Engagement Fund ;)

Wednesday, 26 June 2024

GangneungXSeoul 2019 Episod 11: Makan Besar di Lorong Ikan Bakar Dongdaemun

Hai!

Ini sambungan hari ketujuh haritu. Dari Yeouido, kami naik bas untuk pergi ke K-Style Hub. Tak ingat dah sama ada memang hanya naik bas atau ada turun tukar naik subway. Sepanjang dekat Seoul, memang K-Style Hub ni tempat yang paling kerap dikunjungi. Tujuan utamanya sebab nak solat dan ada juga hari yang memang datang untuk tengok pameran dan pakai hanbok percuma. Memang salah satu tempat paling best untuk kami. Namun, dengar cerita K-Style Hub dah ditutup sepenuhnya semasa musim Covid pada tahun 2020 yang lalu. Ada juga cari info melalui Pakcik Google untuk sambung karang cerita pengembaraan ni tapi tak jumpa pula maklumat tentang lokasi gantian. 

Lokasi K-Style Hub ni sangatlah strategik iaitu terletak dihadapan Cheonggyecheon. Kiranya kalau ke sini boleh sambil menyelam sambil minum air sebab dapat pergi dua tempat sekaligus. Tiga kali datang sini, mesti ada perubahan yang berlaku. Waktu 2014 dulu tempat solat dekat tingkat bawah tanah dan tak banyak sangat ruang pameran. Masa pergi tahun 2016 nampak perubahan besar-besaran dan ada lebih banyak ruang pameran. Pada tahun 2019, ruang pameran yang ada lebih kurang sama namun ada lebih banyak aktiviti dan kelas berkisarkan budaya tempatan ditawarkan. Ada berbayar, ada yang percuma. 

Kumawo chingu gigih ambilkan gambar kita dari pelbagai sudut😍

Waktu operasi pada ketika itu

Penerangan mengikut tingkat

Disebabkan kami sampai sini dah lewat petang, ada beberapa bahagian yang dah tutup. Jadi memang datang solat dan lepak-lepak di kerusi empuk yang disediakan. Kalau terasa nak ngopi, ada juga kafe yang menjual minuman dan manisan. Tahun 2019 duta rasmi KTO adalah EXO. "Saranghaja E.X.O.!" Gituh dia punya gembira tu. Hahahaha... Walaupun BTS lebih mendominasi, namun EXO tetap dihati. Dia macam "BTS who?" Kahkahkah... Dah solat, dah ke tandas dengan selesa, dah lepak tengok langit dan suasana di luar bangunan, ayuhlah ke Dongdaemun.

Kalau rajin baca kembara Korea 2016, dekat Dongdaemun nilah ada Tragedi Oktober. Hahahaha... Bila kenang balik kelakar la, tapi waktu kejadian tu, dia punya cuak dan cemas Allah je yang tahu. Tahun 2019 ni rasanya kami mengikut jalan yang lurus dan benar. Turun subway, ikut arahan yang dicatatkan dan sampai terus dekat permulaan lorong. Memang kedai sepanjang lorong ni ada jual ikan bakar pelbagai jenis ikan. Kami masuk Jeonju Sikdang rasanya. Penjual-penjual dekat sini pun dah tahu ikan kegemaran pelancong dari Malaysia. Tak sebut ""κ³ λ“±μ–΄" (godeung-eo), sebut tenggiri terus. 

Kami dan makanan

Banchan - yeolmu kimchi, kong namul, baechu kimchi dan kkaenip. Semua sedap, semua habis.

Ikan bakar sorang sekor eh, tak nak kongsi. Hahahaha...

Ini complimentary soup. Kalau tak silap doenjang guk sebab kuah dia ceroi sikit. Kalau pekat baru panggil jjigae. Sedap juga yang ni.

Yang ni apa eh? Sundubu jjigae ke? Kalau jjigae memang dia hidang dalam ttukbaegi ni dan waktu sampai atas meja memang masih menggelegak lagi. Sluurrrpp..!

Ojingeo (squid) bokkeum. Asalnya nak pesan nakji (octopus), tapi nakji habis. Ojingeo pun layan!

Ini tempat bakar ikan dekat depan kedai. Kalau datang sini memang bau asap dan bau ikan dari hujung kepala sampai hujung kaki.

Lama kami dekat sini sebab pesan menu kemain banyak. Dahlah makan berdua je, lepas tu pesan lauk utama sampai empat, habis licin pula semuanya termasuk banchan yang dihidangkan. Kagum ahjumma yang hantar makanan dan kemas meja kami sampai dia cakap; "많이 λ¨Ήμ–΄μš”(manhi mogoyo:banyaknya makan)".Saya pun balas; "λ§›μžˆμ–΄μš”" (masisseoyo:sedap). Cakap tak ikut tatabahasa sebab belasah je apa perkataan yang keluar. Hahahaha... Patutnya kena cakap, "λ§›μžˆμœΌλ‹ˆκΉŒ (masisseunikka) yang membawa maksud "Sebab sedap." 

Habis makan, kami terus balik ke Hyehwa. Macam biasa, takkan terus balik rumah? Mestilah masuk dalam Daiso dulu tengok barang-barang yang boleh diangkut balik Malaysia. Hahaha... Dari Daiso, singgah lepak dekat 7 Eleven pula. Beli susu Binggrae dan duduk minum dalam tu. Sesambil tu kirai lebihan duit belanja hari ketujuh, catat perbelanjaan yang gunakan duit dari sampul dan rancang perjalanan hari esok. 

Antara barang paling best untuk dibeli jika ke Korea. Dekat Daiso pun banyak, macam-macam corak.

Susu perisa coklat dan peach kot ni.

Snek sihat, keledek bakar. Siap tulis "Keledek Bakar Sedap" dekat situ ha. Tulisan Korea tu bunyi dia "Mashineun gungoguma". Keledek bakar/rebus sedap dimakan bersama kimchi seperti yang dipelajari dari drama Bride of the Century

Sekian, cerita hari ketujuh di bumi Seoul. Cerita hari kelapan bakal menyusul. Babai~~

Tuesday, 25 June 2024

Drama Cina Pula: My Dear Guardian

 Hai!

Sementara ada masa lapang kejap ni kita jenguk blog kejap. Sejak dua menjak 'ter'langgan iQIYI ni, selalu juga la layan drama cina. Biasanya melangut tengok drama cina ni kalau nak tengok drama tapi tak nak meleret. Tempoh satu episod untuk drama cina paling lama pun 40 minit, jadi tidaklah rasa bersalah sangat untuk 'binge watching'. Kaahhh! Tapi kalau dah sampai 40 episod, dia macam sama je engkau marathon drama Korea. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Biasanya terjebak tengok kalau lalu klip pendek drama ni dekat FB la. Klip yang lalu tu tajuk dramanya adalah My Dear Guardian. Kali ni salah percaturan pula sebab drama ni 40 episod. Nak berhenti tengok dah dimulakan, karang tertanya-tanya jadi apa dekat kes tu. Maka, jenuhlah menghadap nak habiskan. Drama ni ala-ala Descendants of the Sun sikit. Ceritanya pasal ketenteraan, perubatan, jenayah, aksi dan sikit-sikit kelakar. 

Poster dari MyDramaList

Mula-mula cerita, dia tunjuk yang hero dengan heroin dekat luar negara untuk misi masing-masing. Yang hero ni sebab dia jalani latihan ketenteraan dekat situ; yang heroin pula kalau tak silap buat latihan perubatan dekat salah satu hospital dan beliau pun ada sangkut paut dengan tentera juga sebab doktor tentera. Nak dijadikan cerita waktu heroin tengah bertugas, ada pengganas buat huru-hara dekat hospital tempat dia bertugas dan akhirnya semua yang ada dalam tu dijadikan tawanan. Semasa misi menyelamat, kawan hero ni kena tembak sebab nak selamatkan heroin daripada tembakan salah seorang pengganas. Teruslah hero ni dok salahkan heroin dan permulaan mereka berdua 'bercakar'.

Bila dah balik, masih panjang rupanya jodoh mereka bila si heroin ni pindah masuk rumah hero sebab mak diorang cuba nak kenenkan diorang ni. Encik hero haruslah menyampah bila heroin ni duduk rumah dia dan suruh dia pindah. Mulanya memang dok gaduh sampai heroin setuju nak pindah keluar sebab dia pun tak tahu hero ada dekat rumah tu pasal mak si hero ni kata rumah tu kosong sebab anak dia duduk dalam kem. Tapi tiba-tiba hero minta heroin berlakon jadi makwe dia sebab mak si hero ni asyik la suruh dia pilih salah seorang daripada calon-calon gadis yang datanya dihantar terus ke dalam kem. Jenuhlah nak menjawab dengan bos apasal asyik sampai fail-fail begitu.

Heroin pun setuju je sebab dia malas nak cari rumah lain. Kalau jadi makwe hero, tak payah pindah. Inti pati cerita bermula bila kawan lama heroin, Zhuo Ran, yang merupakan cinta zaman remaja tiba-tiba muncul. Kemunculan Zhuo Ran ada makna iaitu dia nak rapat balik dengan heroin sebab nak dapatkan bahan kajian ayah heroin. Waktu nilah macam-macam kes berlaku dan semua yang berlaku tu bersangkut-paut dengan Zhuo Ran yang rupanya orang suruhan pengedar dadah paling dikehendaki. Selalunya rancangan jahat Zhuo Ran ni tak menjadi sebab hero dapat caras. Akhirnya selain nak perdaya heroin untuk dapatkan bahan kajian ayah heroin, dia dok rancang macam-macam nak bunuh hero sebab dia nampak hero ni halangan utama kepada matlamat dia.

Maka, ada banyaklah babak-babak yang menggeramkan dan mendebarkan sepanjang cerita. Berbaloilah untuk ditonton sebab nampak banyak diketengahkan bidang tugas seorang doktor dan seorang askar. Ada tunjuk heroin jalankan rawatan dan buat pembedahan. Ada juga tunjuk hero jalankan misi ketenteraan dan juga latihan ketenteraan yang disertai. Bercinta, bercinta juga. Tapi kerja pun penting sebab cinta tak boleh bayar hutang dan komitmen hidup. Ada juga politik tempat kerja dan elemen kekeluargaan daripada cerita orang di sekeliling mereka. Walapun panjang episodnya, tak rugi tengok sampai habis sebab pengakhirannya memuaskan hati walaupun sedih sikit sebab ada yang mati. Nak tahu macam mana kartel dadah tu ditumpaskan dan siapa yang mati, silakan tengok. Hero dengan heroin pun helok mukanya, bonus la tak nak bagi bosan sampai ke episod 40 tu. Hahahaha...

Wednesday, 19 June 2024

Hasil Keras Tangan

 Hai!

Ini cerita tahun lepas. Crime companion tiba-tiba kata nak nikah waktu saya tengah tunggang terbalik uruskan dokumen dan perihal berkaitan ISO 21001:2018 serta berperang dengan emosi yang caca marba kerana kerja dan hal peribadi, maka berdukalah saya sebab tak boleh nak ambil cuti untuk hadir ke majlis penikahan beliau kerana majlis berlangsung pada hari bekerja. Sedih sangat sebab selama ini saya berusaha sedaya upaya untuk hadir pada majlis pernikahan semua kawan-kawan rapat a.k.a crime companion. Sobs..

Namun, mujur jugalah sempat sumbangkan sesuatu untuk hari bersejarah beliau. Kelam kabut juga siapkan dua benda ni dengan bantuan daripada Youtube Ahjussi dan Sifu Instagram selain pendapat daripada Kak Chik sebab beliau yang temankan waktu beli barang untuk buat gubahan tu. Hasilnya, dapatlah bunga tangan dan tempat letak cincin+mas kahwin.

Bolehlah ek..heeee..

Bila dah siap ni, jenuh adjust untuk bagi dia selamat ketika proses pengeposan. Berapa kali susun, berapa kali keluar masuk kotak sebelum akhirnya puas hati dengan keadaannya. Inilah sedikit sumbangan yang boleh diberikan dari sahabatmu yang kini bermukim di hujung negeri. Kalau masih di Banting, rasanya sempatlah nak fikir untuk selit masa untuk lari sekejap ke majlis sebab jaraknya masih dikira dekat. Bila dah pindah daerah ni, wassalam. Inilah antara minat dari dulu yang kalau diasah, boleh buat duit. Tapi tulah, M nya yang dibesarkan, maka biarlah dia kekal jadi minat dan hobi sesekali.

Memberi Pun Membahagiakan...

 Hai!

Salam Aidiladha dari hujung negeri. Tahun ni ambil cuti dua hari alang-alang nak selesaikan masaalah telefon rumah kampung. Alhamdulillah berjaya diselesaikan walaupun malasnya nak keluar rumah. Raya haji pun tak ada ke mana. Sambutannya pun sederhana saja. Sementara ada roh dan semangat nak menaip, saya nukilkan catatan berdasarkan gambar yang telah diedit. Selain nak habiskan cerita balik kampung Korea lima tahun lepas, saya akan cuba catatkan juga peristiwa-peristiwa besar dalam sejarah kehidupan Cik Fara untuk tatapan dan rujukan di kemudian hari. Makna kata, akan ada banyak cerita zaman Abrahah jika momentum untuk berblog kekal berterusan sepanjang tahun.

Hah, panjang mukadimah kau ye! πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚Baiklah, kembali ke pangkal jalan. Nak cerita pasal bingkisan yang disediakan untuk salah seorang kenalan rapat di sini yang baru sahaja melahirkan cahaya mata keempatnya. Selama ni kita dok bagi hadiah pada anaknya, kali ni datang idea nak bagi pada ibunya pula. Mula tu fikir nak bagi benda biasa yang nampak orang biasa pakai. Bila borak dengan Kak Chik, beliau bagi cadangan lain yang lebih praktikal dan menarik. Maka, hasil membeli dari Shopee, Sri Kassim, Yang-yang dan ECO, terjadilah bakul dibawah.

Termos dua kepala, kain batik, minyak urut bayi, pek herba untuk mandian. Susun kemas-kemas dalam bakul dari ECO. Kalau nak lebih selamat, sebenarnya kena ikat atau gam semua barang ni pada bakul. Tapi sebab tak sempat fikir, saya susun je.

Lepas tu terus ikat riben je. Lagi comel kalau balut dengan kain organza atau net. Lain kali la ek. Yang ni memang bagi tahu dekat penerima jangan tonggengkan sebab nanti bersepah. Hahaha..

Selalu bila menerima kita rasa berbunga-bunga sebab orang ingat dekat kita. Tapi bila kita pula yang memberi, perasaannya lebih berbunga-bunga sebab kita buat benda yang kita suka dan membuatkan orang yang menerima gembira. Harapnya la kan. Hehehe... Dari segi kos, biasanya memang ada had. Tapi selalunya mesti terlebih dari had yang ditetapkan sebab semua pun nampak cantik dan bermanfaat untuk si penerima. Alhamdulillah bila niat baik, cukup je rezeki untuk diri sendiri dan untuk dikongsi. Rasa macam nak buka untuk tempahan pula. Hahaha.. Siapa nak tempah meh PM tepi kita bincang bagi jadi. Hehehee....

Wednesday, 12 June 2024

GangneungXSeoul 2019 Episod 10: KBS On Kali Kedua dan Menikmati Suasana di Yeouido

Annyeong!

Jom sambung kisah GangneungXSeoul 2019 hari ketujuh. Bila nak habis ni wei? Hahahaha... Semalam belek catatan Seoul Autumn Noob 2016, sampai 33 episod rupanya. Dah boleh terbit buat buku ke cemana? πŸ˜†πŸ˜† Macam biasa selepas hari berjalan jauh, hari yang ini kami berjalan di dalam Seoul sahaja walaupun jaraknya agak jauh dari tempat menginap. Kalau jalan dalam Seoul memang keluar ikut suka hati. Tidaklah awal sangat sebab tiada apa yang dikejar. Rasanya hari ketujuh ni antara hari yang melenggang kangkung.

Sebelum keluar kami sarapan siap-siap. Kalau tengok gambar, menunya adalah nasi goreng kimchi, roti bakar, tuna, jem strawberi dan kopi segera. Sebab nanti nak makan besar, jadi waktu makan yang lain kena jimat. Dari Hyehwa kami naik bas sampai depan bangunan KBS. KBS ni ada dua bangunan yang jaraknya agak jauh juga antara satu sama lain. Kami turun di bangunan utama, jadi kena menapak lalu celah bangunan, menyusur lorong kecil dan melintas jalan besar. Tapi mungkin sebab kawasan ni antara tumpuan pelancong juga, dalam perjalanan tu boleh nampak papan tanda penunjuk arah dan peta untuk ke lokasi. Dekat Korea ni tak hal nak menapak berkilometer sebab suasana nyaman. Setakat 2 km tu tak ada hallah! Begitu dia punya bongkakπŸ˜†.

Kami tiba di KBS On pada rembang tengah hari. KBS On merupakan sebuah dewan pameran penyiaran pertama di Korea. Dekat sini ada pelbagai pameran berkaitan proses penyiaran, rancangan tv, filem dan drama terbitan KBS. Ada juga studio kecil untuk pengunjung merasai pengalaman membaca berita , merekod suara untuk rancangan hiburan dan menyampaikan laporan kaji cuaca. Selain itu, ada juga beberapa bilik tayangan untuk dokumentari kalau tak silap. Boleh je masuk dan duduk tengok. Namun kami kurang gembira dengan kunjungan kali ini sebab mereka mengutamakan slot lawatan berkumpulan untuk merasai satu-satu pengalaman. Waktu tengah duduk dalam salah satu bilik tayangan, kami disuruh keluar sebab nak bagi laluan pada kumpulan tadi tu. Sobs...

Senarai bas dan jangkaan masa menunggu bas tiba di hentian. Hampir setiap hentian bas ada papan LED ni. Ini dekat hentian bas di Hyehwa.

Turun je dari bas tadi terus disambut dengan deretan pokok bunga sakura yang lebat berbunga. Swafoto satu kali!

Ini penanda arahnya

Tengah jalan nak ke KBS On, jumpa pakcik jual bungeopang. Pantang jumpa makanan yang satu ini, wajib beli. Sedaappp! Rangup dan intinya penuh.

Bangunan yang ada KBS On tu ada benda merah ni. Kalau satu lagi bangunan KBS, dia tak ada yang merah ni

Selagi boleh simpan dalam memori, simpan

Masuk je dekat kawasan pameran, Kapten Yoo Si Jin masih setia menunggu.

Ini dah dekat belah atas. Sepanjang laluan ni ada poster rancangan dan drama terbitan KBS. Masa ni 2 Days 1 Night tengah kontroversi.

Dekat bahagian skrin hijau untuk laporan kaji cuaca

Dekat bilik berita. Selepas 3 tahun, masih lagi perlu mengeja skrip yang dipaparkan. Kahkahkah... Mada je yang boleh baca lancar skrip tulisan hangul tu.


Tapi sejam juga rasanya dekat sini termasuk bergambar. Waktu datang pada tahun 2016 paling menikmati sekali sebab kami antara pengunjung terakhir dan hanya ada beberapa orang je dalam tu. Sakan la cuba semua benda. Dekat sini juga ada konti radio untuk beberapa radio dibawah KBS. Dinding konti ni dinding kaca maka bolehlah nampak orang dekat dalam. Tapi waktu tu tak ada artis atau penyampai radio yang dikenali, takdelah menebeng tepi dinding tu. Heee...

Dari KBS On, kami melangkah ke Yeouido Park yang sepelaung je jaraknya. Dekat sini lebih kepada taman bunga dan ada beberapa pameran berkaitan landskap. Sangat mendamaikan bila berjalan di sini. Ada tandas awam dan ada banyak pondok berteduh dan tempat duduk. Akhirnya kami duduk berehat di salah satu kawasan redup di bawah pokok-pokok yang merimbun. Dekat sini kami makan bekalan snek yang dibawa sambil bertafakur muhasabah diri. Hahaha... Lama juga duduk sini tak buat apa sebelum meneruskan langkah ke Yeouido Hangang Park. 
Ini penunjuk arah nak ke mana. Landskap dekat Yeouido ni sangatlah cantik dan berseni.

Musim bunga, ada pelbagai jenis bunga yang sedang cantik mekar

Salah satu landskap berbunga yang ada di taman tersebut

Sampai je dekat Yeouido Hangang Park, terus cari tempat nak sewa basikal. Sayalah tu yang berhajat besar nak mengayuh basikal di tepi Sungai Han. Waktu ni kan ramai sungguh manusia walaupun hari Jumaat. Patutnya hari kerja la kan? Rasanya masa rancang jadual perjalanan sebelum tu dah semak senarai cuti umum di Korea. Rupanya 5 April diisytiharkan sebagai Arbor Day di Korea Selatan. Arbor Day ni merupakan sambutan kesedaran mengenai pokok dan hutan serta menggalakkan penanaman pokok dan berkebun. Bukan cuti umum, tapi mungkin cuti pilihan ikut siapa nak cuti la kot sebab dalam perjalanan nak ke KBS tadi masih bertembung dengan pekerja-pekerja pejabat yang keluar makan tengah hari. 

Salah satu tujuan ke Yeouido Hangang Park ini adalah untuk melihat sakura kerana tempat ini tersenarai sebagai salah satu tempat utama untuk menikmati keindahan bunga sakura di Seoul. Tapi waktu ni saya hanya jumpa sebatang saja pokok sakura yang sudah lebat berbunga di dalam kawasan taman. Aten tak nak naik basikal, jadi saya seorang je yang sewa dan kayuh basikal dari tempat sewaan sampai ke hujung sana dan hujung sinun. Pondok sewaan ni terletak di tengah-tengah taman, berhadapan dataran bersimen. Mula-mula saya kayuh ke sebelah kiri dulu. Belah kiri ni tak berapa ramai orang tapi meriah juga dengan manusia pelbagai peringkat umur yang beriadah, berkelah dan tak kurang juga yang saja berjemur. Waktu ni angin yang bertiup agak kencang. Jenuh kayuh basikal lawan arah angin. Ada beberapa kali berhenti di kawasan strategik untuk menikmati Sungai Han dan berswafoto. Waktu 2016 dulu datang Sungai Han untuk tengok pertunjukan air pancut di Jambatan Banpo. Kalau datang malam jangan pergi dekat sangat dengan sungai nanti kena tarik dengan hantu air. Hah, pengaruh drama sangat awok ni! Baca boleh tapi jangan terus percaya.

Lepas tu saya berkayuh ke arah bertentangan pula. Dekat kawasan yang belah sinun, lagi ramai manusia rupanya sebab ada satu kawasan yang kelihatannya dikhaskan untuk pengunjung yang nak duduk lepak sambil makan makanan yang dipesan dari Misi, Grab, Foodpanda dan restoran-restoran yang menawarkan khidmat penghantaran makanan. Memang ada bahagian khas untuk motorsikal-motorsikal penghantar makanan ni parking dan serah makanan kepada pelanggan berdasarkan pemerhatian saya dari cebisan ingatan selepas 5 tahun berlalu. Eh tapi memang restoran-restoran ni aktif edarkan flyers menu kedai masing-masing sebab masa kitorang lepak tengok persembahan air pancut dulu, bila toleh belakang tiba-tiba ada beberapa helai flyers menu. Yangnyom chicken ada, jajangmyeon pun ada. Mampu tengok jelah kan sebab tak ada yang halal.
Sebaik sahaja tiba di Yeouido Hangang Park

Ini betul-betul tepi Hangang

Tadi nampak sungai, yang ni nak tunjuk keadaan taman yang belah sana. Bahagian yang tak ramai orang, aman nak berbasikal sebab tak payah tekan loceng bagi amaran pada pejalan kaki yang berjalan di laluan basikal.

Satu-satunya pokok sakura yang lebat berbunga. Beratur orang nak bergambar dekat sini. Saya ambil gambar ride-thru jelah, kuasa pula nak ikut beratur

Harga sewaan basikal pada bulan April 2019. Harga semasa korang kena pergi tengok sendiri.

Kamsahamnida chingu! Banyak kali pusing pokok ni nak dapatkan gambar cun. Hahaha.. Member pun layankan je ek


Puas berbasikal, saya kembali ke dataran berhampiran tempat sewaan tadi untuk memulangkan basikal. Tapi sebelum tu minta ehsan crime partner ambilkan gambar sedang berbasikal tanda tercapai hajat nak mengayuh di tepi Sungai Han. Selepas pulangkan basikal, terus kami menapak menapak naik ke jalan utama untuk ke perhentian bas yang ada bas untuk ke K-Style Hub sebelum menuju ke Dongdaemun. Agak lama juga kami berjalan untuk ke perhentian bas tersebut. Makin menghampiri perhentian bas, makin banyak pokok bunga sakura yang sedang lebat berbunga. Kami pun apa lagi, berhenti sebentar untuk mengabadikan kenangan.
Ramai orang dekat kawasan sini. Semua pun nak menikmati keindahan bunga sakura yang singkat itu.

Kami

Antara gerai makanan jalanan yang ditemui. Macam biasa, tak bungeopang, gyeran pang. Tapi yang ni tak beli pun.

Antara bas yang kerap kami naik sepanjang di sana. Lokasi hentian bas di setiap perhentian bas semua dalam hangul kecuali bas kontot yang lalu tempat tumpuan pelancong. Tak silap yang itu ada juga tulisan roman. Nak senang semak hentian mana nak tuju kena guna Kakao Map seperti yang Aten kata.


Begitulah pengalaman kami untuk hari ketujuh di bumi Seoul. Cerita makan besar sambung entri baharulah ye, dah panjang cecah lantai cerita beserta gambar untuk entri yang ini. Babai..!

Tuesday, 11 June 2024

Program Rutin Setiap Kali Ramadan

Hai!

Kali ni nak dokumenkan cerita di bulan ramadan yang lalu. Tiap kali ramadan mesti ada pelbagai pengisian untuk mengimarahkan bulan mulia ini. Sejak bertugas di unit, saya dijemput juga untuk sama-sama menjadi ahli jawatankuasa bagi program di peringkat institut walaupun sudah tidak berada di jabatan. Tahun pertama dan kedua di sini tak ingat pula bagaimana program ihya' ramadan peringkat institut ini dijalankan sebab waktu tu Covid masih berleluasa dan sesi pembelajaran dan pengajaran banyak dibuat secara dalam talian.

Tahun ini pengarah program meletakkan saya di bawah Jawatankuasa Iftar Harian & Moreh. Satu bidang tugas yang sangatlah jauh beza dengan tahun-tahun sebelum ini; yang sama cuma ketuanya saja. Gerak kerja bermula sejak sebelum ramadan lagi dan perancangan dibuat berdasarkan saranan daripada ketua JK tahun lepas. Kami berempat dalam jawatankuasa ini dan setelah pembahagian dibuat, saya perlu uruskan tempahan makanan. Nampak macam senang tapi ada juga cabarannya. Kelebihannya adalah boleh guna pakai pengalaman sejak berada di unit dimana saya memang biasa berurusan dengan pembekal untuk tempahan makan kursus dan program-program di bawah unit. 

Penambahbaikan untuk tahun ini adalah terdapat 2 pembekal makanan yang berbeza dan 1 pembekal minuman khas berbanding tahun lepas yang hanya 1 pembekal sahaja dipilih untuk menyediakan makanan dan minuman sepanjang ramadan. Saya mengambil inisiatif untuk menyediakan senarai menu berbeza mengikut hari supaya pelajar-pelajar yang terpilih untuk berbuka di Pusat Islam tidak bosan dengan menu yang berulang. Bahagian fikir menu pun pening juga ye rupanya. Hahaha... Bila cari melalui Pakcik Google, ada keluar kontrak membekal makanan masjid negeri Selangor. Cuma menunya berbeza setiap hari je dan berulang untuk minggu yang lain.

Jadi untuk kepuasan sendiri, saya buat survey bertanya kawan-kawan apa menu berbuka yang sedap dan menarik. Membantu juga dalam penyediaan menu tu. Cuma menu minuman je saya tak kuasa nak fikir. Memang masa buat perjanjian dengan pembekal minuman tu dah letak klausa "Jenis minuman perlu bervariasi sepanjang program berlangsung dan mengikut kreativiti sendiri." Hahahaha... Mujurlah pilih orang yang betul. Memang dari awal dah bagi tahu dekat dia nak air best sebab ketua JK kata tak nak air sirap atau air oren biasa. Sehari sebalang air, memang macam-macam jenis air keluar. Laku keras berbanding air biasa yang dihidangkan tahun sebelum ini. Ini juga salah satu CQI(penambahbaikan) yang kami buat berdasarkan laporan dari JK tahun lepas. 

Senarai menu untuk hari Isnin hingga Khamis

Menu untuk hari Jumaat hingga Ahad. Hanya ada moreh sahaja.

Dari segi peserta, tahun ini kami putuskan untuk memberi kuota kepada setiap program yang ada di jabatan. Satu program berpeluang untuk berbuka sekali. Peserta ditetapkan kerana pembaziran yang berlaku apabila tiada penetapan dibuat pada tahun lepas. Jadi setiap jabatan kena hantar nama mengikut bilangan yang ditetapkan. Setiap hari seramai 61 pek makanan berbuka disediakan untuk 40 orang dari jabatan, seorang pensyarah pengiring, 10 orang jawatankuasa pelajar, dan 10 orang peserta tetap yang dipilih berdasarkan latarbelakang keluarga dan kewangan. Yang 10 tetap ini kalau tak dapat datang, kena cari pengganti supaya makanan tidak terbazir. 

Alhamdulillah tugas berjaya disempurnakan dengan bantuan JK Penajaan yang mencari dana untuk bayaran makanan. JK Penajaan ni baru diwujudkan tahun ini sebab tahun lepas JK Iftar Harian juga yang kena uruskan bahagian dana sumbangan. Kelam-kabut sungguh katanya. Tahun ni nampak semua agak bertenang bila dibahagikan dua jawatankuasa berbeza. Saya rasa seronok juga duduk dalam JK Iftar Harian dan Moreh ni, dapat jumpa pelbagai pihak dan dapatlah jumpa pelajar waktu berbuka di Pusat Islam walaupun hanya beberapa kali sahaja berbuka dan berterawih bersama kerana jarak pejabat dan rumah 20 km sehala. Nak memandu seorang pada waktu malam secara kerap, tak mampu. Semoga direzekikan untuk bertemu ramadan lagi dan direzekikan untuk sama-sama menyumbang tenaga dalam menjayakan program ihya' ramadan di PSIS.

Minum Petang di Dapur Darling

 Hai!

Ini kisah minum petang sebaik sahaja keluar dari Central i-City. Memandangkan Shah Alam ni banyak tempat makan, terus tak keluar kedai mana nak tuju. Hahahaha... Sebabkan kedai pertama di Seksyen 8 tadi punyalah penuh parkingnya, terus patah balik. Kereta dah penuh, orang lagilah penuh dalam kedai tu kan? Jadi kami menuju ke Seksyen 9 yang terletak bersebelahan je pun. Kawasan Seksyen 9 ni dah biasa, tapi sebab dah lama tak datang, tak tahu kedai apa yang masih ada. Kak Chik kata jom tengok Dapur Darling. Ajom!

Crime partner kerja di Shah Alam, jadi kedai-kedai yang luar biasa ni ada dalam direktori beliau. Alhamdulillah masa sampai tempat parking berderet-deret kosong, maka masuklah dalam kotak yang betul-betul depan kedai. Masa kami sampai, tak ada pelanggan langsung. Tak lama kami duduk, ada dua keluarga masuk kedai. Dekat sini duduk je pelayan datang hantar kod QR untuk menu. Sila imbas dan telaah menu. Macam biasa, punya lama baca menu sebab semua nampak sedap. Hahahaha... Bila dah pilih nak apa, boleh panggil pelayan untuk buat pesanan.

Tema kedai ni warna hijau. Boleh la jadi kawan dengan yours truly yang suka hijau juga. Pilihan makanan ada dari menu berat sampailah ke pemanis mulut. Ada hidangan tempatan dan ada menu barat juga. Servis waktu ni sangatlah pantas. Tiba-tiba dah sampai makanan yang dipesan. Harga standard harga kafe kayangan tapi pada saya masih berbaloi dengan saiz hidangan yang diberikan, rasa makanan yang sedap dan suasana yang selesa.

Pandangan kafe dari luar

Cucur bawang. Sedaaaaappp! Sos pencicah pun sedaaaaaaappppp...!

OMG (Oh Mi Goreng) nama dalam menu sebab ada satu lagi menu, Mi Goreng Mamak. Saya pilih yang ini sebab Kak Chik kata nak makan mi goreng mamak kena pergi mamak. Baikklah... Meriah isi perut dia dan banyak. Ala-ala mi hailam gitu dengan kuah berlinang.

Ni Kak Chik punya, Hazelnut Latte rasanya. Saya punya Japanese Green Tea belakang tu. Takde gula, takde susu sebab nak makan PGM dan mi goreng.

Pertama kali jumpa Pandan Gula Melaka gaya macam ni. Eksklusif cara hidangannya. Sedaapp!

Kafe buka dari jam 11 pagi hingga 8 malam setiap hari Sabtu hingga Rabu. Hari Khamis dan Jumaat cuti. Harus datang lagi untuk cuba menu lain pula. Paling penting kena datang pada bukan waktu puncak sebab Kak Chik kata kalau waktu makan tengah hari, kedai ni penuh semedang. 

Keluar Ukur Jalan, Lebur Duit

 Hai!

Hari Sabtu yang lalu berjaya seret kaki keluar rumah. Sejak duduk sendiri ni kalau tak ada program atau keperluan mendesak, memang tak keluar rumah langsung. Perancangan yang ini sebenarnya dah buat lama sebab crime partner yang ini YB (Yang Busy), jadi kena tanya tarikh mana yang beliau lapang. Mula tu macam tak jadi je sebab beliau senyap je sampailah pukul 8.15 pagi hari Sabtu tu, mesej masuk. Niat asal nak gerak awal, tapi sebagai seorang Farahin yang wajib menikmati keheningan pagi Sabtu, maka nak dekat pukul 11 juga baru gerak. Jalan agak banyak kenderaan tapi rezeki lampu isyarat utama semedang hijau.

Ambil Kak Chik di rumah dan terus gerak ke Central i-City. Waktu kami sampai, parking masih banyak kosong walaupun dah tengah hari waktu tu. Semua pakat keluar lepas zuhur kot ek. Masuk dalam terus naik ke tingkat atas mencari Kyochon. Haritu Kak Chik ada tanya Kyochon ni sedap sangat ke? Saya pun tak pernah makan, tak boleh nak kata. Teruslah saya kata outing seterusnya kita kena cuba sebab kalau nak cuba benda baru ni kena bawa crime partner yang boleh diharap. Boleh diharap dari segi keyakinan yang tinggi walaupun sama-sama blur. Hahahaha...

Maka, inilah kali pertama kami mencuba ayam goreng Korea jenama Kyochon. Waktu sampai depan kedai, termangu-mangu kami sebab ada papan tanda 'Please wait to be seated' tapi tak ada staf yang tunggu. Lama juga kami berdiri depan tu sambil tengok menu dan akhirnya tengok meja mana yang kosong. Bila dah tunjuk menunjuk meja kosong, barulah ada staf yang bergegas ke depan. Dapatlah kami duduk. 

Dah duduk, kami diberikan buku menu dan sehelai kertas yang ada kod QR untuk proses memesan. Lama kami telaah senarai menu yang ada. Dalam buku menu mestilah semua menu yang ada disenaraikan; tapi bila imbas kod QR, banyak juga menu yang tidak ditawarkan di situ. Tak pastilah sama ada habis atau memang diorang tak buat. Jadi, lepas telaah dan bermesyuarat, kami pesan 1 menu combo, 1 menu a la carte dengan tambahan air dan nasi putih serta potato wedges. Dah pandai untuk berfikiran waras untuk tidak memesan mengikut nafsu.

Kesemua makanan yang dipesan. Cikin mu tu paling kegemaran kalau makan ayam goreng gaya Korea. Miyeok guk indah gambar dari rupa sebab miyeok secebis halus je. Ceh! Nasib baik rasa miyeoknya. Wedges sedaaaapp, sos pencicah (kami pilih Jambalaya) pun sedaaappp! Pink lemonade tu sedaappp... Kak Chik tak boleh minum ais komersil, jadi beliau pesan air mineral.

Drumsticks. Tak besar mana pun, bolehlah buat ghaso-ghaso orang kata. Kami pilih sos pedas untuk salutannya.

Drummet and wingette. Ini kami ambil sos salutan paling baharu, honey tak-ingat-nama-surat-beranak

Jalmokkusumida! 
Tulis roman la eh, nak tulis hangul kena belajar balik sebab dah lama tinggal. Ahaha..

Ini poster dekat kaunter

Alhamdulillah kena dengan tekak Kak Chik, bolehlah ikut pergi Korea. Saya memang sentiasa okey je dengan mana-mana makanan Korea jadi testimoni selalunya tak boleh pakaiπŸ˜‚πŸ˜†. Lama juga kami duduk makan sambil bersembang macam-macam. Habis makan nak solat dulu, terus naik ke tingkat 4. Rupanya surau di Central i-City ni dah dibahagi ikut kategori muslimin dan muslimat. Maka, tingkat 4 surau muslimin, tingkat 2 surau muslimat. Kali terakhir pergi sini tahun lepas rasanya, memang dah lama sangat.

Lepas solat terus berjalan cuci mata dan ada melebur duit juga. Gatal masuk Sofearose, memang keluar menjinjit beg la. Ni sebab masa raya haritu tak datang membeli, maka tebus balik lepas raya. Hahahaha... Sengaja mencari sebab kan? Singgah juga tengok beg baju (luggage). Tapi tak beli pun, lain kali. Singgah tengok cincin silver, pusing satu kedai dan siap cuba beberapa. Tapi yang kenan tu harganya dah sama macam 916. Tak jadi beli walaupun masih teringat design satu cincin ni yang unik. Memang gaya tengok barang tu macam bawa duit kepuk-kepuk dan jadi beli walaupun cuma tengok-tengok je penyudahnya. Hahahah... 

Ingatan kalau lupa di masa hadapan. Ini info terpakai untuk masa ini, akan datang tak tahulah kalau diubah lagi.

Masuk dalam hajat terpendam la beg ni. Kali pertama dan terakhir beli luggage pada tahun 2014 waktu nak ke Korea buat kali pertama. Bolehlah beli kan sebab dah sampai masa untuk tukar. Cap buaya ni RM 197 lepas potongan. Eh, dia ingat lagi harga beg ni! Hahahaha...

Hasil hasutan di Sofearose. Kotak dia cantik dan eksklusif sangat😍. Tapi lepas tu warna shawl ni tak padan pun dengan baju yang dimaksudkan. Bulan depan kita pergi lagi ek beli guna diskaun bulan kelahiran. Hahahahahabislah....


Lama sangat tak buat aktiviti begini, memang terhiburlah kami. Saya cakap dengan Kak Chik, "Macam mana dulu masa kita baru mula kerja boleh buat aktiviti mengarut ni hampir setiap minggu? Padahal gaji sikit, tapi pergi ukur jalan tak nak kalah." Beliau kata mungkin waktu tu kita tak ada komitmen hebat, jadi duit mengalir ke benda mengarut gitulah. Heeee... Habis tengok cincin, turun bawah nak cari tempat ngopi. Namun manusia semakin ramai dan kami buat keputusan keluar jelah dari situ dan cari kedai lain di luar. Sesi ngopi tu saya sambung entri lain. Babai...