Engagement Fund ;)

Showing posts with label Tentang Makanan. Show all posts
Showing posts with label Tentang Makanan. Show all posts

Tuesday, 7 November 2017

Himpunan Nasi Lemak Untuk Yang Suka Tengok Gambar Makanan

Sementara tengah rajin nak menaip ni, mari korek gambar-gambar dalam Arba dan Yong buat modal cerita. Hehehe.. Bila bercakap tentang makanan, saya yakin semua orang akan gembira dan teruja dan membayangkan rupa serta kesedapan makanan tersebut. Salah satu makanan yang melambangkan identiti Malaysia adalah, nasi lemak.

Zaman kerja pejabat dulu, hampir tiap hari saya sarapan nasi lemak. Tu yang jadi gemuk tu. Bila dah kerja waktu pelik ni, jarang sangatlah nak sarapan nasi lemak sebab malas nak tukar baju dan seret kaki pergi beli nasi lemak pagi-pagi. Hehehe.. Tapi, saya masih lagi menikmati nasi lemak sekali-sekala cuma waktunya bukan pagi, dah tukar jadi petang. Orang balik kerja kau baru nak masuk kerja kan? Silalah makan nasi lemak tu buat menu makan malam.

Dekat Banting ni, ada 5 kedai nasi lemak yang paling menjadi pujaan. Orang kata, nak labelkan kesedapan nasi lemak ni adalah pada nasi dan sambalnya. Dan, dua benda ni jugalah yang jadi penanda aras saya untuk katakan nasi lemak tu sedap gila! Sambal wajib pekat dan pedas manakala nasinya wajib lembut dan berlemak santan. Satu lagi ciri-ciri nasi lemak sedap adalah bungkusan wajib pakai kertas, bukan letak dalam bekas plastik tu. Nah layan cerita bergambar.

Nasi Lemak Sungai Raba sesi pagi. Dekat Sungai Raba, ada dua gerai yang jual nasi lemak sedap tapi waktunya tak sama. Satu gerai buka untuk sarapan dan satu gerai lagi buka untuk makan malam. Dua-dua sedap! Nasinya sedap, sambalnya pun menepati piawaian anak tekak. Lauk pun macam-macam ada. Sediakan duitnya aje.

Nasi Lemak warung tepi jalan sebelum sampai jambatan Sungai Lang. Orang Banting mesti tahu punya lokasi gerai ni. Ini salah satu nasi lemak yang sedap juga. Nasi dia banyak dan lauk dia pun biasanya banyak dia bagi. Dekat sini, pilihan lauk berubah-ubah. Kira nasib la waktu pergi tu ada lauk apa.

Nasi Lemak Sungai Raba sesi petang. Gerai ni pun sama, nasi dia sebeban! Kalau tak nak rasa berdosa makan nasi untuk makan malam, waktu bungkus tu minta dia bagi nasi separuh je. Sambalnya sedap! Pedas berapi dan pekat.

Ini pula nasi lemak dekat kedai Abang Akob. Berbanding nasi lemak yang atas tadi, saya rasa sambal yang ini paling sedap sekali sebab bila makan tu, terasa bawang bersatu dengan cili dan membuatkan setiap suapan mengingatkan saya pada sambal nasi lemak Arwah Mak. 

Habis dah cerita tentang nasi lemak. Lapar ke tu? Teringin nak makan nasi lemak? Balik kerja karang bolehlah pergi cari nasi lemak pujaan masing-masing. Hehehehe.. Kalau ada orang jual nasi lemak waktu makan tengah hari ni, pergilah tapau kejap. Sempat lagi ni nak makan waktu rehat.

Monday, 6 November 2017

Melayan Selera di Family Mart

Memandangkan saya dan makanan berpisah tiada, maka wajiblah melawat tempat makan kegemaran sekali-sekala. Ini kisah awal Oktober tempoh hari. Memang dah rancang nak ke KLIA 2 sebab nak cuba nasib cari pelembap dan penyegar muka. Malangnya masih lagi tak ada stok tunggal Clinique 3-Step Skincare nombor 3 di The Zone; yang ada pun adalah satu set. Maka tak jadilah beli sebab pencuci muka baru je beli bulan 5 haritu.

Sudahnya pergi makan jelah di Family Mart. Konon-konon nak cuba makan di cawangan baru yang lebih besar dan lebih banyak tempat duduk, tapi bila sampai tu dia kata kena tunggu 30 minit sebab baru nak masak. Okeylah, beli Melon Pan je dulu dengan Cheesecake Ice Cream. Antara makanan wajib beli kalau ke Family Mart adalah aiskrim, roti, onigiri dan juga bebola pelbagai jenis.

Dah habis makan aiskrim dan roti, kami menuju ke cawangan asal di tingkat atas. Sampai atas, pun sama juga belum masak lagi bebola tu. Maka saya cuma beli onigiri je dekat situ sebab nak beli di bawah tadi barisan dah panjang berjela. Dalam perjalanan nak ke Family Mart baru semula, singgah kejap Jaya Grocer beli stok kopi sebab kebetulan stok rumah dah habis. Harga kopi dekat sini murah sikit berbanding di Giant. Setakat kali terakhir saya tengok la.

Dah tahu dah jenama yang sedap adalah Bon Cafe, tapi gatal tangan nak beli Trucillo hanya sebab dia murah beberapa ringgit dari Bon Cafe. Sudahnya sesi minum kopi setiap hari tidak menggembirakan. Hahaha.. Saya kan jenis yang kena minum kopi sehari sekali sekurang-kurangnya dan kopi tu mesti tak payah letak gula, jadinya saya memerlukan kopi yang pekat dan beraroma kuat. Kopi Trucillo ni kurang pekat dan serbuknya lebih halus berbanding Bon Cafe; bau dan rasanya juga kurang enak. Lepas ni kena kembali kepada Bon Cafe.
Biasanya beli perasa matcha tapi sebab ini perasa baru, kena cuba. Melon Pan tu ada beberapa jenis tapi yang paling sedap yang warna hijau tu.

Beli kopi sempena hari kopi sedunia katanya.

Sampai semula dekat Family Mart, oden dah masak tapi hanya ada pilihan kuah tomyam, kuah yang asli tak siap lagi. Bolehlah. Saya pun pesan macam orang kebulor tak makan sebab dah lama sangat tak makan. Hahaha.. Kebetulan waktu tu ada promosi sempena Musim Luruh, jadi ada menu tambahan lain juga. Saya pilih set udon dan tambah dengan bebola yang dimahukan.Pilih punya pilih, makan punya makan, habis 30 ringgit lebih juga hanya untuk makan ye.

Mangkuk oden saya dan juga onigiri berintikan sotong. Lain kali baik beli yang salmon sebab lebih padat intinya.

Mangkuk saya dan crime partner. Crime partner tak berapa sihat sebenarnya tu yang memang tak meronda sangat dalam KLIA 2 tu. 

Udon berkuahkan tomyam. Pertama kali rasanya ni makan udon. Bolehlah, macam laksa tapi tekstur dia lebih padat dan lebih gemuk.

Sebenarnya pelik juga mula-mula tu sebab semua yang dibeli habis makan dekat situ tanpa rasa sendat di perut selepas makan. Biasanya beli semua yang disebutkan di atas tadi tapi mesti ada yang dimakan keesokan harinya sebab dah tak mampu nak sumbat. Rupanya nak sampai masa ABC, patutlah. Lepas ni tak tahulah bila lagi nak makan-makan dekat sana. Tunggu ada promosi menarik lagi la kot atau jumpa duit terpijak.

Wednesday, 1 November 2017

Bila asyik kongsi makanan Korea,...

...ada yang tanya saya; "Awak ni ada sejarah apa-apa ke dengan Korea?" Hahahaha.. Begitu sekali soalannya. Sebenarnya, hampir semua catatan dalam ANC ni sudah terlebih dahulu didokumentasikan di Instagram. Ada satu masa tu memang asyik kongsi makanan bertemakan Korea sampai salah seorang kenalan di IG bertanya kalau-kalau saya ada kena mengena dengan Korea. Macam pernah membesar di Korea contohnya. Wow!

Tidaklah sampai begitu. Yang sebenarnya, saya ni suka makan dan suka mencuba dan jenis yang boleh telan semua jenis makanan. Pergi Korea pun baru dua kali, kalau ada jodoh dengan oppa Korea, mungkinlah lagi kerap saya tayang masakan Korea. Gituu.. Sejak mula buat kimchi pada tahun 2010, memang stok kimchi sentiasa ada dalam peti. Dulu buat untuk diri sendiri je jadi setahun dalam dua ke tiga kali je buatnya. Sekarang dah buat meniaga, lagilah kerap buat. Kebanyakan makanan Korea yang saya masak pun berasaskan kimchi. Kalau rajin jalan-jalan blog Koreans tengok resipi atau tengok video YouTube, muncullah resipi baru. Nah layan cerita bergambar.

Paling kerap muncul tentulah kimchi. Ada masa saya tak lalu nak makan kimchi buatan sendiri sebab rasa tak sedap. Hahaha... Ada masa saya ratah je kimchi tu sebab rasa macam sedap gila pulak kimchi aku ni. Kecelaruan emosi sangat ni. Ini salah satu cara saya makan kimchi, jadi lauk sampingan untuk mi sup yang dimasak tengah malam. Ini zaman kerap makan tengah malam, lepas doktor tegur haritu dah kurang sangat dah aktiviti ni.

Kimchi jjigae yang sedang dimasak. Ambil peluang sempena dapat daging korban banyak, buatlah sikit kimchi jjigae.

Cara nak makan kimchi jjigae adalah letak nasi dalam mangkuk dan curah kimchi jjigae sampai banjir. Memang pergghh! Tabur pula dengan rumpai laut berperisa, tak payah lauk lain dah. Nak tambah kesedapan jjigae ni, waktu hidang tu taburkan hirisan cili hijau. Barulah krup krap dalam mulut dan ada rasa pedas-pedas manja cili hijau tu.

Seterusnya, kimchi sebagai salah satu bahan dalam burger. Jumpa resipi ni dekat YouTube. Caranya adalah ambil suku bawang Holland dan dadu kasar. Tumis sampai layu dan masukkan kimchi yang dah dicincang. Gaul-gaul dan matikan api. Letak atas roti yang dah dibakar kejap. Curah mayonis sikit, letakkan burger ayam jenis yang digoreng tu dan letak lagi kimchi dan mayonis. Katup dengan sekeping lagi roti.

Ini keratan rentas burger ayam kimchi saya. Eehh, sedap juga rupanya buat macam ni! Resipi asal dia guna hotdog, tapi sebab saya ada stok burger ayam goreng ni je, cuba buat guna apa yang ada. Peminat kimchi kena cuba ni. Serius sedap!

Buat julung-julung kalinya, saya cuba buat whole cabbage kimchi sebab kebetulan dapat baechu yang sangat cantik tempoh hari dan tempahan pun tak banyak, bolehlah selit. Selama ni saya rasa leceh nak buat whole kimchi ni sebab nak tunggu dia tos lepas digaramkan tu lama. Tapi bila dah mula buat ni, tak adalah susah mana sebenarnya cuma memang kena sabar la tunggu dia tos. Sebab buat untuk makan sendiri, saya lebihkan bawang putih dan halia, tak macam resipi yang digunakan untuk jualan. Dapatlah kongsi dengan Kak Elly dan crime partner, Aten. 

Daripada uncut kimchi tadi, muncullah Kimchi Kimbap yang menggunakan rumpai laut tamat tempoh. Hahahahaha... Lama sangat niat nak buat kimbap sampai tamat tempoh dan rumpai laut tu. Tapi perut saya kan perut budak asrama, apa ada hal makan makanan yang baru tamat tempoh? Selagi rasa, bau dan warnanya tak berubah, telan saja. Bahaya juga makan kimbap ni, ngap ngap ngap, tak sedar dah habis segulung. Tapi orang Korea lagi hebat ye sebab diorang makan kimbap segulung besar dengan ramyeon seorang satu! Ini berdasarkan pemerhatian waktu ke Korea dulu la. Kami ni pula terkulat-kulat nak habiskan segulung kimbap yang dikongsi bertiga.


Ini antara makanan Korea yang saya masak baru-baru ni. Kalau rajin nak buat tteokbokki pula sementara stok gochujang masih ada. Kalau dah buat nanti saya kongsikan resipi dan ceritanya di sini. Ada kimchi, semua jadi. Paling malas pun boleh masak kimchi bokkeumbap. Murah dan jimat bila masak sendiri ni. Dekat restoran makanan Korea, sampai berbelas, berpuluh ringgit untuk satu hidangan. Teringin nak makan kimchi? Meh beli dengan acik meh. Emailkan sebarang pertanyaan ke email rasmi Agasshi Kimchi yang tertera di sebelah kanan blog ni. Annyeong!

Tuesday, 31 October 2017

Ssamjang Pertama Untuk Ssam Buatan Sendiri

Bila kerap terdedah dengan budaya masyarakat Korea, mesti rasa nak tahu dan mencuba tu menebal dalam diri. Disebabkan ini juga saya mula buat kimchi sendiri dan sekarang, mencuba makanan-makanan Korea yang sangatlah pelbagai.

Kalau tiap hari mengadap drama Korea dan rancangan tv Korea, dah tentulah rasa teringin nak makan makanan yang muncul dalam drama membuak-buak. Salah satu makanan yang nak dicuba adalah ssam dan ssamjang. Ssam ni maksudnya balutan. Biasa tengok kan orang Korea balut daging dengan daun salad? Sempena dapat rezeki daging korban, semangatlah saya nak cuba buat ssamjang sendiri.

Bahan utama untuk ssamjang adalah gochujang dan doenjang. Gochujang ada, tapi doenjang tak ada. Disebabkan Mada kata boleh gantikan doenjang dengan taucu, saya cuba. Cumanya taucu tu kena tumbuk untuk hancurkan ketulan-ketulan kacang. Resepi ssamjang saya Google dan campurkan dari beberapa sumber. Ini resepinya kalau nak tahu. Tapi tak ada sukatan la sebab main agak-agak je.


Ssamjang

Bahan-bahan

  • Taucu (tumbuk lumat)
  • Gochujang
  • Minyak bijan
  • Gochugaru
  • Gula
  • Bawang putih (cincang halus)
  • Hirisan leek
  • Hirisan cili hijau
Cara buatnya, gaul semua bahan dan siap! Kalau takut tak jadi, korang Google la ye untuk sukatan yang betul. Sedap je pun rasa dekat tekak ni.

Bahan-bahan untuk ssam saya.

Sebelum dibalut dan dimakan.

Rasa-rasa tak nak balut, kapit daging dengan kimchi macam ni pun sedap dah/

Isi untuk ssam saya buat daging bulgogi. Resepi dah pernah tulis dulu, pandai-pandai cari. Bila daging siap masak, bolehlah mula makan. Ambil daun salad, letak daging secebis, calit ssamjang sikit, dan letak kimchi sehelai dua. Balut dan ngap! Sedap hoi! Tak tipu. Bolehlah ni nak cari oppa sorang buat nampyun. Hahaha.. Nak samgyeopsal pun boleh dengan syarat daripada lembu yang disembelih la, begitu juga gopchang. Tak ada hal janji dari lembu yang disembelih. Kalau gopchang dekat Dongdaemun haram ye. Sampai sekarang kitorang rasa kejadian gopchang ni lawak dan berbaloi untuk diulang tayang. Kahkahkah..

Wednesday, 11 October 2017

Melantak Sushi 3 Hengget Sepinggan

Ini cerita waktu Sushi King buat promosi RM 3 sepinggan tempoh hari. Sejak dua menjak ada cawangan Sushi King dekat belakang pusat tuisyen dan dah pandai makan sushi taraf chaebol, pantang nampak promosi. Laaaaju je ajak crime partner pergi. Hahaha.. Ajak dia sebab dia ada kad keahlian, dan dia jelah orangnya yang boleh layan pergi makan tempat pelik-pelik ni. Annyeong Chingu! 😁

Orang kata, waktu dia buat promosi macam ni kena pesan sushi pinggan mahal. Disebabkan saya budak baru belajar, kenalah tengok pada menu. Nasib baik juga dia letak menu tu, kalau tak jenuhlah bertanya. Pertama kali sebenarnya pergi makan sushi waktu promosi macam ni. Komen? Rasa tak seronok sebab ada tempoh masa untuk satu sesi dan tak tenang nak makan. Yelah, mana nak makan, mana nak gosip kan? Kawan baik dah jumpa kawan baik, wajiblah borak-borak sekali.

Pusingan pertama. Pinggan ungu tu lagi mahal dari pinggan merah rupanya. Selama ni dengar orang cakap, kalau Sushi King buat promosi macam ni kena makan salmon banyak-banyak.

Tapi, salmon macam yang atas ni, pinggan merah. Murah sikit dari ebi tempura tu. Tapi kan, serius sedap wei sushi salmon letak mayonis ni! Sedap gila! Tekstur salmon tu ngam sangat dengan rasa mayonis yang lemak berkrim.

Pusingan terakhir. Karage tu sampai kena paksa kunyah dan mulut kena tutup dengan tangan untuk mengelakkan kunyahan tadi terkeluar sebab dah kenyang gila tapi tamak nak makan juga. Nak menampakkan ketamakan tu, pergi pesan sorang sepinggan. Tolaklah sushi tu dengan chopstik masuk mulut. Hahaha..

Sudahnya, makan macam orang kebulur. Semua dikautnya! Hahaha.. Tapi lepas tu tak puas sebab ambil sushi kerana harga murah dan makan dalam keadaan tergesa-gesa. Takpelah, pengalaman. Lepas ni kalau nak makan sushi santai-santai kena pergi waktu biasa je. Terima kasih banyak-banyak Ten sebab sudi teman makan sushi chaebol ni. Sesi seterusnya jangan lupa, lepas balik bercuti nanti okey? Hehehe..

Selepas. Bertingkat-tingkat pinggan ha.. Walaupun ada adegan terpaksa kunyah dan telan, tiada pembaziran berlaku. Syabas!






Saturday, 9 September 2017

Ulang Makan di Chilli Dawg Banting

Memandangkan makan adalah salah satu aktiviti harian, maka kali ni saya nak letak gambar makanan banyak-banyak. Siapa tengah lapar jangan tengok, nanti korang teringin. Hehehe.. Kalau teringin nak makan menu ala-ala Barat, terus zasss ke Chilli Dawg. Makanan sedap, harga berpatutan. Bulan lepas tiap minggu pergi makan sana. Hari ni pula, dua kali pergi sebab petang tadi beli makanan untuk diri sendiri. Malam ni lepas habis mengajar supper dengan crime partner pula. Nah, layan cerita bergambar.

Antara menu baharu di Chilli Dawg, Nasi Lemak. Ada tiga variasi iaiti Nasi Lemak Biasa, Nasi Lemak Bebola dan Nasi Lemak Special(ada ayam goreng dan bebola). Ini kali pertama makan, lepas balik mengajar hari Sabtu. Lapor wei, terus pesan Nasi Lemak Bebola dengan Air Soda tu. Ambik ko, jenuh habiskan air sebab satu, dia berais. Saya kan jarang dah makan berat dan minum air berais pada masa yang sama, jadinya perut rasa kembung. Kedua, gelas dia besar. Kalau datang berdua, memang kongsi air je.

Ini kunjungan minggu pertama bulan lepas. Datang dengan Aten sebab nak makan chicken chop. Maka, kami pesan Kentang Chop dan nak rasa menu baharu juga, Bingsu Kekasih. Sebenarnya saya nak makan aiskrim juga jadi ingatkan Aten beli jelah Bingsu biasa sebab Bingsu Kekasih ni mangkuk besar. Tapi sebab dah terpesan yang ni, tak jadi la beli aiskrim. Rezeki kami sebab tuan kedai bagi percuma satu scoop aiskrim; kalau tak aiskrim tu ada dua scoop je.

Bingsu Kekasih dari jarak dekat. Memang besar okey mangkuk dia! Makan 4 orang pun boleh.

Minggu kedua, datang sini waktu masing-masing tengah kebulur. Kami pesan Nasi Lemak Special, Teh O Soda, dan Bingsu Coklat. Tiada dalam gambar, Bebola Sombong. Tamak kan? Belum cukup tamak lagi ni. Tengok gambar bawah pula.

Habis makan nasi, masih rasa lapar lagi. Saya pandang Aten, Aten pandang saya. Marilah pesan Ramen Chop. Membela ke apa ni? Dah makan nasi, makan mi lagi. Hahaha.. Ramen Chop ni besar ye saiz dia. Ada mi Samyang, chicken chop dua potong, kentang goreng selambak, bebola daging 4 ketul kalau tak silap, dan salad tu. Waktu pesan tak tengok menu, boleh pula cakap; "Ala, nak makan kentang goreng juga." Nasib baik tak pesan kentang goreng sebab bila pinggan gedabak ni sampai, ada selambak tu ha. Lepas makan ni, tersandar kekenyangan dan kena duduk bertenang 20 minit dulu bagi makanan turun. Hahaha..

Minggu seterusnya, datang dua kali. Ini waktu datang hari Jumaat. Memang seharian belum makan nasi, maka saya pesan Nasi Lemak Special. Datang ni sebab nak bagi sebalang kimchi untuk promosi Agasshi Kimchi di laman rasmi Chilli Dawg. Alang-alang dah datang, makan la sekali. Tapi makan tak tenang sebab kejar masa nak ambil budak tuisyen.

Maka, esoknya datang lagi. Hahaha.. Memang muka kitorang jelah tiap minggu. Kali ni makan Getti Chop. Ada creamy spaghetti dengan dua keping hirisan dada ayam yang digoreng. Suka chicken chop dia sebab dia guna dada ayam. Terasalah sihat sikit makan bahagian ayam yang kurang lemak. Gituuu.

Tujuan utama ke sini sebenarnya nak makan Roti Aiskrim ni ha sebab semalamnya nampak meja depan pesan. Pergh, kelihatan begitu sedap sekali! Maka kami pesan roti ni dulu dan makan sebelum makan makanan lain. Memang sedap!Roti dibelah tengah dan diletakkan tiga scoop besar aiskrim. Atasnya ditaburi dengan biskut coklat hancur dan dicurah sos coklat. Gandingan mantap.

Hidangan sampingan, kami pesan Cheezy Fries. #gemokdontcare. Begitu ye hashtag yang digunakan. Dua makanan ni kami kongsi la walaupun pada mulanya saya tamak tak nak kongsi roti tu berdua. Hehehe..

Jeng jeng jeng.. Ini dari kunjungan petang tadi. Menu paling baharu, Churros! Memang sedap! Rangup dan tebal dan kuah coklat banjir. Petang tadi tapau je makan dekat kereta dua ketul sebab lapar sangat belum makan dari tengah hari.. Makan ni tiga ketul dan minum Extra Presso Wonda, kenyang dah.

Sebab dia sedap, letak lagi sekali gambar dia. Orang kata, buat churros ni senang je tapi bagi saya leceh sebab nak kena letak dalam piping bag dan nanti nak bersihkan nozel dia lagi, lepas tu nak kena berdiri depan kuali panas lagi. Tak kuasa! Beli je senang. Hehehe.. 

Chilli Dawg ni beroperasi dari rumah je pun tapi bila makan dekat sini rasa seronok dan mesra sebab kakak kepada tuan kedai yang juga merupakan tukang masak utama di situ adalah sangat peramah. Makanan tu pun rasa macam masakan dekat rumah. Rasa-rasa nak makan makanan hipster dekat Banting ni, bolehlah datang sini. Boleh singgah beli kerepek terus sebab lokasinya selang sebuah rumah je dengan salah satu kilang kerepek terkenal di Kanchong Darat ni. Sekian, ulasan bergambar dari Cik Fara.

Tuesday, 5 September 2017

Rebut Kopi Murah Katanya

Baru-baru ni, kopi jenama Wonda telah mengadakan promosi sempena Hari Kopi Wonda Sedunia. Selaku seorang peminum tegar kopi, haruslah tak senang duduk bila nampak iklan dia. Promosi pula berbeza-beza mengikut tempat dan tempoh promosi juga berbeza. 

Macam orang gila juga sebab bila berhenti dekat 99 Speedmart je cari kopi. Bila keluar je, singgah 7 Eleven. Macamlah lepas dari tu tak jumpa dah kan? Nak kata murah tu, bolehlah. Dekat 99 Speedmart setin jatuh seringgit je tapi cuma ada perisa yang biasa. Kalau dekat 7 Eleven, setin jadi seringgit dua puluh sen dan boleh jumpa Extra Presso dengan Arabica Brazilian. Dekat Kedai Mesra, beli dua tin harga jadi tiga ringgit. Kalau dekat Select, beli dua percuma dua. 

Tapi rasanya yang dekat Mesra dengan Select dah mula dari awal bulan Ogos kalau tak silap. Cuma sebab promosi dia kurang dapat liputan, tak adalah hairan sangat nak pergi terjah. Keseluruhannya, dapatlah kumpul stok 12 tin hasil korek duit celah-celah beg tangan, celah-celah bekas pensel. Kahkahkah.. Lepas ni lepak KLIA2 bawak bekal kopi Wonda siap-siap. Nak jimat kan? 

Kopi Tarik harga seringgit beli dekat Speedmart. Arabika Colombia tu bos bagi tapi saja la masukkan sekali dalam koleksi. Untuk perisa 100% Arabika ni ada tiga jenis iaitu Colombia (hanya boleh didapati di Shell Select), Indonesian Mandheling (hanya boleh dibeli di Mesra Petronas), Brazilian (hanya boleh ditemui di 7 Eleven).

Hasil tangkapan di Shell Select

Dapatlah kaut 4 tin dari 7 Eleven. Itupun kena tipu. Sebabnya terlebih bayar, tak tahu apa benda yang dia salah imbas. Silap tak minta resit pula. Biasanya kalau beli banyak dekat 7 Eleven memang saya akan minta resit.

Cukuplah tu untuk sampai hujung tahun. Kopi Wonda ni bukan boleh minum kerap kerap sebab kandungan gula dia tinggi. Kalau tengok maklumat nutrisi dekat tin, satu tin mengandungi 20gram keatas gula. Potong kaki jawabnya kalau minum hari-hari. Beza dengan jenama Nescafe, gulanya rendah sikit berbanding dengan Wonda. Tapi sebab Wonda buat promosi tak masuk akal, gula yang banyak tu kita bakar dengan jumping jack 20 kali. Buat ke? Ngeee~

Selain kopi murah, ada satu lagi benda tular di media sosial iaitu susu berperisa teh hijau keluaran Goodday. Mana boleh kan tak terjebak bila tengok orang minum? Haruslah nak cuba juga. Pertama kali beli haritu dekat 7 Eleven. Beli dua perisa baru dia, madu dan teh hijau sebab nak rasa. Kali kedua ni beli yang perisa teh hijau je sebab tekak tak boleh terima yang rasa madu tu. Ini pun beli haritu dekat Mesra. Dapatlah jimat dua ringgit berbanding kalau beli dekat 7 Eleven.

Dapat rebut dua kali je promosi dua kotak 3 ringgit sebab bila dah beli banyak-banyak ni, seperti tersedar dari rasukan. Kau dah kenapa membeli seperti tiada hari esok? Hahaha.. Cukuplah untuk rasa.

Thursday, 31 August 2017

Cerita Kek Keju Mangga Lagi

Rasanya tahun ni tahun tersampuk dengan kek keju mangga. Pantang nampak, mesti nak beli. Alhamdulillah dah dapat kek keju mangga yang memenuhi kriteria anak tekak dan bayangan dalam otak ni. Tapi sebelum dapat yang itu, ada la sekali cuba makan kek keju mangga jenama terkenal. Nah layan cerita bergambar.



Cerita 1

Kek keju mangga jenama Paohcis. Kebetulan ada ejen dia di Banting ni dan kebetulan nampak iklan dia melintas di FB, teruslah beli seketul. Seketul ni termasuk kos penghantaran adalah RM 12 kalau tak silap. Kopi tu bancuh sendiri.

Keratan rentas. Rasa dia? Sedap juga cuma tak menepati bayangan saya. Tapi habis makan ni cuma tak adalah hadap sekali je, beberapa kali hadap juga sebab saiznya dikira besar untuk hidangan seorang makan. Lapisan mangga dekat atas tu dari mangga yang dijadikan puri manakala keju tu teksturnya kesat. Sebab dah dibakar kot. Kalau no-bake cheesecake, teksturnya lembut dan cair di mulut.


 Cerita 2

Taraaaaa! Inilah dia kek keju mangga yang menepati bayangan dalam otak dan anak tekak. Ini kek dari Gula Cakery. Atasnya ada potongan mangga dan terdapat cebisan mangga dalam adunan keju. Teksturnya pula memang lembut dan cair di mulut. Sedap! Ini kek sempena ulangtahun kelahiran saya pada tahun 2017, crime partner belanja. Kek tahun lepas dah redeem kan Ten? Makcik lupa. Kitorang memang akan belanja one another kek sempena hari lahir. Dulu-dulu rajin la buat kupon kek untuk ditebus. Sekarang ni dah malas. Taip je dekat WhatsApp. Hahaha..


Cerita 3

Terakhir, kek keju mangga dari kedai kek di kampung ni juga, Ladyza Cake. Waktu masuk dalam kedai ni, otak dah set nak beli kek coklat. Bila nampak kek keju mangga macam ni, terus hijab pada kek coklat tertutup. Hahaha.. Maka, untuk ke sekian kalinya, saya makan kek keju mangga. Sedap nak sama tahap dengan kek dekat Gula Cakery dalam cerita 2 tadi. Berbaloi beli!

Friday, 28 July 2017

Kopi dari Mesin Layan Diri

Sebelum ni cuma tengok orang kongsi dekat IG je tentang kopi jenama UK, Costa, ni. Kebetulan waktu nak beraya ke rumah Mada tempoh hari, berhenti kejap isi minyak di Shell Hentian Hicom. Nampak pula perkataan Costa besar-besar depan Select tu, apa lagi, masuk parking la jawabnya lepas isi minyak sebab nak beli kopi. 

Disebabkan tak pernah jumpa mesin layan diri untuk beli kopi ni, memang tak tahu nak buat macam mana. Lama juga berdiri di tepi tu sebelum disapa oleh salah seorang pekerja Select. Nasib baik dia tegur, kalau tak, lagi lamalah kami tercangak-cangak di situ. Kahkahkah.. Adik tu terangkan langkah demi langkah untuk pesan kopi guna mesin layan diri tu. 

Mula-mula kena pilih nak kopi sejuk atau panas. Lepas tu tekan nak kopi perasa apa. Seterusnya, boleh pilih nak letak gula banyak mana atau tak nak letak langsung pun boleh. Gula ni tak dicaj, percuma je. Kalau pilih nak tambah perasa baru kena caj seringgit kalau tak silap. Terima kasih banyak-banyak atas bantuan yang diberikan. Acik kan orang kampung, tak reti benda-benda canggih ni. Hehehe...

Iced Latte Hazelnut - kalau tak silap la. Dah lama, jadi ingatan dah samar-samar.

Dah siap buat pesanan, nanti resit keluar dari mesin tu. Sementara tunggu kopi siap diisi dalam cawan, bolehlah bayar dulu di kaunter. Nak lepak minum dalam tu pun, boleh. Kalau penyegan, terus jelah angkut cawan tu minum dalam kereta. Rasa kopi dia sedap! Boleh ulang beli kalau kebetulan jumpa. Entri dikahiri dengan ucapan khas kepada Costa Coffee Malaysia, bila nak buka cawangan dekat Shell Banting? Orang Banting pun minum kopi mahal tau. Hehehe..

Sunday, 2 July 2017

Teringin Teruk

Ini kisah bulan Mei yang lalu. Tiba-tiba teringin teruk nak makan kek keju mangga. Merata-rata cari tak jumpa. Nak buat sendiri, malas sebabnya aku sorang je yang makan manisan dalam rumah ni jadi tak seronok nak buat. Macam tak berbaloi. Beberapa kali keluar masuk Youtube tengok video pembuatan kek tu. Kesian kan?

Ada juga beberapa kali iklan orang jual kek keju mangga ni melintas dekat FB tapi untuk single serving, dia cuma buat bila kuota cukup. Gigih tau WhatsApp hantar tempahan tapi sudahnya senyap je. Kempunan. Bila dah sampai tahap tak boleh blah dia punya teringin tu, gigihlah pergi cari dekat kedai yang disyaki ada. Akhirnya jumpalah yang hampir nak sama dengan tekstur kek keju tu iaitu Mango Mousse dari Vivo Pizza.
Rupa asal sebelum diserang

Keratan rentas selepas dimakan lebih dari separuh bahagian

Bolehlah buat bagi lepas teringin teruk tu sebab rasa mangga dia kuat dan tekstur dia seakan kek keju walaupun lebih ringan dan nipis. Faham tak ni? Kalau tak faham boleh cuba makan mousse lepas tu makan kek keju dan rasailah perbandingannya. Ni masih ada terasa nak makan lagi ni selagi tak dapat yang betul-betul kek keju mangga yang ada potongan mangga dalam sebatian keju dan juga hirisan mangga dekat atas dia. Mana nak cari yang boleh buat single serving?

Wednesday, 28 June 2017

Seoul Garden Hotpot

Memandangkan bulan Jun hanya berbaki beberapa hari lagi, marilah kejar kuota 10 entri sebulan sekurang-kurangnya. Hari ni nak catat cerita dua bulan lepas. Waktu ni ke Cyberjaya sebab nak hantar laporan kulit keras DKM. Bila dah hantar laporan tu, dah merdekalah kiranya dan bolehlah bagi ganjaran pada diri sendiri kerana berjaya siapkan semuanya dengan pantas. Begitu.

Disebabkan tempat paling hampir di situ adalah DPulze, maka aku pun masuklah dalam tu untuk kali kedua. Kali ni dah gaji, jadi bolehlah makan dekat tempat makan chaebol. Sebelum makan, pusing satu bangunan tengok apa yang ada dan sempatlah buang masa buang duit dekat Daiso. Orang pun tak berapa nak ada, syoklah belek dari satu barang ke satu barang yang lain. Selesai membeli, barulah aku turun ke Seoul Garden Hotpot ni. 

Mula-mula macam nak pergi Seoul Garden BBQ sebelah dia, tapi macam kesian sangat nampaknya makan bufet sorang-sorang. Hahahaha.. Kalau dekat Hotpot ni, hidangan dia a la carte jadi tak adalah nampak sedih walaupun sorang-sorang. Lagipun ramai je orang yang datang makan solo dekat Hotpot. Pertama kali ni masuk sini nak mencuba. 


Pilihan namul. Tak banyak pun, jadi tak sempat tamak.

Bap

Set hot plate

Lepas belek menu, aku pesan bibimbap daging dengan kimchi. Air, minum air mineral je. Jaga kesihatan kekdahnya. Komen? Okey-okey je bibimbap dia. Sayur dalam bibimbap tak pelbagai sangat dan daging yang aku pilih tu macam tawar sikit sebab dia rebus biasa je. Patutnya ambil bulgogi, baru ada rasa sikit. Lain kali mungkin. Tapi kimchi dia hari tu sedap! Kalau dekat Seoul Garden, nasib-nasib tahap kesedapan kimchi dia. Ada masa sedap, ada masa kureng. 

Dah sampai makanan yang dipesan.

Jarak dekat.

Kimchi tambahan. Ingatkan besarlah pinggan dia, rupanya piring kecil je.

Habis makan, teruslah keluar dan kembali ke pangkal jalan. Kena sampai rumah cepat sebab petangnya ada tuisyen. Sesiapa yang nak cuba makan dekat Seoul Garden Hotpot ni bolehlah pergi cari yang terdekat. Tapi, saiz hidangan dia bukan saiz hidangan tipikal makanan Korea sebab amaun dia sikit. Kalau lapar tahap gaban, mungkin tak disyorkan untuk makan di sini sebab dikhuatiri tak kenyang. Hehehe..