Satu lagi cerita tertunggak tahun 2011. Entri ni panjang berjela ye, jangan muntah pulak. Hehehe... Ini kejadian selepas Irham Night di mana selepas aku melalui hari tersebut, berat ku naik sehingga 2 kilo dalam masa dua hari. Mana tidaknya, asyik makan saja. Dah kata duduk hotel, haruslah makanannya sedap. Kami bertolak hari Sabtu tengahari sebabnya Na habis kerja dalam pukul 1 cenggitu. Jadi rancangnya kami sampai rumah Na tak lama lepas Na habis kerja. Tapinya, ada orang tu tertinggal baju la pulok. Maka terlewat sikit dari jadual asal. Aku ni punyalah risau Aten tak sampai-sampai sebab jarak dari Kampung Endah ke rumah aku dalam 10 minit gitu. Takut la jadi apa-apa. Rupanya tertinggal baju. Caitt..
Lepas ambik Na, terus ke perhentian seterusnya. Ambik Mahada pulak dekat Salak Selatan kot nama tempat tu. Lupa dah. Lama juga menunggu sebelum zasss ke hotel. Sampai pun dah petang. Perut masing-masing berkeroncong. Dalam kereta cuma makan kek karot Na. Jadi lepas
check-in, ingatnya nak ke kedai-kedai makan kat depan Masjid Uniten. Tapi lepas bincang-bincang dan bising-bising kebuluran, terus kata nak pesan makanan je. Tengok menu dia. Harganya boleh tahan. Kerana lapar dan kemalasan nak keluar, pasrah sajalah. Jadi kami pesan Tomyam, Telur Dadar, Salad dengan Nasi Putih empat. Sambil menanti, semua pakat bergolek atas katil dengan baju basahan. Aku je yang berpakaian lengkap sebab ada orang tu cakap;
"Sazoh, ko jangan tukar baju dulu. Nanti ko kena ambik makanan." Aku jugak yang kena.... Maka bila saja makanan sampai, barulah korang kelam kabut menyorok
bawah ceruk katil kan sebab tak berpakaian lengkap? Kahkahkah.... *pakaian lengkap di sini adalah pakaian seperti untuk ke dewan makan dulu ye.* Makanan sampai aje, terus susun-susun pinggan atas lantai. Makan berjemaah. Rasanya, berbaloilah harga makanan tu dengan saiz dan rasanya. Siap dapat air sejuk lagi. Lepas makan baru tunggang terbalik bersiap ke Irham Night. Hehehe...
Hari kedua, aku bangun paling awal walaupun tidur lambat malam tu. Tak boleh tidur sebenarnya. Macam tulah aku kalau tidur di tempat baru. Malam pertama mesti tak boleh tidur. Jadi bangun pagi-pagi menikmati pemandangan dari jendela bilik kami. Dapat tingkat 6 + berhadapan tasik, rasa tenang je.
Pemandangan Masjid UNITEN dari bilik kami
Bila semua orang dah celik, barulah bersiap untuk turun sarapan. Gila kentang ah makanan dia. Banyak sungguh! Tak larat nak makan semua. Tapi makan hampir semua. Aku dengan Aten yang makan harga 20 hengget. Mada dengan Na makan harga 10 hengget. Pasal apa? Pasal makan sikit sangat. Hehehe...
Pusingan pertama..makan ala-ala omputih..
Pusingan terakhir..pun ala-ala omputih jugak..
Sempat ambik gambar makanan pusingan pertama dengan terakhir je. Pusingan lain tak dan. Hahaha... Sambil makan, sambil mengenang kembali saat-saat di Hamidiah. Lepas makan naik bilik sambung golek-golek sambil tengok filem sempena Krismas. Tak ingat dah apa tajuk dia. Lepak-lepak sampailah pukul 12 lebih, baru
check-out. Keseluruhannya, Hotel Residence adalah terbaik! Mula-mula nak bermalam di Equatorial. Tapi sebab harga dia tak termasuk sarapan untuk semua orang, maka kami pilih Residence. Harga untuk satu malam adalah RM 235 termasuk cukai dan caj perkhidmatan dan sarapan untuk 3 orang. Ini harga promosi cuti sekolah. Berbaloi-baloi! Hiks.. Waktu
booking, Mada belum
confirm. Bila nak tukar
booking untuk sebilik 4 orang, dah tak ada bilik kosong pulak. Maka kami bersesaklah 4 orang dalam bilik tu.
Waktu movie hampir habis. *abaikan keadaan belakang yang bersepah.*
Kenangan terakhir sebelum berangkat pulang.
Mula-mula hantar Mada dulu. Waktu itulah kami sesat barat. Aku ni tak pernah sampai rumah Mada, tak dapat la gambaran lokasi rumah dia. Tapi yang tuan rumah pun tak ingat jalan balik, ini sudah kes parah. Hehehe... Hampir sepuluh kali jugalah kami berpusing-pusing di jalan yang sama. Akhirnya selepas mendapat talian hayat, baru jumpa jalan yang benar. Tumpang solat zuhur kemudian baru berangkat pulang. Waktu pulang, Aten dah hulur kunci Bainun dia. Aku takut-takut lagi nak pandu kereta auto + baru + besar ni. Tapi pasrah saja bila tuan kereta suruh bawak jugak. Bukan terus balik ye, pergi merayap ke Damansara dulu cari Big Brother. Na kata tempat makan dia
best. Aku tak pernah tahu pun pasal restoran tu, jadi, saya yang menurut perintah.
Selepas berpusing-pusing mencari, alhamdulillah jumpa. Waktu tu dah pukul 4 tak silap. Sebab perut dah kosong balik lepas melantak pagi tadi, maka kami dengan tak ingat dunianya memesan makanan yang tertera di menu. Pesan sorang 1 ok. Tak perasan nama kedai tu BIG, maka bila makanan sampai, aku terkejut sebab banyak gila ok! Pinggan besar gabak. Terkulat-kulat nak habiskan makanan. Heee..
Chicken Chop Aten - nampak kecik, tapi penuh sepinggan besar
Mee Goreng Aku - memang banyak gila mee ni, aku rasa sebungkus kot mee dia..isi dalam dia pun banyak; ada sotong, udang, ayam, fishcake, crabstcik dan hape-hape entah lagi.
Nasi Goreng Ayam Na - ini pun banyak jugak..
Selepas terkulat-kulat, licin jugak akhirnya.. Alhamdulillah..
Macam biasa, bila keluar berjalan dengan kawan-kawan tak ingat nak balik rumah awal. Ok, rasanya dah habis kot cerita tahun 2011. Lepas ni letak cerita terkini lagi sensasi je...Hehehe..