Engagement Fund ;)

Wednesday, 10 May 2023

Hasil Tangkapan Sementara Menunggu

Annyeong! 

Ni kisah membeli-belah tak terjangka waktu balik kampung cuti raya tempoh hari. Saya mula cuti awal sedikit berbanding orang lain. Hari Rabu minggu terakhir puasa tu dah mula cuti. Cadangnya nak mengemas dulu rumah sini tapi nan hado! Tinggal lintang pukang begitu saja. Heeee... Cadang nak menyinggah beli bunga hiasan pun tak terlaksana sebab dah janji nak ambil pes rendang yang ditempah sebelum jam 5 petang.

Lepas ambil pes rendang di ILPKLS, balik rumah dan turunkan barang. Kononnya nak la masak untuk buka tapi ada insiden sikit, terus keluar balik tanpa hala tuju. Isi minyak dulu lepas tu tiba-tiba sampai Mitsui. Hahahaha.... Macam nak ke KLIA 2 asalnya tapi sebab dah lama sangat tak jejak kaki ke sana dan hari bakal gelap, risau salah masuk pintu. Mitsui takpe sebab pernah pergi lepas PKP ni jadi tahu jalannya masih sama.

Sampai sana nampak ada Sushi King, teringin nak cuba buffet buka puasa. Teruslah naik dan tanya. Rupanya untuk berbuka dah penuh. Kalau nak kena tunggu slot 8.30 malam. Fikir punya fikir, jalan jelah. Bila lagi nak cuba kan? Esok dah hari terakhir promosi ni, kalau dah kat rumah memang tak keluar dah.

Maka, sementara menunggu mari ukur dari hujung sana ke hujung sini. Sebab tak ada niat nak membeli-belah, maka tidaklah beria tengok barang. Nak belikan baju raya Abah pun tak ada baju yang menarik di pandangan mata. Nak beli beg tangan baru je beli haritu. Sudahnya cuba masuk satu kedai nama Objet ni sebab nampak macam barangnya mampu dibeli. Best rupanya kedai ni sebab jual peralatan rumah. Dari peralatan hiasan sampailah perkakas dapur. Macam-macam ada! Sangkut jugalah tiga barang di sini selepas menenangkan diri daripada mengaut pelbagai lagi barangan lain. Kahkahkah...

             
Lunyai dah begnya sebab letak dalam kereta yang bergerak ke sana sini sepanjang di kampung

                               
Tadaaa! 3 jenis barang. Dua biji gelas berbeza bentuk dan satu balang kedap udara

                            
Gelas tinggi dan gelas pendek. Setiap jenis gelas ni ada warna berbeza. Yang ini saya pilih yang ada refleksi pelangi. Kalau tak silap ada warna hitam dan jernih biasa.

Ini bukan beli di Objet, tapi nak tepek sekali. Ini beli di Econsave sebab nampak cantik dan kukuh. Bolehlah buat simpan air minuman di dalam peti sejuk. Juga mampu dibayar harganya.

Ada perancangan untuk kembali ke sini lagi di masa hadapan. Walaupun orang kata beli online boleh dapat lagi murah, tapi lagi puas kalau dapat belek barang yang nak dibeli dan boleh kurangkan penggunaan plastik. Kalau beli benda kaca, mesti kena balut tebal-tebal untuk keselamatan barang kan? Kemain banyaklah plastik yang digunakan tu. Kalau beli terus dari kedai biasanya saya tak nak plastik pun sebab boleh je kelek barang tu begitu atau masukkan dalam shopping bag yang memang sentiasa ada dalam beg tangan. Tapi kedai ni gunakan beg kertas, jadi lebih mesra alam gitu.