Engagement Fund ;)

Showing posts with label Sentuhan Arba. Show all posts
Showing posts with label Sentuhan Arba. Show all posts

Wednesday, 12 September 2012

Belum Reda Rupanya

Sekali lagi tak boleh nak lelap mata. Tadi sebelum tidur dah reda sikit sakit dada tu tapi tiba-tiba terbangun sebab sakit yang amat. Terus risau. Dalam risau tu pun sempat aku buat Radix secawan dan makan karipap seketul. Hehehe... Selamat gosok baju untuk siang nanti juga sebelum kembali berbaring. Ada internet maka menebeng la aku mencari maklumat tentang sakit dada ni guna Pokcik Arba.

Pertama kali kena macam ni, tu yang risau. Tadi tak habis 'mengaji', sambung balik kejap ni. Jumpa satu arikel tentang pedih ulu hati di sini. Rupanya kalau baring akan lagi sakit. Patut la pun dah macam-macam gaya aku baring tetap juga sakit. Bila duduk, ada sikit kurang. Hai la, siapa suruh tak dengar cakap doktor? Hiks... Esok pagi sambung kursus setengah hari kemudian petang ada kelas. Semoga aku tabah menghadapi hari esok dengan keadaan tak cukup tidur. Kalau sampai esok tak reda juga nampaknya kena pergi klinik balik.


Nota: Dah lama rupanya aku tak menaip guna telefon-canggih-tak-canggih-juga aku ni. Hehehe...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, 4 July 2012

Unstable Emotion

Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, 23 April 2012

'Sila Jangan Jerit Yahoo...'


Hari pertama kembali ke pejabat selepas 4 hari bekerja di luar membuatkan aku tak dapat nak fikir apa yang sepatutnya dibuat. Mula-mula aku dah senaraikan apa yang patut dibuat hari ini. Kemudian Kak Dayah minta ganti kelas dia sebab dia kena ke ILP Pedas untuk lawatan 5S. Tapi tiba-tiba dia cakap; "Eh, nama Farah pun ada la dalam senarai tu. Ganti Kak Rin sebab dia ada kursus." Terus aku dengan dia cuak. Yelah, kalau dia tak ada aku ambik kelas dia dan minggu depan dia ambik kelas aku pulak. Aiyark...

Lepas tu dapat perkhabaran yang hari Rabu dan Khamis tak ada kelas langsung sebab ada sukan dalaman dan rehearsal untuk Sukan Zon Tengah.

Bila dapat tahu kelas minggu ni dibatalkan, terus otak jadi kosong. Panik sebenarnya sebab kelas asyik tak ada je. Nak habiskan silibus pun asyik tertunda. Ujian tak buat lagi. Tugasan masih belum cukup. Mula la masing-masing bertanya siapa yang dah habis ajar sebab nak ambik kelas.

Petang tadi beberapa minit sebelum balik, ada penguman berbunyi; 'Kepada semua pelajar semester 1, kelas subjek umum pada esok hari dibatalkan. Anda dikehendaki berada di bengkel masing-masing. Sila jangan jerit yahoo. Sekian, terima kasih' Habis satu pejabat pakat gelak. Kahkahkahkah... Ada sajalah Abang Mokhtar ni. Sebab semua pengajar subjek umum terlibat dengan lawatan esok, maka kelas pun terpaksa dibatalkan. Minggu depan ada audit 5S. Jadi kenalah kosongkan bawah meja aku yang dah serupa tempat kucing beranak tu. Sebelum aku ambik gambar kat atas nun, AJK 5S dah ambik gambar siap-siap untuk bukti penyepahan yang berlaku. Pasrah ajelah...

Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, 15 April 2012

Pasta Carbonara

Pagi tadi sarapan McD. Tengah hari cuma makan roti percuma dekat tempat derma darah. Dalam perjalanan pulang singgah beli KFC untuk orang-orang kat rumah. Disebabkan aku rasa macam kenyang lagi, maka tak beli untuk diri sendiri. Tapi bila nak maghrib tadi lapar la pulak. Maka rajinkan la diri buat pasta sebab dah borong pasta pelbagai jenis kat Tesco hari Rabu lepas. Ok, mari tengok resepi campak-campak carbonara aku ni.

Gambar ehsan dari laman Muka Buku tuan tanah.

Bahan-bahan:

250 gm pasta (aku guna bowties; rebus ikut arahan belakang bungkusan)

1 labu bawang besar

3 ulas bawang putih

1/2 biji capsicum

1/2 tin cendawan butang

Isi ayam (agak-agak la ek..dalam segenggam gitu la..lebih pun boleh)

Serbuk lada hitam secukup rasa

Italian herbs secukup rasa

Garam secukup rasa


Bahan sos putih(Bechamel sauce)

2 1/2 susu segar

1 sudu mentega

3 sudu tepung gandum

Segenggam keju parmesan (kalau tak ada,keju apape pun belasah je)

Sedikit oregano dan lada hitam

Cara memasak:
1. Panaskan sedikit minyak masak. Tumis bawang hingga layu. Masukkan capsicum yang dipotong dadu.
2. Kemudian masukkan daging ayam. Goreng hingga masak dan masukkan cendawan butang.
3. Gaul hingga cendawan masak. Perasakan dengan lada hitam, garam dan italian herbs. Bila dah masak, angkat campuran ayam dan ketepikan.
4. Dengan menggunakan kuali sama, cairkan mentega. Masukkan 3 sudu tepung gandum. Masak tepung dengan api perlahan supaya tak hangus. Nak senang kacau untuk elakkan berketul, gunakan whisker.
5. Agak-agak tepung dah masak, tuangkan susu. Kacau sampai tepung tak berketul-ketul.
6. Bila hampir mendidih, masukkan keju dan kacau sampai keju larut. Kemudian masukkan sedikit oregano dan lada hitam. Jangan banyak sangat tau, karang pedas aku tak jamin.
7. Bila sos putih ni dah pekat, masukkan campuran ayam tadi. Gaul rata. Bila dah mendidih, matikan api dan hidangkan dengan pasta kegemaran. Siapp!

*Faien, selamat mencuba. Ini memang resepi belasah je tau. Tapi sedap! Hehehe...Sendiri masak, sendiri puji. Biasa la tu. Sanggup berhenti tengok drama Korea kejap demi nak letak resepi carbonara ni untuk awak tau. Jangan tak cuba pulak. ^_^

Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, 1 April 2012

Tak Ngantuk

Entri pertama bulan April dibuat seawal pagi pada 1 April. Sebab? Tak ngantuk lagi weh. Ini gara-gara aku minum semug kopi Radix la ni sambil layan movie kat TV9 tadi. Sekarang ni memang pantang tau kalau minum Radix lepas waktu tengah hari. Pastinya aku tak dapat nak lelap mata. Stok Radix adalah berada di tahap kritikal. Nak tak nak, esok kena beli. Radix Diet aku memang dah habis. Sekarang ni aku minum Radix biasa je walaupun kurang gemar sebab bagi aku dia lebih manis berbanding Radix Diet. Jadi untuk bagi mata ngantuk, sempatlah aku khatamkan novel PTS yang dibeli melalui dalam talian. InsyaAllah aku akan kupas di sini nanti sebab cerita menarik. Walaupun isinya berat, tapi santai.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, 22 March 2012

Hilang Pulak Dah...

Sementelah ada sedikit kelapangan hari ini, maka aku mahu selesaikan menanda dan memasukkan markah ke dalam SPC. Tapi....TAPI, ada tugasan yang hilang. Huwaa....camane ni? Habis aku punggah semua kertas yan ada kat workstation aku ni. Manalah aku letak ni? Selepas puas risau dan berfikir, aku syak aku tercampur tugasan tu dengan tugasan lain yang sudah dikembalikan kepada mereka semalam. Haih...lain kali jangan tak datang kelas saya. Bila tak datang, kena buat asing. Bila buat asing, maka aku pun letak kertas mereka asing. Bila letak asing, mulalah tercampur dengan kertas-kertas lain. Haaaiiiihhh!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, 2 February 2012

Dah Jumpa!

Sebenarnya, dah hampir seminggu telefon aku yang N2610 tu hilang. Salah letak sebenarnya. Sangatlah hampeh! Bab-bab salah letak telefon atau diabaikan begitu saja ni berlaku bila cuti sem je dulu. Memang tak ambik tahu langsung telefon letak mana. Bila nak guna, baru kelam kabut cari. Yelah, waktu cuti siapa yang nak telefon atau SMS kan? Orang tak femes...hiks... Itu sebablah bila duduk rumah sebulan lepas aku pun ulang balik tabiat lama. Dah la tak femes, tak ada kredit pulak tu. Ehehehe...


Ok, sebenarnya aku baru jumpa balik N2610 tu. Rasa macam; oh, alhamdulillah jumpa balik! Walaupun telefon lama, tapi dia banyak berjasa.


# Cepat-cepatlah tukar 'status' MENYEPI telefon tu kepada BERBUNYI Cik Farah oi!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, 29 January 2012

Duduk Diam-diam

Lepas saja memenuhi undangan majlis perkahwinan kawan sekolah rendah dulu, mintak tolong Abah hantarkan ke Econsave. Pergh, nikmat sungguh membeli-belah ni! Beli barang dapur je pun. Hahaha... Penuh satu troli. Duit baru cucuk pun terus lesap macam diterbangkan angin. Resit pun bukan main panjang lagi; sama panjang dengan hanger baju. Duit sudah terbang, kenalah duduk diam-diam kat rumah. Maka bolehlah masak menu yang jadi igauan tu. Hehehe....


-Home-made burger (mengidam nak makan prosperity burger tapi tak ada pengangkutan nak pergi..jadi marilah bersilat kat dapur)

-Pizza (jalan-jalan blog orang, nampak pizza yang sungguh sedap dan macam senang nak dibuat)

-Bihun goreng (dah lama gila tak makan bihun goreng....nak buat ikut resepi arwah mak..nyum..nyum)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, 21 January 2012

.....

Sepanjang 6 tahun aku memandu, tak pernah sekalipun aku harap nak berdepan dengan kemalangan. Tak pernah lagi aku kemalangan. Hari ni buat pertama kalinya aku melanggar kereta orang lain.


Macam ni rupanya bila panik.

Macam ni rupanya rasa takut.

Macam ni rupanya rasa bersalah.


Bukan aku tak pernah brek mengejut.

Bukannya aku tak pernah memandu atas jalanraya yang licin.


Tapi benda nak jadi. Berada di lorong kanan membuatkan aku memandu dengan laju. Mula-mula memang tak nak belok kat simpang situ sebab kalau ke Alamanda, memang akan terus sampai ke pintu masuk hujung. Tempat tak biasa dan malam pulak tu, bila orang kata belok di sini, aku ikut aje.Aku nampak lampu isyarat masih merah dan ada kereta berhenti. Sebab jarang lalu jalan tu, aku pun tak ingat lampu isyarat dia tak serentak. Dah nampak lampu masih merah, aku tekan brek. Bila tekan sekali kereta tetap laju, aku sangsi betul ke aku tekan brek.  Aku dengar Abang kata; "Dik, tekan brek. Brek." Aku rasa dengan kaki; betullah brek ni sebab kat tengah dan kaki belah kiri,  ada kat clutch. Betul, aku tekan brek. Tetap juga laju walau dah sampai habis aku tekan. Aku pijak lagi sampai habis brek tu. Tak berhenti jugak. Bila dah dekat sangat dengan kereta depan dan kelajuan kereta aku tak berkurang, aku tak tahu nak buat apa melainkan pasrah untuk berlanggar dengan kereta depan.


Allah! Agak kuat juga sampai aku terhentak di stereng. Panik. Cemas. Takut. Nak nangis semua ada. Bila kereta berhenti je, terus aku tarik handbrake sampai habis. Memang kuat pelanggaran tu sebab kereta depan pun sampai bergerak. Tak tahu nak buat apa. Bila Abang keluar kereta, aku pun ikut keluar. Mujurlah tak ada kereta lain di belakang. Terus pasang hazard lamp. Aku tak tau naku buat apa. Semua Abang yang uruskan. Runding punya runding, Abang bayar ganti rugi RM 400 kat orang tu. Kereta dia nampak tak berapa teruk. Kerosakan pada bumper mungkin. Kereta aku memang teruk. Kemek habis bahagian depan. Kecik langgar besar, mestilah yang kecik kalah.


Memang akulah yang salah. Patutnya ke Bukit Tinggi je, tapi tukar saat akhir ke Alamanda. Keluar rumah tak bagi tahu Abah dan tak telefon kemudian walaupun kata nak telefon. Memang dari dulu lagi aku tak pernah keluar rumah tanpa bagi tahu Abah. Kalau Abah ke kebun pun, aku akan cari sampai ke kebun. Tapi hari ni aku tak buat apa yang aku selalu buat tu. Aku tak berapa yakin nak memandu sebenarnya. Tapi aku tak cakap. Jadi memang akulah yang salah. Mintak maaf sangat-sangat. Sepanjang jalanu balik aku fikir macam-macam. Waktu cakap dengan Abah aku accident, barulah menitik air mata. Takut ada, bersalah lagilah ada. Jadi sekarang dah adil. Semua orang dah pernah buat Mrs. Kanc kemalangan.


Nampak gaya kena 'pecah' tabung la nak baiki kerosakan tu. Nak ganti duit Abang lagi. Nasib baik jugalah ada tabung. Allah nak bagi peringatan dan pengajaran. Terima kasih ya Allah kerana masih memberi hamba peluang untuk bernafas di bumi mu ini.


Published with Blogger-droid v2.0.3

Apa yang boleh dan tak boleh

Antara perkara yang tak berapa nak releven untuk di buat dalam dunia nyata seperri yang berlaku dalam drama-drama Korea adalah;

1. Ketika sedang memandu di jalanraya yang sibuk, tiba-tiba anda membuat pusingan U. (kalaulah aku buat macam tu kat Malaysia ni, siaplah kena hon bertalu-talu + jelingan maut dari pemandu lain)


2. Sesuka hati nak campak telefon sampai berkecai. LG Optimus lagi! (kaya nampak?Nokia 3310 boleh la. Aku nak beli yang satu ni pun bercinta. Drama tu sebab ada yang taja)


3. Bila marah, anda pun menyepahkan bilik dengan gembiranya. Siap tabur semua buku yang bersusun kat rak atas lantai tu. (Eh, kau buat sepah kau la yang kena kemas balik nanti. Banyak cantik nak harap keadaan kembali seperti sedia kala tanpa usaha? Dalam drama tu memang dia dah tugaskan orang bahagian props kemas. Kau ada khadam khas?)


*motif aku karang entri ni pagi-pagi buta? Mestilah sebab aku tengah demam Korea.  Nak beli CD baru kena fikir 8 kali. Maka aku pasrah saja tengok CD lama. Layannnn...


Published with Blogger-droid v2.0.3