Hai! Macam lama tak cerita pasal kerja dalam ni. Sejak tukar kerja ni, segala benda kena buat. Mengajar, menyapu, menyental, mengemop, membuang sampah, menyusun dan paling banyak, membebel. Kahkahkah.. Walaupun tukar kerja, masih dalam bidang perguruan lagi. Cuma bila dah masuk suku terakhir tahun ni, rindu pula nak gubal soalan periksa macam dulu-dulu.
Yelah, tiap tahun nama naik jadi penggubal, lama-lama jadi terbiasa walaupun kebanyakan orang tak suka kalau kena pergi gubal soalan. Memang leceh sikitlah sebab kena ikut prosedur betul-betul tapi bila lagi nak pergi kerja luar kan? Pengalaman semua tu.
Bermula tahun ni dah tak ada dah kerja luar. Ulang alik rumah pusat tuisyen jelah. Disebabkan saya juga buat kerja-kerja perkeranian, ada masanya kena datang berkampung dekat pusat tuisyen dari pagi. Macam hari tu, mesin fotostat rosak dan terpaksa jemput juruteknik datang baiki. Pagi-pagi dah tercongok dekat pusat tuisyen. Tak cukup sehari, sampai 3 hari berturut-turut dia datang sebab banyak pula masalahnya bila ditengok. Tulah, selama ni bos saya je pergi tempat awak untuk ambil dakwat walaupun patutnya awak kena datang isi, bila lama sangat tak ditengok mesin ni, banyaklah bahagian yang buat hal.
Bukan apa, kalau nak tunggu juruteknik dia datang isi dakwat tiap kali dakwat habis, berjanggutlah menunggu. Sebab tu biasanya bos je pergi ambil dakwat isian semula dekat pejabat dia; dapatlah dakwat isian semula dalam bentuk serbuk. Kamilah yang kena tuang sendiri dalam tabung dakwat dia. Dahlah dakwat dia ni halus gila, tiap kali nak isi kena jadi ninja dan berpanas sebab kalau buka kipas, habis berterbangan debunya.
Pertama kali mengemas dan jumpa bungkusan berisi dakwat tu, ingatkan susu tepung sebab plastik dia sebiji macam plastik susu tepung pek percubaan. Sekali bila bos suruh isi dakwat dalam tabung dakwat tu, barulah tahu rupanya itu dakwat mesin fotostat. Hahahaha..
Juruteknik yang datang baiki mesin fotostat. Lepas dia baiki ni, terus setting kepekatan dakwat tak boleh ubah. Kabur sangat dakwatnya sampai kadang-kadang saya kena tengok kertas betul-betul depan mata. Faktor usia, mata makin kabur.
Ini tabung dakwat tu.
Beberapa bulan lepas juga saya rombak susunan buku-buku rujukan dan latihan yang ada sebab dah bercampur-campur. Serabut nak mencarinya. Rak ada dua, maka saya bahagikan ikut tahap. Sekolah rendah dengan menengah rendah rak baru manakala buku-buku untuk SPM dekat rak lama. Bila dah disusun betul-betul ikut subjek dan tahap, banyak je pun rupanya buku rujukan dan latihan yang ikut silibus terkini. Bagi memudahkan cikgu-cikgu lain juga, saya labelkan setiap ruang dengan subjek dan tahap. Senang!
Dalam proses menyusun.
Label ikut tahap.
Kerja bermusim pula adalah pada hujung dan awal bulan iaitu waktu membayar yuran. Sekarang ni saya jelah yang terjerit-jerit mengingatkan budak-budak ni bayar yuran. Ramai je yang bayar cantik tapi ada juga yang liat nak membayar. Tebal muka oi bila masuk bab nak minta hutang ni. Apa nak buat, dah termasuk dalam bidang tugas kan? Hadap jelah.
Alternatif lain adalah, tulis peringatan besar-besar dekat papan putih depan pintu masuk. Yang itu pun buat sakit hati juga tu sebab lepas tulis, bertahan dua tiga hari je. Ada la nanti tangan gatal pergi padam. Sudahnya, cikgu dia tulis dengan pen dakwat kekal. Ambik! Kekallah tulisan tu dekat situ sampai korang habis bayar hutang.
Bermula tahun ni juga, kami wujudkan sistem kad untuk rekod. Tiap kali bayar yuran kena rekod dekat kad supaya senang nak rujuk kalau terjadi sesuatu di kemudian hari. Ada kes ye, mak ayah bagi duit bagi bayar yuran, anaknya pergi guna duit tu buat beli benda lain. Kau ghaser? Bila saya pegang rekod ni, lagi terperinci la datanya. Data Excel dalam komputer pun siap ada kata laluan sebab ada juga tangan gatal yang pergi ubah rekod dalam tu. Berani kan budak-budak sekarang guna barang cikgu dia tanpa kebenaran? Buku resit pun saya nomborkan supaya senang nak rujuk. Bekas bendahari kelab waktu sekolah dan mantan setiausaha persatuan di universiti, kenalah praktikkan pengalaman tu.
Terima duit, tulis resit, rekodkan bayaran dalam kad dan kemaskini data dalam komputer. Kerja kemaskini data ni kena buat waktu tak ada kelas sebab nanti kelam kabut.
Sekarang ni tak adalah serabut sangat sebab cuma tinggal kelas untuk tahun satu sampai tahun lima dan tingkatan dua dan lima sahaja. Kurang sikitlah membebel sebab penyebab saya jadi kuat bebel ni adalah murid-murid tingkatan tiga yang terlebih gula sampaikan waktu saya mengajar diorang haritu, tak sah kalau tak ada sesi tazkirah dalam kelas. Urut dada. Sakit tekak tak payah cakaplah sebab terpaksa guna suara paling kuat untuk elakkan daripada kedai kopi dibuka di belakang.
Sejak jadi cikgu ni, tiap tahun mesti ada sekali saya hilang suara. Tiap tahun ye. Daripada tak pernah tahu macam rasanya sakit bila tonsil bengkak, sampai tak ada suara dan demam sebab tonsil bengkak. Ini baru cikgu tuisyen ye, kalau jadi cikgu sekolah tak tahulah berapa kali hilang suara dalam setahun. Bertabahlah ye cikgu-cikgu sekalian.
Tahun ni punya giliran suara nak hilang sedang dalam proses. Dari hari Sabtu dah rasa tak selesa dah lepas tu hari Ahad tu sakit gila tekak ni bila telan air liur. Minum air limau nipis campur madu, kurang sikit. Ingatkan dah okey. Hari ni mula batuk-batuk dan mengajar malam tadi, suara dah jadi garau. Harap-harap tidaklah sampai hilang terus sebab Sabtu ni nak pergi bercuti. Tak seronok la pergi bercuti dalam keadaan tak sihat kan.