Engagement Fund ;)

Tuesday, 30 May 2017

Untuk Aku dan Mereka

Tiap tahun, memang aku akan peruntukkan bajet untuk hadiah hari lahir crime companion. Ramai sebenarnya crime companion ni tapi ada dua yang paling rapat; Kak Chik dengan Aten. Orang kata, bagi apa yang kita suka dan itulah yang aku buat. Dua tahun lepas aku buat kejutan kek untuk Kak Chik. Tempah kek dari pembuat kek di Shah Alam dan minta dia hantarkan terus ke pejabat Kak Chik. Teringin nak dapat kejutan macam tu tapi tak dapat, maka kita buatlah untuk orang.

Sekali tu jelah dapat buat sebab lepas tu bajet tak mengizinkan. Selalunya memang belikan sesuatu je. Kalau dulu-dulu, bagi hadiah mesti nak bagi yang cantik dan boleh jadi kenangan kononnya. Sekarang ni fikir yang praktikal je; biar cantik, boleh buat kenangan dan boleh digunakan. Apa je pun yang memenuhi kriteria? Memang ulang benda samalah jawabnya.

Awal bulan haritu, kebetulan dapat mesej promosi dari salah satu jenama tudung online sempena hari guru dan hari ibu, teruslah tak fikir panjang dan beli pakej tu dengan niat nak bagi hadiah sempena hari lahir yang dah terlepas. Korek tabunglah sebab sekelepuk nak bayar tapi alhamdulillah lepas tu rezeki lain masuk. Betullah bila kita sedekah atau kadang tu baru niat nak sedekah, Allah dah bagi lagi rezeki lain. Rezeki ni bukan hanya apa yang kita tak jangka. Kadang dipercepatkan masa untuk dapat sesuatu pun rezeki juga. Orang-orang yang gaji masuk tak tetap, mesti boleh faham keadaan ni.

Berbalik kepada tudung tadi, memang dah lama aku perhati tapi bila memikirkan kalau nak beli sehelai je tu harga dia macam jadi mahal sangat, terus tak jadi beli. Bila ada promosi macam tu, barulah pejam mata je beli untuk diri sendiri dan sekali harung untuk mereka yang disebutkan tadi. Tertarik nak beli sebab corak-coraknya yang cantik lepas tu ukurannya yang lebih besar berbanding jenama lain. Lepas tu pembungkusan dia menarik sebab didatangkan dengan kotak yang eksklusif. Tak payah pening nak balut bagai.

Perasaan paling bahagia adalah bila terima parcel.

Taraaa! Cantik kan kotak dia? Kelihatan begitu eksklusif dengan warna hitam.

Isi dalam. Semua cantik sampai rasa nak pakai sendiri je semua. Hehehe.. Tapi dah selamat bagi pun kepada tuannya.

Orang Lain Dah 3 Hari Puasa

Pejam celik pejam celik, dah nak habis bulan Mei tahun 2017; lepas tu tiba-tiba ramadhan datang lagi. Pantasnya masa berlalu tapi tak capai apa-apa pun lagi tahun ni. Hhmmm.. Blog pun kejap bertulis kejap sepi. Harap-harap lepas ni gigihlah catatkan peristiwa yang berlaku dalam hidup di sini untuk tatapan di hari muka.

Hari ni dah masuk ramadhan keempat tapi aku baru puasa untuk hari pertama. Makanya, memang baru nak ambil mood berpuasa. Nak buat macam mana, fitrah wanita. Bila Allah bagi cuti, kena terima dengan rela hati. Tapi tahun ni memang serba serbi tak kena. Selalu teruja bila nak masuk bulan puasa, tapi kali ni jiwa rasa kosong sampailah status Yasir Qadhi ni melintas di FB:

Deep

Moga-moga ramadhan tahun ini ada sedikit lebih berbanding ramadhan yang lalu. Tahun ni pun tak kuasa nak fikir pasal raya. Ada, adalah. Tak ada, mana yang ada je. Selamat berpuasa kawan-kawan dan pengunjung Atas Nama Cinta. Jumpa lagi di lain entri.

Ehsan dari Pakcik Google

Wednesday, 24 May 2017

Geng Bujang Bilik Prep Berkelah, Sesat

Baiklah, sementara roh menaip singgah, mari sambung cerita entri ni. Dari Bagan Lalang, kami terus menuju ke tempat lepak kegemaran aku dan crime partner. Mana lagi kalau bukan KLIA 2. Hehehe.. Waktu bagi cadangan tu, Radin siap gelak dan cakap; "Wei, tu tempat aku turun naik flight kot!" Kami pun tak nak kalah menjawab; "Ala Din, selalu tu ko rushing nak kejar flight. Kali ni meh kitorang bawa jelajah ceruk KLIA 2." Gitulah kurang lebih dialognya.

Sampai sana, terus tuju ke surau kegemaran untuk solat zuhur. Dulu tak tahu ada surau besar ni jadi kalau nak solat selalu pergi ke surau dekat kawasan Gateway. Sekarang dah tahu, memang ke surau ni jelah. Besar dan dekat dengan tandas. Waktu nak ke surau tu, ada persembahan kebudayaan oleh badan pelancongan Melaka kalau tak silap. Meriah Mak Jemah! Barulah seronok nak datang jalan-jalan ke KLIA 2. Lama juga berhenti tengok persembahan tarian tu sambil ambil gambar buat modal cerita dalam blog. Hehehe..
Eewaaahh..

Berwarna-warni pakaian penari ni.

Sambil tunggu semua orang siap, sambil bluetooth gambar dari telefon orang lain.

Siap solat, terus turun dan menuju ke tempat makan paling mendapat tempat di hati iaitu Family Mart. Walaupun kalau nak kira, harga makanan yang ada boleh tahan mahal juga tapi sekali sekala, layankan. Kalau ke sini, memang kena berebut meja sebab meja dia ada tiga je dan setiap meja ada sepasang kerusi. Alhamdulillah waktu sampai tu, ada yang hampir nak siap makan. Makanya, orang tu bangun je terus tarik meja untuk 4 orang duduk.
Aiskrim matcha dengan kek gulung matcha. Nama saintifik kek ni tak ingat tapi sumpah sedap dua-dua ni. Wajib beli kalau datang sini.

Dah la pakai tudung hijau dengan baju hijau, aiskrim pun nak kena hijau jugak? Dah kata pencinta warna hijau, harusssslah.

Makanan pada hari tersebut. Ada lagi ni yang tak termasuk dalam gambar.

Dari KLIA 2 teruslah nak balik patutnya. Macam biasa, dalam kereta sambung lagi borak. Patutnya nak balik kena keluar ke susur kiri, tapi dek kerana terkejut dengar berita Mada nak pergi kembara solo ke London dan Jerman, terus terlepas susur keluar. Punya terkejut tu sampai tak nampak jalan. Kahkahkah.. Alang-alang terlajak, terus lajak ke Putrajaya dan singgah solat dekat kawasan tepi tasik. Tak ingat Presint berapa. Kononnya lepas solat nak sambung berkelah tepi tasik. Bila tengok jam, dah lewat benor rasanya. Makanya, bergambar lebih kurang dan teruslah kembali ke pangkal jalan.
Berlatarbelakang bangunan. Pemandangan dekat sini memang cantik.

Berlatarbelakangkan jambatan.


Kami lagi

Okey, gambar terakhir sebelum orang KL balik dengan caption khas, 'Kelab Pemilik Perodua'. Hahaha.. Tiga orang pemilik Myvi manakala seorang lagi adalah pemilik Axia. Dalam ni ada dua je Myvi sebab Myvi sorang lagi tu dekat Sarawak.

Terima kasih Geng sudi luangkan masa bersama. Nanti bila-bila kita berkelah lagi okey? Bila buat rancangan nak jumpa santai-santai macam ni, memang aku, kau, dia, kau, dia, aku. Muka sama je sebab yang tinggal ni jelah yang bujang. Yang lain-lain semua dah berkeluarga jadi susah sikitlah nak berkumpul. Kalau boleh pun, setahun sekali jelah waktu iftor jamaie. Rancangan iftor jamaie dah diiklankan dalam kumpulan WhatsApp, harap-harap penyertaan tahun ni lebih meriah daripada tahun lepas. Setakat ni yang memang jadi datang, aku, kau dan dia tulah. Yang lain masih krik krik krik. Hahahah..

Monday, 22 May 2017

Sup Bebola Ikan Tenggiri

Assalamualaikum. Nak dekat dua minggu blog terbiar sepi tanpa sebarang catatan. Padahal banyak je cerita nak tulis. Maklum la, umur makin meningkat, ingatan pun makin kabur. Macam tua sangat kedengarannya. Kehkehkeh.. Nampakny, giveaway kedua yang lalu sepi tanpa sambutan. Aku pun tak menyempat nak pergi blog walking dan ajak blogger lain masuk. Ala, buat suka-suka je nak habiskan cenderahati dari lawatan ke Korea yang pertama dulu. Sesambil tu nak bagi la rasa makanan Korea sekali. Takpe takpe, kita simpan untuk sesi seterusnya nanti.

Sementara nak tunggu karang cerita, nak kongsi gambar sup bebola ikan tenggiri buatan sendiri. Terpengaruh dengan Kak Di yang rajin sangat buat sup ni jadi satu hari tu, kebetulan Abah beli ikan tenggiri besar, ambil dalam 3 keping dan tumbuk buat bebola. Senang je nak buatnya dan tak banyak bahan. Cuma guna

  • 3 keping besar ikan tenggiri (buang kulit dan tumbuk)
  • Bawang putih cincang
  • Bawang merah cincang
  • Lada hitam tumbuk
  • Daun sup cincang
  • Sedikit tepung jagung (waktu ni tepung jagung tak ada, belasah guna tepung beras pun jadi je)
  • Garam secukup rasa
Adunan bebola

Dah siap gentel. Dapat dalam 20 lebih biji saiz sederhana.

Taraaa! Siap masak.

Cara buat, campurkan semua bahan dalam isi ikan yang dah tumbuk dan buat bebola. Renihkan sup macam biasa dan campaklah segala jenis sayur yang ada. Masukkan bebola dan tunggu bebola timbul. Siap! Kalau cara orang Jawa masak sup, kitorang tak tumis bawang dan rempah tu. Tapi lebur je semua dalam air yang mendidih. Tak guna minyak pun.

Wednesday, 10 May 2017

Giveaway "Kimchi Untuk Awak"

Selepas beberapa kali berhajat nak buat giveaway dan tertangguh, akhirnya kali ni hajat ditunaikan. Bila tengok tajuk, eeehh, sama dengan novel Suri Ryana. Tapi dalam novel tu Danial yang dapat kimchi. Untuk giveaway ni, awak la yang dapat kalau ada rezeki. Mari lihat syarat penyertaannya.


Syarat Penyertaan Giveaway "Kimchi Untuk Awak"

  1. Buat satu entri yang menceritakan tentang pengalaman yang melibatkan kimchi. Tak kisah apa-apa contohnya pengalaman pertama kali makan kimchi atau pertama kali kenal kimchi atau kenapa boleh tertarik dengan kimchi. Apa-apa saja asalkan kimchi termasuk dalam cerita.
  2. Tinggalkan pautan entri di blog pada kotak komen beserta jawapan kepada soalan di bawah.
  3. Soalan Pertama - Mulai tahun berapakah Cik Fara mula membuat kimchi sendiri?
  4. Soalan Kedua - Nyatakan 3 bahan yang terkandung dalam resepi kimchi Cik Fara
Okey, dah. Tu je syaratnya. Tak wajib nak follow blog pun sebab saya penyegan orangnya. Hehehe.. Pemenang akan dipilih berdasarkan perkongsian cerita yang paling menarik dan cara penceritaan yang kreatif dengan bantuan juri jemputan yang terdiri daripada pelanggan setia Agasshi Kimchi dan juga crime partner Cik Fara. Oh ye, jangan lupa untuk berikan jawapan yang tepat ye. Jawapan semua ada dalam blog ni. Sila cari okey?

Hadiah untuk kali ini adalah:

## 500 gm Agasshi Kimchi
## Sepasang chopstick besi Korea
## Fridge magnet dari Korea


Tarikh tutup penyertaan adalah pada 10 Mei 2017. Selamat berkenalan. Selamat mencuba! Annyeong!

Thursday, 4 May 2017

Wall's Magnum Red Velvet

Gara-gara terpengaruh dengan iklan yang muncul di skrin tv dan melintas di IG, sampai teringat-ingat nak makan aiskrim baru dari Wall's ni. Gigih gila cari dari satu pasaraya ke satu pasaraya tapi semua pasaraya yang aku pergi tak ada stok! Dah kenapa? Waktu tu kebetulan beli barang nak buat kimchi, konon-konon sekali jalan la beli aiskrim ni. Tiba-tiba tak ada.

Aku tak ingat rupa bungkusan dia tapi ada satu lagi spesis Magnum dengan bungkusan warna merah jambu, ingatkan itu Red Velvet tapi dekat bungkusan dia tulis Pomegranate. Dah angkat, belek-belek, tapi letak balik sebab kalau salah kang cemana?

Sudahnya, aku singgah dekat 7Eleven berdekatan dengan harapan ada Magnum yang dicari. Sampai je depan peti aiskrim Wall's, tu diaaa, bersusun Red Velvet. Memang betullah yang bungkusan warna merah jambu tadi tu bukan Red Velvet. Nasib baik tak beli. Lepas beli, makan dalam kereta. Rasa dia? Rasa aiskrim. Tak rasa kek Red Velvet pun? Bolehlah buat lepas teringin sebab iklan. Bagi aku manis sangat sebab coating dia guna coklat putih. Lepas ni nak cuba yang Cornetto pulak.

Nampak tu? Ada banyak!

Red Velvet

Keratan rentas

Ikan Bawal Sempoi Cyberjaya

Ini kisah makan tengah hari pada hari pembentangan di Cyberjaya tempoh hari. Disebabkan belum gaji, tak dapatlah nak lunch like a King dekat restoran taraf chaebol dalam DPulze. Habis pusing satu DPulze, terus keluar dan buka Google Map cari restoran Ikan Bawal Sempoi yang terkenal di serata alam ni.

Restoran ni terletak di meda selera dalam kawasan TSI Sport Arena. Kalau tak tahu, guna Waze pun sampai kot. Aku tak pandai guna Waze jadi ikut Pakcik Google Map. Waktu sampai sini, dah waktu makan tengah hari pun jadi memang ramai orang. Konsepnya, beratur dan bagi tahu nak makan apa. Lauk utama dia ada ikan bawal goreng, sotong goreng dan sotong bakar. Kalau nak pilih sendiri ikan atau sotong pun boleh. Dia ada sediakan pinggan kosong dekat meja yang menempatkan lauk.

Gambar dekat gerai tak ada sebab sorang-sorang kan lepas tu Arba dah mati, kuasa pula nak bawa keluar Yong besar gabak tu untuk ambil gambar waktu beratur. Nampak benor ko bukan orang situ. Hahaha.. Nasi ni dalam set. Ikan bawal/sotong + nasi putih + kuah kari + sambal belacan/sambal kicap + ulam-ulaman. Bayar harga set nasi dengan lauk utama je. Sambal tu sukati nak ambil banyak mana, sama macam ulam. Free flow katanya.
Pinggan ku. Ikan bawal tu siap kena simbah air asam sedap lagi. Memang sedap!

Harga? Lupa pulak. Dalam 11 hengget ke 15 hengget gitulah. Ikannya besar, sotong pun besar. Kalau sotong tu boleh minta dia potong-potong supaya senang makan. Kot-kot teringin, boleh cuba pergi sini. Parking pun bersepah cuma kena bayar la seringgit. Kalau nak parking free, tepi jalan besar jelah tapi kalau lepas makan kereta dah tak ada, pandai-pandai pergi tempat tunda sebab kereta dah kena tunda. Hehehe..

Wednesday, 3 May 2017

Wantan a.k.a Mandu, Kali Pertama dan Terakhir

Kadang-kadang, dalam hidup ni akan ada satu masa yang kita teringin nak buat sendiri. Bagi aku, membuat wantan ni adalah salah satunya. Sebabnya bila tengok orang lain buat, macam senang je lepas tu bila beli siap, terasa macam mahal. Maka, gigihlah pergi cari kulit wantan yang dah siap tu dekat pasaraya. Kulit dia beli siap sebab bila Google cara buat kulit, boleh tahan menguji kesabaran juga. Hahaha..

Cuma buat intinya saja. Inti kali ni aku guna dada ayam. Semangat beli dada ayam satu paket besar dekat Giant semata-mata nak buat inti wantan ni. Bahan sampingannya, aku letak lobak merah, bawang putih, bawang besar, cendawan shitake dan juga leek kalau tak silap. Tak ingat dah. Resepi pun Google je sebab tersangatlah banyak resepi inti wantan ni.

Disebabkan aku tak ada food processor, kenalah guna cara tradisional iaitu cincang daging ayam pakai pisau. Bahagian ni yang rasanya membuatkan aku cakap, "Inilah kali pertama dan terakhir aku buat wantan sendiri." Hahahaha.. Ambil masa ye nak lumatkan isi ayam tu, siap guna pisau kiri kanan. Lepas tu saiz pisau pun dari yang kecil sampai ke besar aku guna. Kecah habis dapur. Walaupun proses secara tradisional ni leceh, tapi hasilnya memuaskan. Rasanya sedap dan puas hati la dapat makan banyak.

Ayam cincang yang dah digaul dengan bahan sampingan dan diperasakan dengan garam dan lada hitam

Cara nak lipat wantan pun ada banyak tapi untuk kulit bentuk empat segi, agak terhad. Ini pun siap Google juga langkah demi langkah. Mula-mula buat memang buruk, tapi lama-lama bolehlah. Hampir sama dengan yang dekat gambar langkah demi langkah tu. Kali pertama masak, aku kukus. Kali kedua, aku goreng dan makan dengan mee wantan. Layannn.. Resepi silakan Google ye. Sekarang tengah fasa kurang rajin nak tulis resepi.

Macam cantik kan? Bolehlah asalkan ada rupa.

Jarak dekat