Engagement Fund ;)

Showing posts with label Resepi: Roti. Show all posts
Showing posts with label Resepi: Roti. Show all posts

Wednesday, 7 March 2012

Roti Canai Rock n Roll

Kalau sesiapa yang pernah tengok filem lakonan Senario dulu, mesti ingat ada satu filem yang dia bukak warung roti canai. Lepas tu diorang bersaing nak melariskan jualan dengan cara masing-masing. Yang pasti ada satu gerai yang guna cara kotor dan satu gerai lagi tetap jujur dan redha. Eh, aku pun dah ingat-ingat lupa cerita dia tapi ada satu babak ni dia nyanyi "Roooti canai, rock n rolll...." Kome nyanyi la sendiri ye. Hehehe..

Kisahnya, dua minggu lepas aku terbuang tebiat lak uli roti canai sendiri. Sebab? Hari Sabtu tu aku masak kari daging dan tiba-tiba kenangan membuat roti canai bersama-sama arwah Mak, arwah Wak Nah dan Wak Mis datang menerjah minda. Memang dah lama sangat dah. Waktu tu arwah nenek masih ada. Sebagai budak-budak, aku cuma tolong menyibuk je la. Tapi aku ingat memang banyak jugak roti canai yang dibuat. Siap masak kuah kari dan kuah dhal lagi. Gigih la aku mengacau menolong orang-orang dewasa menyiapkan bahan malam sebelumnya. Yelah, doh roti canai tu kan kena perap semalaman sebelum boleh dimasak. Seronok sungguh masa tu dapat makan roti canai buatan rumah.

Maka aku dengan gigih carilah resepi dalam internet. Apa susah, Google saja dan muncullah beberapa pilihan resepi. Sebab nak buatnya susah, maka aku pilihlah resepi paling mudah. Tapi aku buat separuh adunan je. Mari kita zassss resepi... Sebelum tu tengok dulu rupa roti canai aku. Hehehe...

Roti Canai and its condiment; beef curry

Sumber: Mesra.net


Bahan-bahan :-
500gm tepung gandum
2 sudu majerin
250ml air
1 1/2 sudu susu pekat
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
1 biji telur

Cara-cara :-
1- Taburkan tepung di atas meja/dulang .
2- Buat bentuk seperti gunung berapi. (bulat di tengah)
3- Masukkan garam, gula, susu pekat, majerin, telur di tengah.
4- Gaul kesemuanya hingga sebati. Kemudian gaul dengan tepung.
5- Tuang air sedikit demi sedikit.
6- Uli sehingga doh tidak melekat dan lembut.
7- Biarkan doh tadi selama 2 jam.
8- Kemudian sapukan doh tadi dengan majerin dan buat bulat kecil kecil. Pastikan rata dengan majerin.
9- Tutup doh semula dan biarkan selama 2 jam.
10- Doh sedia untuk di canai.


Resepi di atas adalah separuh adunan daripada resepi asal. Waktu nak uli, jangan main curah je semua air tu sebab aku tak guna pun sampai 250ml sebab tepung dah lembut. Pandai-pandailah agak ek. Lepas dibiarkan selama 2 jam, aku terus masuk peti sejuk sebab aku nak masak doh ni untuk makan petang. Pagi-pagi memang tak sempatlah kan sebab pagi Ahad tu aku ada kelas tuisyen. Terkejar-kejar lak nak menebar bagai. Disebabkan ini adalah kali pertama, maka dia ada sedikit cacat. Bahagian paling cacat sekali tentulah waktu menebar. Tebar tak sampai lebar, doh aku dah koyak. Sudahnya aku lipat-lipat, terus masak. Tu yang jadi macam-macam rupa. Hahaha... Kalau nampak buruk gile, boleh je gulung-gulung lepas tebar untuk buat roti boom tapi nak makan roti boom tu kena fikirlah bahawa anda berdosa sebab telan marjerin yang BANYAK. Yelah, roti boom kan kena letak marjerin banyak-banyak baru sedap.

Komen Abah; "Sedaplah. Dah rasa macam kat kedai punya. Tapi tak cukup tebar lagi ni." Kembang kejap. Hahaha... Bahagian tebar tu memang tak boleh lawan yang kat kedai punya. Abih, aku baru sekali ni buat, nak banding dengan yang orang kedai? Orang tu memang kerja dia tebar roti canai hari-hari. Abang-abang aku tak ada komen apa-apa pulak. Maknanya okeylah tu. Kalau tak sedap, memang sesuka hati je diaorang je kutuk masakan aku ni. Cehhh...

Monday, 22 August 2011

Roti Lapis Berdaging

Ini aku masak 2 minggu sudah rasanya. Perasmian oven dan mangkuk Borcam baru aku. Hehehe... Resepi memang dah lama salin dari rumah Kak Yatie. Tapi baru ni dapat buat. Mari tengok apa yang diperlukan.




Bahan-bahan ( 6-8 orang )
3 biji kentang di potong dadu (aku guna 2 biji je)
500 gm daging cincang (aku guna 400 gm, sepeket daging kisar Ramly)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar serbuk kari
3 sudu makan minyak untuk menumis
12-14 keping roti
500ml susu segar (kira-kira 2 cawan)
3 biji telor
Secubit garam dan sedikit gula
Parutan cheese (aku cuma guna keju keping sebab tak jumpa keju parut kat Banting ni)
Sedikit margerin untuk melenser

Aku tambah:
Sedikit serbuk oregano
Sedikit serbuk lada hitam

Cara-cara
Hiris halus bawang besar dan bawang putih. Kemudian, tumiskan bawang bersama serbuk kari. Bila dah naik bau, masukkan daging cincang, kentang, garam dan gula. Masak hingga kentang empuk. Dah masak, ketepikan dulu.

Sementara itu, satukan susu, telur dan secubit garam dalam mangkuk besar. Pukul hingga sebati. Celupkan kesemua roti tadi dan ramaskan sikit. Lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit marjerin dan telakkan 1/3 bahagian roti yang telah diramas. Kemudian letakkan separuh daripada inti daging atas lapisan roti. Lapiskan dengan keju. Ulang proses dengan meletak 1/3 roti dan inti daging dan lapiskan dengan keju. Akhir sekali, letakkan 1/3 lebihan roti dan taburlah keju sebanyak yang disukai. Bakar selama 30 - 45 minit atau hingga masak. Hidangkan dengan sos cili dan mayonis.

Nota: Kalau keluarga kecil, buat separuh pun dah cukup sebab kalau ikut sukatan ni, boleh sampai dua kali makan jugaklah. Lagi satu, untuk resepi ni, jangan guna roti Gardenia sebab Gardenia dah sedia lembut. Jadi muak pulak sebab roti terlalu lembek. Kalau boleh, gunalah roti yang keras sikit.