Engagement Fund ;)

Showing posts with label Hobi Baru. Show all posts
Showing posts with label Hobi Baru. Show all posts

Wednesday, 16 March 2016

Saya Jual Kimchi

Annyeong! Asyik letak cerita purba je, hari ni kongsi cerita semasa pulak. Seperti yang tertulis pada tajuk, aku dah mulakan satu aktiviti sampingan untuk tabungan kecemasan iaitu menjual kimchi. Asalnya buat untuk sendiri makan je tapi sebab dah beli gochugaru pek besar dan tak nak membazir maka aku cubalah jual pada kawan-kawan terdekat.

Alhamdulillah, ada juga sambutan walaupun asalnya takut la juga nak poskan kimchi tu. Tapi selepas membuat beberapa eksperimen, aku yakin bahawa kimchi ni selamat untuk diposkan. Nak buat kimchi ni tak susah tapi leceh; macam kalau aku buat untuk sekali tempahan, ambil masa paling kurang 4 jam untuk selesaikan semuanya. Tapi kalau dah minat, sanggup je.

Mula-mula kena leraikan daun satu persatu..lepas tu basuh bersih dan potong ikut saiz yang sesuai..

Lepas tu perap dengan garam selama satu jam..eh, perap ke istilah dia? Bantailah..hahaha

Sementara tu sediakan bahan-bahan pes dia dan juga bahan sampingan seperti di atas...

Lepas tu toskan kobis tadi dan perah keluar airnya..bahagian perah memerah ni pun menguji kesabaran..

Seterusnya gaulkan kobis dengan pes guna sarung tangan sebab nanti tangan pijar..

Taraaaa! Dah siap..

Kalau yang nak pos, aku akan poskan kimchi yang dibuat sehari sebelumnya supaya dia menjeruk dalam perjalanan. Makanya, ngam soi la boleh terus makan bila sampai dekat pembeli.

Dari segi pembungkusan, memang kena teliti sebab berdasarkan pengalaman aku membeli-belah online, kadang ada dapat bungkusan yang pecah sebab tak dibalut dengan betul. Maka inshaAllah kimchi semua selamat sampai dengan pembungkusan yang teliti.
Bungkusan untuk pos, aku letak dalam plastik zip lock dan masukkan dalam balang untuk jaminan keselamatan..aku rasa timbang biru tu macam tak betul sebab aku timbang dekat rumah ikut berat yang aku nak tapi bila sampai Poslaju, berat dari penimbang dia tak sama; lagi berat..kena beli timbang digital ni..

Ini bungkusan pos untuk 200 gm; aku balut dengan bubble wrap..

Kalau berminat nak beli, kenalah tunggu tempahan dibuka nanti. Harga aku jual ikut berat;
200gm +/- = RM 8
400gm +/- = RM 15

Ni rupa serbuk cili(gochugaru) Korea; dia lain daripada yang Malaysia punya dan warna dia pun kebabom merah!

Rasa mahal? Sebab aku guna serbuk cili Korea maka aku rasa harga tu berbaloi. Jauh tu nak beli, kena pergi Korea Ampang untuk beli sebab dekat pasaraya besar macam AEON atau Giant tak ada lagi. Akhir kata, orang Korea cakap, kalau nak cari isteri, carilah yang pandai buat kimchi. Orang Jawa cakap, nak cari isteri carilah yang pandai masak makanan Jawa supaya kalau rindu masakan mak, boleh suruh isteri masakkan. Sama-sama Jawa kan? Silalah cari maksud tersirat. Hahahahaha... K, babai!

Wednesday, 30 December 2015

Makcik Naga

Dah lama sebenarnya nak gebang pasal naga ni tapi tulah, malas je nak menaip. Waktu mula-mula beli Yong dulu, boleh tak aku rasa bosan sampai akhirnya aku install game? Hahaha... Dari satu game, terjebak install game yang lain sebab nak dapatkan diamond atau gold; kalau tak, kena beli sendiri dan disebabkan aku kedekut, maka install semua game yang dia recommend. Salah satunya adalah Dragon Story.
Ni island aku Level 96 haritu, sekarang dah Level 110 dan Gold tu tinggal 300++ je sebab dah banyak guna waktu tournament yang berperingkat tu dan ada sekali tu tertekan dan terbeli makanan..hangus 100 Gold aku..sobs

Game ni setakat ni yang agak mencabar dan tak berapa nak bosan sebab ada banyak benda boleh nak teroka. Paling best bila ada geng sama-sama main sebab boleh update progress kalau nak kena capai sesuatu. Cool! Kang asal jumpa je, "Battle dah sampai level berapa?" atau "Macam mana nak dapat naga bla bla bla ek?" Hahaha... Cool kan?

Biasa main game ni santai je sebab cuma nak luaskan kawasan jajahan, atau nak dapatkan naga baru je. Makin lama main, makin banyak la benda baru. Kadang tu ada lucky draw untuk dapatkan naga yang pelik-pelik atau kena join tournament untuk dapatkan naga pelik-pelik jugak. Naga pelik ni adalah naga yang takkan dapat melalui breeding. Faham tak ni? Tak faham pun buat-buat faham.

Lepas tu boleh juga melombong untuk dapatkan naga atau tanah dekat Gua tu. Ada dua jenis lombong; satu untuk dapatkan bahan untuk cipta naga dan satu lagi untuk dapatkan cebisan tanah untuk luaskan kawasan jajahan. Nak melombong kena letupkan runtuhan batu dalam gua tu dan nak dapatkan bomb atau dynamite adalah melalui breeding dan evolution.

Ni rupa gua

Dalam proses mengebom

Selepas bersusah payah, berjaya dapatkan naga ni..yeay!

Baru-baru ni ada satu lagi tournament baru tapi tournament ni agak menyesakkan otak la jugak sebab dia ada banyak peringkat dan tempoh masa yang singkat untuk habiskan semua peringkat tu. Kalau masuk tournament yang ni, sanggup ko bangun tengah malam sebab setting masa nak capai target tu. Heeee... Setakat ni dah dua tournament tapi tak berjaya lagi menang.

Ni dia Battle Tournament yang paling baru untuk dapatkan Black Ice Dragon...aku lupa dah aku guna naga mana tapi aku rujuk dekat forum sebab tak banyak masa dah nak cuba-jaya...nampak tak tinggal 37 minit je sebelum tournament berakhir?

Kalau tournament biasa, dia bagi tempoh samada 3 hari atau 6 hari. Biasanya aku layan yang 6 hari tu je sebab tak stress sangat nak capai target. Kena habiskan 30 perlawanan dan selepas satu perlawanan, kena tunggu sejam sebelum boleh berlawan lagi. 6 hari tu cantik la masanya sebab takkanlah aku nak kena tercongok depan tab setiap kali sejam kan?

Tournament baru ni stress sikit sebab aku santai sangat sampai terkejar-kejar nak habiskan 30 perlawanan. Sebab dah lewat, terpaksa la guna gold untuk cepatkan masa perlawanan dan masuk forum Dragon Story sebab nak tahu naga mana yang sesuai digunakan untuk menang perlawanan setiap peringkat. Kalau banyak masa, rajin jugalah guna teknik cuba-jaya tapi bahaya juga sebab kalau kalah, setiap naga ambik masa 2 jam untuk dipulihkan.

Nampak tak naga-naga aku yang tertewas tu? Ambik masa 3 hari juga nak pulihkan semuanya dekat Healing Spring..

Ei, kalau nak cerita, memang banyak je lagi. Korang install dan mainlah sendiri ye. Kalau nak jemput jadi jiran lagi dialu-alukan sebab kalau nak luaskan kawasan jajahan kena minta bantuan jiran. Jangan segan-segan tinggal komen ye. Babai....

Friday, 31 December 2010

10 Minit

Salam pertemuan.. Seminggu tak menconteng di sini. Dalam beberapa minit lagi, 2010 akan menjadi sejarah kerana 2011 bakal menjelma. Secara tiba-tiba, teringat pasal pertandingan yang di buat oleh Cik Fairy Lily tentang "peranan nombor dalam hidup anda". Dah nak tarikh tutup ni. Kena taip laju-laju. Hehehe...

Sebenarnya nombor memainkan banyak peranan dalam hidup aku walaupun aku tak berapa serasi dengan nombor. Kalau melibatkan matematik yang sudah pastinya adalah NOMBOR, memang gagal. Banyak juga kisah menarik yang berlaku di sebabkan nombor ni. Memandangkan ini entri terakhir untuk tahun ini, maka aku nak coret sikit tentang pentingnya 10 minit dalam hidupku.

Bila ku imbas kembali, aku sebenarnya sangat bernasib baik dalam banyak perkara pada tahun ini. Disebalik nikmat yang diberi, aku terus-terusan berfikir kenapa Allah sering memudahkan urusan ku walaupun apa yang aku dapat tu bukanlah apa yang aku jangkakan. Ternyata disebalik semua nikmat itu, terlalu banyak hikmahnya dan aku akan terus mencari. Bermula dengan insiden berikut.

Pertama; tempat praktikal yang sangat dekat dengan rumahku di Klang. 10 minit saja dari rumah. Kalau terlambat pun masih sempat punch card pada waktunya.
Kedua; tempat kerja yang juga dekat dengan rumahku kini, Banting. Mengambil tempoh 10 minit juga untuk sampai ke destinasi.

10 minit bukanlah angka besar tapi peranannya sangat besar padaku. Dengan hanya sepuluh minit, aku dapat tiba ke destinasi yang ku tuju pada masanya. Mudah-mudahan rezeki berpihak padaku dan semoga ku dapat hadiah comel dari Cik Fairy Lili dengan entri yang ku tulis tak sampai 10 minit ni. Hehehe..Selamat Tahun Baru buat semua pengunjung.

Wednesday, 22 December 2010

25 Facts About Cik Farae

"Once you have been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, fact, habits, or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tagged the person who tagged you. If I tag you, its because i want to know more about you."



Saya nak isi masa senggang (masa senggang?*berfikir*) dengan buat tag ni boleh? Dah lompat beberapa blog yang ada tag ni dan mereka kata, siapa yang baca ni kena buat. Bukanlah wajib pun. Tapi saja nak buat.

1. Dilahirkan pada tanggal 5 Julai 198_ di Klinik Damo, Klang dan membesar di sebuah kampung yang terletak dalam jajahan Kuala Langat.

2. Anak ke 3 daripada 3 orang adik-beradik.

3. Satu-satunya wanita di dalam rumah selepas emak kembali ke rahmatullah setahun yang lalu. Masih tetap bergenang air mata bila ada yang menanyakan tentang mak.

4. Banyak nama panggilan melekat selain nama sebenar. Bermula di Hamidiah, kawan-kawan panggil nama penuh kecuali Nur. Tapi selalu perasan sebab ada lagi seorang kawan nama sama jugak hinggalah masuk tingkatan 3, kami ditempatkan dalam dorm yang sama. Terbitlah nama 'Ayin' tapi cuma kawan kembar nama je yang panggil nama tu.

5. Lepas kem SOLEH, dapat nama baru. Ustazoh. Melekat nama tu sampai sekarang (tapi dipendekkan kepada "sazoh") sebab dulu cita-cita nak jadi ustazah tapi end up jadi cikgu BI. Hehehe..

6. Dah masuk U, dapat lagi nama baru yang aku guna dalam dunia blogger ni; Farae. Sebutannya bukan "fara e" tapi "fare" ('a' yang akhir tidak dibunyikan dan 'e' disebut macam 'e' dalam perkataan emak). Nama yang diilhamkan oleh Izie dan Mimynn.

7. Selepas beberapa tahun di U, berjodoh pulak dengan seorang insan bernama sama sekali lagi. Serumah dan seangkatan dalam persatuan. Bila kami berjalan bersama dan ada yang memanggil nama tanpa disertakan nama ayah, kami cuma buat pandai dan teruskan berjalan.

8. Seorang yang pendiam tapi banyak cakap dengan orang-orang yang rapat. Diam bukan bererti sombong ye tapi lebih baik mendiamkan diri daripada bercakap perkara yang tak berfaedah dan menyakitkan hati orang lain.

9. Tulisan tangan aku sangatlah tak cantik sampaikan seorang teman di SKKD dulu cakap, kena banyak tulis cerpen untuk membaiki tulisan. Sampai sekarang tulisan masih tak cantik jugak walaupun telah berlatih dengan cara menulis surat kepada sahabat pena bertahun lamanya. Kesian kat mereka sebab kena baca tulisan buruk ku. Hehehe...

10. Pernah mempunyai sahabat pena sewaktu di Hamidiah dulu yang mana beliau mula mengutus surat sejak gambar kirimanku sewaktu Merentas Desa di Wetland Putrajaya tersiar di Dewan Siswa dan kerap juga berutus surat dengan seorang sahabat yang telah berpindah dari Maahad sewaktu di tingkatan 2. Rindunya nak menulis surat macam dulu-dulu. Sudah tidak berhubung lagi dengan mereka sekarang ni. Tak ingat kenapa terputus hubungan. Kena korek kotak ajaib untuk mengetahui puncanya. Ada yang nak menjadi sahabat pena saya?

11. Sangat-sangat suka memasak dan mencuba masakan baru. Tapi kalau ribut malas melanda, aktiviti itu dicampak jauh-jauh..

12. Suka menonton rancangan masakan sejak kanak-kanak lagi. Kalau dah mengadap rancangan masakan, orang lain tak boleh kacau. Semua aku sapu, Chef Wan ke, Chef Florence Tan ke, Chef Zaidah ke, mahupun Chef Ismail, belasah je. Rancangan masak antarabangsa pun disapu sekali. Suka tengok Jamie Oliver sebab dia masak main campak-campak je. Memberi motivasi kepada orang yang menonton mengenai mudahnya untuk memasak.

13. Lebih suka beli sendiri bahan-bahan masakan dan kalau membeli sayur, tidak merancang sayur apa nak dibeli. Dah sampai pasar, baru fikir menu sambil tawaf gerai penjual sayur beberapa kali. Lebih seronok sebenarnya.

14. Sangat tidak berbakat dalam ilmu tanaman dan berkaitan tumbuhan. Terus putus asa bila cuba menjaga kaktus yang sepatutnya mudah dijaga, tapi kaktus tu mati dalam jagaan.

15. Geli pada cicak sampai sanggup tak masuk tandas bila kebetulan ada cicak tanpa ekor mencicit lalu di tepi dinding bila lampu bilik air dibuka. Sebab? Sah-sah la ekor dia tertinggal kat mana-mana dalam tandas tu. Geli...Mungkin sebab pernah lenyek cicak dengan tapak kaki sampai lunyai tanpa sedar bahawa yang aku lenyek itu adalah bukan getah tapi cicak.

16. Suka menggunakan kedua-dua bahasa Melayu dan Inggeris. Seiring dan sejalan katanya sebab walaupun ilmu berbahasa Inggeris banyak, masih juga perlu kuasai bahasa Melayu dengan bagus kerana itulah bahasa ibunda dan keduanya saling bergantung. Masih ingat kata-kata Abang Su suatu waktu dahulu; walaupun menceburi bidang baru, jangan abaikan bidang yang sepatutnya kita kuasai sebelum menguasai bidang baru itu.

17. Senang menyelak kamus Dewan mahupun Oxford sekiranya tak pasti dengan makna mahupun ejaan. Kenapa nak malu sebab selak kamus? Yang penting tak salah guna bahasa.

18. Sangat suka telefon bimbit jenis lipat kerana nampak lebih bergaya selain terpengaruh dengan drama Korea yang pelakonnya sering menggunakan telefon bimbit jenis lipat. Bercita-cita untuk memiliki LG Lollipop suatu hari nanti kerana setakat ini itulah telefon bimbit yang ada warna hijau dengan harga yang dalam kemampuan.

19. Hijau merupakan warna kesukaan. Kalau boleh semua benda nak cari warna hijau tapi agak-agak la weh, tak semua benda sesuai berwarna hijau.

20. Membaca merupakan salah satu hobi dan kesukaan tapi kebelakangan ini aku bukan lagi membaca tapi mengeja kerana mengambil masa berminggu lamanya untuk menghabiskan sebuah buku. Apakah?

21. Terlalu ingin bercuti ke mana-mana tempat yang damai dan menenangkan di Malaysia tanah airku. Langkawi, Bukit Tinggi dan Cameron Highlands tersenarai di tempat teratas. Sedari, jom cuti-cuti Malaysia.

22. Tidak mempunyai keberanian dan pengetahuan untuk menggunakan pengangkutan awam. Mula menggunakan pengangkutan awam ketika berada di universiti dan mesti berteman. Tapi tidak mengapa kalau diberi sebuah kereta untuk ke mana-mana lokasi yang tidak pernah dijejak. Lebih rela memberanikan diri memandu daripada menaiki kenderaan awam dengan senarai nombor bas yang perlu dinaiki atau nama-nama stesen komuter yang perlu dijejak untuk sampai ke satu-satu lokasi.

23. Mempunyai lesen motorsikal yang sah tapi tak pernah menunggang motorsikal di jalan-jalan utama. Penakut punya pasal! Setakat merayau dan merayap di kawasan kampung saja.

24. Berazam untuk menjadikan diri ini lebih baik dari sebelum ini berpandukan senarai semak di sini. Azam ni boleh juga diumpamakan macam kereta. Lepas enjinnya dihidupkan, kena masuk gear supaya kereta bergerak. Jadi, lepas berazam, kena cari cara untuk menjadikan azam itu satu kenyataan.

25. Berharap agar dapat menunaikan janji yang dibuat dengan orang-orang terdekat secepat mungkin. Menanti masa yang sesuai. Baru saja berjaya mengotakan janji pada Kak Chik yang dibuat beberapa tahun lepas kerana kekangan masa. Masing-masing sibuk nak melawat tanah jajahan sampai tak ada masa nak buang masa. Eh, kenapa saya buat janji tu dengan awak ek? Lupa dah. Hahaha... Teruk betul

Itulah dia fakta pelbagai tentang Tuan Tanah. Tak nak la tag siapa-siapa. Siapa rasa nak buat, silakan. Tapi teringin nak tahu dengan lebih terperinci tentang mereka yang tersenarai di bahagian Pieces of Me. Anda tahu siapa anda...

Sunday, 18 April 2010

Giveaway Kedai Islah

Entri keduaku tentang giveaway. Sila lihat gambar-gambar di bawah...
Cantik bukan? Ini adalah hadiah-hadiah untuk pemenang bertuah bagi Giveaway Kedai Islah. Kedai Islah menawarkan lebih banyak pilihan brooch dengan rekaan menarik untuk dipilih... Jadi, moh la jenguk Kedai Islah...

Create your own banner at mybannermaker.com!

Thursday, 15 April 2010

SukmaOn9Shop 1st year GIVEAWAY

Ini kali pertama sebenarnya menyertai pertandingan sebegini sejak menjadi seorang blogger. Entah, selalunya cuma keinginan yang membuak-buak tapi kali ini disertai dengan kemampuan aku untuk menulis tentangnya(mungkin ada rezeki untuk menang,siapa tahu kalau tak cuba kan?). Kebelakangan ini, aku sibuk juga mencari tudung ala Ariani yang cuma sarung je bila nak dipakai tu. Tapi bila melihatkan harganya yang agak mahal dari tudung-tudung yang berada dalam koleksi, aku cuma tengok saja. Tudung pertama dari jenis ini yang ku beli adalah tika mahu ke TESL Night tempoh hari. Tudung jenis ini mempunyai saiz dan saiz yang ku mahukan(L @ XL) memang agak payah ditemui. Bila bertanya pada Kak Ain tempoh hari, dia bercerita serba sedikit tentang tudung jenis ini. Katanya, tudung yang diperbuat dari lycra adalah yang paling baik kerana sifatnya yang tidak melekat di badan dan tidak terlalu lembut.

Jadi, aku yang suka membeli-belah melalui internet terus saja cuba mencari kedai online yang menawarkan pilihan tudung dengan ciri-ciri yang dikehendaki sehinggalah akhirnya ketemu dengan SukmaOn9Shop ini, yang menawarkan produk dari lycra dengan harga yang menarik. Tertarik melihat pilihan corak dan warna yang ada, juga saiznya yang labuh(melihat yang dipakai oleh pemilik kedai) hingga menutupi dada. Tahniah kepada pemilik kedai yang kini sudah pun mempunyai laman web rasmi untuk perniagaan ini. Yang lebih menarik lagi, kemunculan semula SukmaOn9Shop disertakan sekali dengan lebih banyak pilihan corak dan warna yang menarik serta 4 pilihan rekaan(An-Nurul Printed Exclusive, An-Nurul Plain awning Thai Silk Exclusive, An-Nurul Plain Exclusive, An-Nurul Diamond Exclusive) membuatkan pembeli mempunyai lebih banyak pilihan untuk memilih hanya di satu tempat.

Sesuatu yang baru muncul, sudah pasti perlukan banyak penelitian dan usaha untuk menjadikannya terbaik dan menarik. Bagi pelanggan baru, mungkin memerlukan lebih banyak info tentang sesuatu yang ingin dibeli seperti saiz bagi setiap jenis tudung yang ada lebih-lebih lagi barang tersebut hanya boleh dilihat, tidak boleh dipegang dan dibelek seperti di kedai biasa. Sebagai pelanggan maya, apa yang paling penting untuk berurusan di alam siber ini tentulah amanah dan jujur serta perlu diperlihatkan kedua-dua sifat ini. Rasanya, proses pembelian yang tertera di blog sebelum ini perlu diletakkan di laman web bagi memudahkan pelanggan baru kerana selalunya pelanggan akan melihat dulu cara pengurusan kedai online ini barulah mereka yakin untuk berurusan. Bagiku, do not judge a book by its cover but, there's no second chance for the first impression.

Rasanya, inilah saja kemampuan yang ada untuk keinginan yang muncul. Mudah-mudahan kali ini ada rezeki untukku. Teringat kata-kata seorang muridku tempoh hari yang menjawab runugutan kawannya bila disuruh melukis dengan berkata; "Belum cuba, belum tahu..." Semoga percubaan ini membawa khabar gembira... www.SukmaOn9Shop.com