Ahad lepas, aku sambung beraya lagi. Kali ini, ke rumah Cik Iti di Bukit Beruntung sebelum menjejakkan kaki di rumah Pnut di Taman Seri Andalas. Terkejut beruk Pnut bila melihat kami melangkah masuk ke dalam rumahnya! Dan dia masih macam dulu. Nak tau dulu dia macam mana? Tanya la orang-orang yang kenal dia selain aku. ^_^ Rumah Wak Mis, terpaksa dimasukkan dalam senarai lain. Mungkin sabtu atau ahad ni. Bergantung kepada masa dan keadaan. Panjang cerita dan jauh perjalanan kami ahad lepas. Mak bagi syarat, bawak kawan dari sini kalau nak ke Klang dek kerana jarak dan keadaan dari sini ke Klang. Terima kasih Kak Chik dan Na. Sempat jugak ambik tempahan
cupcakes untuk hadiah hari jadi Ain. Tak tahu nak bagi hadiah apa, akhirnya aku merasakan
cupcakes pun sesuai jugak kan? Cerita tentang cupcakes, kebelakangan ini, aku senang membeli sesuatu melalui internet. Sudah beberapa kali juga aku melakukan urus niaga melalui internet dan alhamdulillah, semuanya selamat dan memuaskan termasuk la tempahan
cupcakes untuk kedua-dua Ain (Fatimah Nurul Ain[Julai lalu] dan Nurul Ain [minggu lepas]).
Bilangan asal...gambar dari blog Kak Ana.
10 biji untuk Ain.. Sedap dan lawa
design carrot walnut cupcake tu sampaikan Ain cakap;
"Too nice to be eaten." Apa pun,
thanks to Kak Ana for the adorable design and delicious cuppies. Sesiapa yang nak tempah, boleh la klik kat
sini.
Pagi Isnin. Beratnya nak bangun pagi. Terasa sakit-sakit seluruh badan. Penat semalam tak hilang lagi. Sampai di UNISEL pun beberapa minit sebelum jam 12.00 Malam kerana keadaan jalan raya yang agak sesak. Tidur pun agak lewat kerana menyiapkan sedikit kerja kuliah dan menyusun jadual untuk esok yang agak padat. Untuk seminggu dua kebelakangan ini, jadualku memang padat dan bersepah seperti yang Kak Chik cakap. Mujurlah kelas hari ni cuma pagi tapi di panjangkan sedikit masanya hingga ke tengahari sebagai ganti kepada waktu-waktu kelas yang tertinggal kerana cuti am. Usai kelas, aku balik ke rumah untuk berehat sekejap dan solat zohor sebelum keluar semula untuk menyelesaikan urusan Konsert Kesenian Amal yang bakal berlangsung Khamis ni. Penat ke sana ke mari. Teringat petang ini ada usrah bersama adik-adik. Ikutkan hati, mahu saja ditunda ke hari lain. Namun, Allah masih memberi kekuatan untuk menghadapi segalanya dengan sisa tenaga yang ada. Semua kelihatan penat dan tidak bermaya tika kami bersua. Akhirnya, aku memutuskan untuk hanya mengisi masa usrah kali ini dengan hanya membincangkan isu-isu semasa dan topik santai tanpa mengikut silibus yang diberikan. Aktif pulak mereka ni sampai kami habis agak lewat. Kemudian, aku terus ke kampung sebelah kerana sudah berjanji mahu bertemu Umi. Lama betul tidak lepak di rumahnya. Akhirnya aku makan malam di rumahnya sambil berbual tentang keadaan hidup masing-masing kerana sekarang amat susah untuk kami berjumpa dan berbual. Tidak seperti dulu. Banyak yang dah berubah. Siapalah kita untuk melawan takdir. Apa yang mampu dibuat, berusaha untuk melakukan yang terbaik.
Jadual kelas hari Selasa selalunya sangat padat dan memenatkan. Tapi minggu ni kelas Mr. Mus dibatalkan. Tak ingat pulak kenapa. Alhamdulillah, boleh sambung kerja-kerja terbengkalai dan selesaikan urusan yang perlu diselesaikan.
Thanks to Mr. Mus. Hehehe... Tengaharinya, aku dan Faien ke rumah terbuka UNISEL di Dewan Utama sebagai mewakili i Rakan. Memang meriah dan ramai.
Kenangan dengan Amal yang datang dari jauh..(kampus Shah Alam)
Sebelum berlari keluar mengejar Puan Azizah..hehehe..
Konsepnya dibuat ala gerai. Gerai yang ku lihat sentiasa penuh adalah milik Koperasi UNISEL Sdn. Bhd. Dah kata hidang sate, siapa pulak tak nak ambik kan? Lagi-lagi la ambik percuma. Sanggup beratur panjang. Yang kelakarnya, kami makan sambil memerhati pensyarah Faien, Puan Azizah. Selagi dia masih duduk dan ada pinggan ditangannya, selagi tu la kami menambah makanan kerana kelas Faien jam 2 petang nanti adalah bersama beliau. Terkocoh-kocoh kami keluar dewan bila kelibat beliau tiba-tiba saja hilang dari pandangan. Mujurlah sempat sampai sebelum beliau masuk kan Faien?^_^. Kelas
Teaching of ESP hari ni bermula jam 3. Sejam lewat dari biasa. Ops, baru teringat aku perlu menyudahkan
survey needs analysis. Habis kelas, aku terus berkejar ke masjid. Bersolat asar sebelum melangkah ke bilik syura untuk mesyuarat HPA bersama Encik Isma. Mesyuarat tamat ketika maghrib melabuhkan tirai.
Antara yang hadir
Ustaz Saedal dan Encik Isma membincangkan sesuatu Terus sambung dengan sesi makan malam bersama sebelum ke masjid semula untuk perjumpaan terakhir bersama semua AJK Konsert Kesenian Amal Aidilfitri 2009. Bila setiap biro membuat pembentangan, masih nampak cacat celanya. Program mana yang tak ada masalah kan? Namun aku tetap yakin semuanya boleh diatasi. Usai perjumpaan, aku, Faien, Fiza dan Ifdal berkejar ke rumah Ustaz Firdaus. Ada hal yang perlu dibincangkan. Terima kasih kerana habiskan perjumpaan agak awal berbanding biasa,Tuan Pengarah. Di rumah ustaz, macam-macam berita terkini aku terima. Tak sangka rupanya masih banyak yang belum selesai. Namun, walau apa pun yang terjadi, seberat mana pun masalah yang dihadapi, biarkan senyuman sentiasa menghiasi wajah kita. Kagum dengan Ifdal yang sentiasa nampak tenang dan selamba walau hakikatnya masalah datang bertimpa-timpa. Pelbagai perkara kami bincangkan hingga malam sudah larut. Jam sudah pun menunjukkan 1.00 pagi tika tiba di rumah. Nasihat dari adik-adik ketika perbincangan tadi, aku pahatkan kemas dalam minda. Cakap memang mudah, namun untuk melaksanakan mungkin payah. Walau apa pun, tak salah mencuba kan?
Kelas pagi rabu dibatalkan lagi. Kali ni kelas
Teaching of Reading, Madam Zainon. Syukur. Dapat berehat sedikit dan ulangkaji untuk ujian petangnya. Walaupun soalan ujian
Testing & Evaluation adalah soalan bocor, terkial-kial juga aku menulis jawapannya. Alhamdulillah, dapat menghabiskan ujian kira-kira jam 3.30 petang. Terus aku berkejar ke FOB(Faculty of Business) dengan ditemani Mynn dan Ain. Hasrat hati mahu menderma darah. Ini kali kedua selepas beberapa bulan lalu memandangkan aku hanya boleh menderma darah 3 bulan selepas pendermaan terakhir. Aku antara orang-orang terakhir mengisi borang kerana kaunter tutup tepat jam 4.00. Servis yang diberikan kurang memuaskan kerana petugas di 3 kaunter pemeriksaan tidak mesra alam. Tidak sedikit pun senyuman dihadiahkan pada kami. Takpe la, mungkin mereka penat. Tapi jururawat bertugas di tempat mengambil darah tetap melayan kami dengan mesra. Walaupun kali kedua, hati tetap berdebar tika seorang jururawat mahu memasukkan jarum ke urat. Kepada anda yang berhasrat mahu menderma darah, jangan takut. Tak sakit seperti yang orang lain katakan. Biasa je, macam kena gigit semut. Prosesnya pun tak lama. Tapi, aku masih tak berani memandang tika jarum dimasukkan. Sementara menunggu darah keluar, aku membelek-belek buku rekod pendermaan. Jumlah darah yang diambil berbeza. Hanya 350 berbanding 450 sebelum ini. Lantas aku bertanya pada jururawat yang bertugas. "Mungkin tekanan darah awak rendah. Tu yang boleh ambil cuma 350." Owh! Macam tu. Beberapa minit kemudian, jarum dikeluarkan. Tapi cairan merah masih lagi keluar dari tempat jarum dimasukkan tadi. Jururawat yang mengarahkan aku menekan tempat tersebut dengan kapas supaya bekasnya tidak membiru dan berehat seketika sebelum dibenarkan beredar. Ada la dalam 15 minit kot aku tunggu sambil memerhati sekeliling. Kemudian, bekas tusukan jarum tadi ditampal dengan plaster. Macam dulu jugak, setiap penderma akan diberi minum secawan milo suam, air kotak, 3 paket biskut,2 jenis pil
(folic acid & ferrous fumarate) dan sijil penghargaan. Kali ni sebatang pen turut diberi sebagai tandamata kot. Mynn yang melihat tanganku penuh dengan barang-barang diatas berkata; "Amboi, banyaknya dapat." Aku pun pelik jugak dapat biskut bagai. Tapi dah orang bagi, ambik je la kan.
Sedikit kemusykilan, boleh tak kalau tak makan pil-pil tu? Ada mana-mana doktor atau bakal doktor boleh jawabkan? Sebab ada orang cakap pengambilan ferrous fumarate boleh menyumbang kepada pertambahan berat badan secara mendadak. Jam 5, usrah gabungan bersama dengan 2 lagi kumpulan lain. Sepatutnya bersama penasihat, namun atas sebab tertentu, Azim sendiri mengendalikan usrah tersebut kerana aku sampai agak lewat. Perjumpaan tamat hampir jam 6.30 petang. Beberapa adik usrah mahu berjumpa tika aku melangkah keluar dari BK 17. Tak sampai hati pula mahu menolak walaupun aku perlu mengejar masa. Rupanya mereka ada masalah. Kali ini barulah aku teringat kata-kata naqibah pada kursus-kursus nuqaba' lepas. Setiap orang berbeza dan pelbagai masalah akan timbul ketika mengendalikan usrah. Ye, kita tak boleh memaksa orang lain untuk menerima pandangan kita atau mengubah orang lain mengikut apa yang kita mahukan. Mungkin pada mulanya semua selesa dan boleh menerima diri ahli lain seadanya. Tapi lama kelamaan, ada juga yang berubah. Saat inilah pembinaan ukhuwah perlu dikukuhkan. Tak dinafikan, semua orang berbeza. Tapi percayalah, dalam perbezaan, tetap ada persamaan. Titik persamaan itulah perlu ditemukan agar masing-masing kekal sehaluan. Berat juga masalah ni. Aku perlu mencari penyelesaian. Akhirnya hanya ketika jarum jam menginjak ke 6.30 petang, barulah aku memenuhi janji pada Ila. Tapi sebelum itu, aku singgah di bilik gerakan untuk menghantar kotak-kotak yang penuh dalam kereta ni. Kebetulan beberapa AJK sedang membalut hamper untuk program esok. Dah, aku pun duduk sekali membantu sikit-sikit sementara menunggu barang dipunggah. Malamnya, aku menerima berita sedih dan menyakitkan. Terasa sangat-sangat teruji dengan apa yang telah terjadi. Spontan air mata mengalir. Jauh disudut hati, aku berdoa agar apa yang dicanangkan tidak menjadi kenyataan. Lama juga aku duduk termenung di katil sebelum perasaan reda dan kembali normal. Aku menyambung ulangkaji untuk perbincangan esok pagi dan ujian pada hari Jumaat.
Khamis pagi. Aku terjaga awal walaupun tidur sangat lewat malamnya. Bila kerja tak selesai, nak tidur pun tak tenang. Bersiap-siap untuk ke perbincangan kumpulan. Kepala yang kian berat ku tahan. Berharap agar aku kekal sihat memandangkan aku perlu membantu membuat persiapan akhir sebelum program malam ini. Tapi akhirnya, aku hanya terlantar menahan kesakitan. Migrain kembali menyerang setelah agak lama tidak bertandang. Berdasarkan cara hidupku sepanjang beberapa minggu ni, banyak faktor yang menjadi kemungkinan. Sejuta kemaafan pada anda yang mencari dan cuba menelefonku sepanjang hari. Bila dah sakit, memang aku letakkan jauh-jauh 2610 dan 6850. Alhamdulillah, petangnya kesakitan beransur pergi. Dapat juga aku menjenguk persiapan dan membantu mana yang termampu. Semangat yang hilang beransur datang bila Andak mengkhabarkan dia akan datang malam ni. Insan yang awalnya separuh berjanji mahu hadir tidak kuharap kehadirannya kerana dia pernah berjanji sama pada program terdahulu. Puas kutunggu, hingga akhir majlis bayangnya tidak juga muncul. Jadi untuk kali ini, aku berhenti berharap. Dalam kelam kabut, ku kira majlis berjalan dengan sempurna walau pun tetap ada cacat celanya. Sampai di rumah pun sudah sangat lewat dan penatnya jangan cerita la. Ditambah sisa kesakitan yang tertinggal.
Pagi tadi, aku gagahkan juga diri untuk bangun. Kalau tak kerana ada ujian untuk
Teaching of Literature pagi ni, mahu aku ponteng kelas. Tika sampai ke kelas, Ain bertanya, ada dapat mesej tak? Puas aku membelek 2610. Memang tiada mesej baru. Akhirnya aku cuba mematikan sebentar dan menghidupakan kembali 2610. Usai menjawab ujian, aku memeriksa 2610. Nah, lebih dari 4 sms mengisi ruang peti simpanan! Bila ku buka dan memeriksa masa serta tarikh penghantaran, ada yang merupakan mesej 3 hari lepas. Wah, memang sengal tahap gaban dah 2610 ni! Dia buat hal lagi. Dah beberapa kali dia jadi macam ni. Tapi kali ni paling tak patut sebab dia buat hal pada masa genting. Jadi, apa yang harus kubuat? Tukar telefon bimbit barukah??? Sedikit perkongsian. Sewaktu berjalan pulang selepas habis kelas, kami terserempak dengan ibu salah seorang kawan yang mengambil jurusan sama dengan kami;TESL. Beliau bertanya di mana mahu berjumpa
Head of Programme sambil mengkhabarkan tentang pemergian anaknya yang dijemput Ilahi 1 Oktober lepas. Kami yang sudah tahu tentang berita tersebut jadi kelu dengan ketabahan beliau mengkhabarkan pemergian anaknya.
Al Fatihah buat Saudara Akram yang dijemput Ilahi kerana menderita kanser otak. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Okey, cerita terakhir untuk entri ni. Orang lama yang baru je Mynn sebut-sebut siang tadi kembali menyapa. Haish, yang dah sudah, sudah la. Teruskana hidup awak, dan saya dengan hidup saya. Mynn, mulut
you memang masin. Huhuhu...
Nota: Entri paling panjang kot setakat ni. Kalau nak baca-baca la. Tak nak pun takpe. Tak paksa. Kepada yang dah baca, terima kasih...