Baru teringat, kenapa aku ngantuk sangat hari ni, tidur 2 jam je rupanya. Sebab? Nak kena paksa jugak diri ni sampai ke UNISEL untuk hantar borang audit yang bertarikh mati minggu ini. Kalau asyik tangguh, bilanya?? Dengan semangatnya, tepat jam 4.15 pagi aku merebahkan diri ke kerusi panjang. Tak ada bilik ke budak ni? Owh, kalau saya berbaring di bilik, memang sah la tak puas tidur. Kena sambung balik lepas subuh tu. Hehehe... Jadi, pukul 6.00 tu loceng dah menjerit. Ala, dah pukul 6.00 ke? Ok, 5 minit...5 minit...5 minit...5 minit...5 minit...5 minit..(kira la berapa banyak aku punya 5 minit..hahaha..) Akhirnya, 6.30 baru bangkit solat. Lepas solat punggah barang dalam kereta. Jadi, bertolak dari rumah, kira-kira 7.30 pagi. Perlu mencari topup dulu. Terus la ke 7eleven sebab tak terfikir kedai jual topup mana yang dah bukak pagi buta ni. Sekali En. Kaunter cakap..." Topup pukul 8 cik.." Cettt..baik takyah bukak kedai 24 jam kalau nak beli topup kena tunggu pukul 8. Ada hikmah jugak masuk 7eleven tu. Dapat surat khabar percuma. Perjalanan tidak berapa lancar. Sebab, aku salah belok. Boleh pulak terbelok ke Jalan Sungai Jati yang sibuk tu. Patutnya, masuk ke Jalan Raja Nong. Mungkin lancar sikit. Sempat la aku sarapan dalam kereta tu. Hehehe..Makan apa?? Rahsia..
Sampai UNISEL jam 9.00 pagi. Perkara pertama yang harus dicari, TOPUP... Sebab? Nak bagi tau Encik Beliau, Beliau, dan Beliau bahawa aku sudah selamat berada di bumi UNISEL. Sementara menunggu 3 orang beliau, aku dulukan yang utama. HANTAR BORANG. Lepas tu, PULANG BUKU PINJAMAN. Lepas tu, PILIH BUKU BARU. Dekat pukul 10.00 jugak baru ke kafe semula. Mintak maaf sahabat-sahabat lain, tak sempat nak jumpa.
Perkara kedua, ambik kabel external harddisk yang Encik Beliau tolong beli. Terima kasih banyak-banyak. Pengeras dah dapat, cuma tak sempat nak belanja makan je. Nanti ye, lain bulan. Waktu bagi tu, terjadilah dialog sengal antara kami;
Encik Beliau 1: Betul kan saiz dia yang ni?
Tukang Kalut: Eh, ada saiz ke? Bukan semua sama ke?(cuak seketika)Encik Beliau 1: Aku rasa ni la. Tapi cuba la check dulu. Kalau salah nanti....
Tukang Kalut: (tambah cuak) Habis, kalau salah macam mana?Encik Beliau 1: Kalau salah, kena tukar yang lain la. Ada resit tu.
Tukang Kalut: Uish, jauh tu...Nak pergi Low Yatt.Encik Beliau 1: Takpe la....(sambil tersengih)
Tukang Kalut: Kejap, aku ambik harddisk tu.Berjalan la Tukang Kalut ke kereta mengangkut beg laptopnya. Sampai saja di meja perjumpaan, Encik Beliau 2 juga tiba di situ. Sesudah dikeluarkan harddisk yang menjadi bualan,
Tukang Kalut: Mintak-mintak la sama.
Encik Beliau 1: Cucuk la dulu. Boleh tak?
Tukang Kalut: (mencucuk kepala kabel ke harddisk) Ha, sama..sama...heheheEncik Beliau 2: Ada pendrive tak? Kata nak gambar kat Parit Buntar hari tu.
Tukang Kalut: Ala, pendrive kecik je kapasitinya. Nah la, masukkan dalam harddisk ni. Boleh tengok kalau kabel ni berfungsi ke tak.Encik Beliau 1: Kena cucuk dua-dua kepala la...
Encik Beliau 2: Boleh la.. Ni laju sebab ada satu USB je.
Tukang Kalut: Menyala tak harddisk nya? Maklum la, cap ayam je. Sekali dengan wayarnya.Encik Beliau 1: Tu, menyala. Cuba rasa kat harddisk tu, gerak tak?
Tukang Kalut:(meletakkan tangan di atas harddisk). Ha, ada-ada...(teruja) Wayar cap ayam ni memang.
Encik Beliau 1: Yang aku belikan tu cap itik.
Tukang Kalut: Ha? (lampi kejap) sengal la ko..itik pun itik la, janji boleh guna...hahaha..Terima kasih banyak-banyak. Pengeras dah ambik kan?
Telefon berdering....
Tukang Kalut: Hello..assalamualaikum..
Encik Beliau 3: Waalaikumussalam...ha, ada kat kafe lagi ke? duduk bahagian mana?
Tukang Kalut: Ada kat sebelah tempat buat air ni. Pakai baju oren. (sambil melambai tangan kepada beliau)
Encik Beliau 3: Oh, ha..ha..dah nampak dah...
Talian diputuskan...
Tukang Kalut: Ha, nah..Rezeki hari ni... Ni pun sebab ada permintaan dari Encik Beliau 1 ni. Dapat buat lebih. Tapi tak jamin sedap tau.
Encik Beliau 3: Terima kasih..la, ye ke? Terima kasih la Encik Beliau 1. Rezeki ko melimpah sampai kena aku.(sambil bersalaman dengan Encik Beliau 1). Ok la, ada hal sikit ni. Terima kasih ye..
Tukang Kalut: Sama-sama...
Perbualan seterusnya, biarlah rahsia...Hahaha...poyo je...Tu je nak mengarut malam ni. Pesanan penaja, sila jangan kutuk rasa pengeras yang diberi ye. Kalut sikit waktu buat tu. Sukatan bahan-bahan pun tak sekata. Belasah saja asalkan ada rasa... Hehehe..sebarang komen, boleh dimajukan pada saya ye...Terima kasih..
Nota: Encik Beliau 1, saya lupa nak ambik gambar Rehlah. Ishhk, patut la macam ada benda lupa tadi. Lain kali saya cari anda lagi.. Lagi, kalau perhati betul-betul, entri ni macam tunggang langgang sikit. SEBAB? Mengantuk tahap gaban. Tapi tak reti nak tidur. Beginilah jadinya...Hahaha...











