Kisahnya, sejak jadi cikgu ni, mesti setahun sekali akan kehilangan suara. MESTI. Tahun ni punya giliran adalah pada hujung tahun. Tanda-tanda nak sakit tekak tu dah muncul sejak 7 Oktober lagi. Kebetulan pula malam tu tertidur dengan kipas tala ke muka, memang proses nak batuk jadi laju. Kali ni mula dengan batuk berkahak dulu. Kahak pula jenis yang pekat hijau, memang sakit dada dan susah nak bernafas.
Disebabkan selalunya kahak sebegini dapat dinyahkan dengan cara meminum air perahan limau nipis bercampur madu, memang awal-awal minum bancuhan ni je. Sebabnya kalau takat batuk-batuk sikit, memang tak kuasa nak pergi klinik. Walaupun dah minum air limau tu, masih lagi berterusan batuk sampailah hari Rabunya, suara macam keluar tak keluar. Nasib baik juga malam tu ada cikgu lain ambil kelas, maka selamatlah tak payah mengajar.
Sampailah hari nak pergi bercuti dengan Geng Bilik Prep, masih lagi berterusan batuk tapi suara dah keluar jelas walaupun masih kedengaran rock. Hehehe.. Waktu siang biasanya okey, cuma bila dah baring nak tidur pada malam hari, siaplah tekak gatal dan batuk sampai tak boleh tidur. Sobs.. Sabtu 14 Oktober tu, masih lagi batuk-batuk cumanya suara dah ada. Ingatkan dah beransur sembuhlah.
Tiba di Kuantan, terus tuju ke Kula Cakes sebab nak rasa kek keju mangga dia yang tersohor tu. Takkan kek keju mangga je kan? Beli juga kek lain berasaskan keju dan makan kek macam makan nasi. Waktu makan tu sedap jelah; lepas makan tekak perit balik dan suara jadi serak balik dan makin petang, makin muncul tak muncul je suara. Lepas makan malam, minta pendapat doktor nak beli ubat apa untuk batuk ni. Doktor kata, sebab dah seminggu, patut ambil antibiotik sebab takut ada jangkitan.
Gigihlah kawan-kawan tolong cari farmasi terdekat. Jumpa satu! Sampai dalam farmasi, yakin je Radin ke kaunter nak belikan ubat batuk dengan antibiotik. Sekalinya, orang farmasi cakap kalau nak beli antibiotik kena ada preskripsi dari doktor. Radin pandang kitorang, lepas tu Mada kot menyampuk sambil pandang Radin; "Tapi saya doktor." Hahaha.. Doktor tak bawa cop, tak boleh nak buktikan la doktor tu doktor. Jadinya, tak dapatlah antibiotik. Cuma beli ubat batuk je.
Waktu nak pilih ubat pun dilema sebab ada dua jenis; ubat herba dan ubat kimia. Ubat kimia? Pun bolehlah. Disebabkan saya ni kalau ada lebih dari satu pilihan sangat susah nak buat pilihan, tanya semula Radin dengan Mada ubat mana yang bagus. Doktor kata, ubat kimia ni memang bagus la untuk batuk. Herbalis pula cakap, yang ubat herba pun bagus juga, lebih semulajadi. Gituuu.. Lepas termenung depan kaunter, saya pilih untuk cuba ubat yang herba tu.
Malam tu memang susah la nak lelap sebab asal baring je batuk, asal batuk je waktu baring. Tapi lepas tu tertidur juga. Bangun esoknya memang tak ada suara dah la. Lepas sarapan, minum ubat herba tu. Tekak rasa lapang dan bolehlah keluar suara sikit. Itu pun dengar tak dengar la. Kiranya, hari Ahad tu la paling teruk sampai hilang suara. Agak seksa la juga sebab batuk berterusan dan tak boleh nak menyampuk sangat orang lain bergosip. Hahaha..
Ada dua bungkus ubat serbuk dalam ni. Sepuluh hengget untuk dua bungkus.
Walaupun batuk dan sakit tekak, orang sua teh ais kaw, sedut juga. Makanan sedap, semua bedal. Dah kata bercuti kan, takkan nak tengok je? Ubat cari kemudian nanti bila dah balik. Heee... Hari Isnin suara dah ada balik cuma masih batuk. Nak tambah teruk, petang tu mula sakit kepala teruk lepas habis pusing dekat Taman Tamadun Islam. Sakit kepala lepas tu batuk-batuk, dua kali ganda sakit sampai terpaksa makan paracetamol. Nasib baik memang sentiasa ada paracetamol tu dalam beg tangan sebab kadang ada budak-budak yang mencari. Lepas makan dua biji, basahkan kepala, urut-urut sikit dan sujud lama sikit waktu solat asar tu, reda la juga.
Balik dari bercuti, suara serak gitu juga dan batuk masih berterusan. Seret kaki ke klinik akhirnya. Lagi pun waktu baca artikel tentang penyembuhan semulajadi dekat internet, dia ada cakap yang kalau lepas seminggu sakit tak sembuh, pergi la jumpa doktor. Lepas habis kelas hari Khamis, singgah klinik. Orang agak ramai tapi laju je giliran masing-masing. Sakit tak berapa nak kronik agaknya.
Dah mengadap doktor, bagi tahulah sakit tekak batuk-batuk nak dekat dua minggu. Lepas tu doktor kata dengan nada sedikit sinis; "Dah nak dekat dua minggu baru nak jumpa doktor? Suara pun dah lain ni" Bukan setakat lain doktor, siap dah pernah hilang dah suara ni; manalah saya tahu nak melarat sampai dua minggu. Semangat cerita yang sebenarnya minggu lepas dah reda sikit tapi lepas tu jadi balik. Doktor suruh pusing nak periksa paru-paru. Cuak la juga sebab lama gila kot dia letak stetoskop sambil suruh tarik nafas dan hembus nafas dengan kuat. Lepas periksa tu, doktor suruh pantang makan pedas dan masam. Kesudahannya? Dapat lima jenis ubat. Wow! Macam tak pernah je dapat ubat sampai lima jenis ni? Paling banyak pun empat jenis je. Ubat batuk sebotol, antibiotik sepapan, ubat kahak sepapan, ubat sakit tekak dua jenis. Semuanya 50 hengget.
Dalam kereta, bersuluhkan lampu jalan.
Itulah kisahnya. Sakit setahun sekali, kena catat. Senang nak rujuk semula di kemudian hari. Hari ni suara dah jelas, batuk dah kurang, kahak pun dah cair. Tapi masih serak-serak la. Serak pun, waktu mengajar tadi automatik je suara keluar dengan kuatnya. Hahaha.. Lepas mengajar sakit tekak balik; kena la togok air kosong banyak-banyak. Sekian saja karangan tentang hilang suara setahun sekali. Cerita tentang percutian kemudian karang sebab gambar belum dapat semua. Babai~~