lama tu, baru kami turun semula untuk mencari jalan pulang. Sebelum tu, sempatlah memborong cenderahati untuk kawan-kawan rapat dan diri sendiri. Harga yang ditawarkan pun bolehlah dikira murah walaupun berada di puncak tertinggi. Sakan memborong. Hehehe.. Sky Terrace ni merangkumi tempat makan dan membeli-belah. Selain tu, ada juga tarikan lain seperti Madam Tussauds dan 3D Adventure. Hat dua ni kena bayar tiket masuk asing.
Keadaan dalam tram
Tuan blog
Radin
Gigih nak tutup orang-orang di sekeliling namun masih ada sedikit penampakan di situ
Kami dan orang
Pemandangan selepas bersesak dan berebut untuk mendapatkan tempat yang agak selesa bagi menikmati pemandangan
Bukti kesesakan nombor 4. Sebab dah edit, tepek jelah. Hahahaha...
Kami dan orang(?)
Hai Mada! Hai Hani!
Bukti yang ke-5 bahawa manusia padat dari hujung ke hujung di atas anjung tinjau ni
Pemandangan hampir senja. Cuaca agak berkabus waktu ni.
Pemandangan menjelang senja
Ini kami duduk kejap melepas penat di hujung anjung tinjau sambil mengenang nasib dan berkata, "Kenapalah kita ni gigih sangat pergi sini hari Ahad? Daaaaaah, tak dapat nak ambil gambar cun."😂😂
Pemandangan waktu malam. Cantik la boleh nampak macam-macam lampu dan boleh tengok Symphony of Light dari kejauhan juga.
Gambar ni ada seorang pelancong asing tolong ambilkan sebagai balasan kami tolong ambil gambar dia. Pelancong dari mana, saya dah lupa. Jadilah, sekeping gambar bukan selfie.
Dah habis membeli, bermulalah episod tercabut kaki bahagian dua. Disebabkan fast lane cuma untuk waktu pergi je, maka waktu balik ni kena beratur tunggu giliran nak naik tram. Sebenarnya ada cara lain nak turun dari The Peak iaitu dengan menaiki bas atau teksi. Namun disebabkan kami dah beli tiket tram, bersabar jelah beratur tunggu giliran. Panjang ye barisan dia, melingkar macam ular dah. Dalam perjalanan nak kembali ke rumah tumpangan, hujan pula. Teruslah berlari-lari anak menyelamatkan diri dari kebasahan. Sampai rumah terus buka nasi itik yang ditapau tadi untuk makan malam. Entri diakhiri dengan gambar di kawasan laluan masuk ke stesen tram The Peak.



















































