Engagement Fund ;)

Showing posts with label XOXO. Show all posts
Showing posts with label XOXO. Show all posts

Friday, 1 November 2019

Tak Cukup 'Quorum'

Annyeong! Salam 1 November. Lepas dah godek-godek coding Nuffnang, terus acik semangat nak menulis macam dulu. Korang rajin-rajin singgah lepas tu buat-buatlah tekan pautan iklan tu ye. Barulah acik boleh kumpul dana untuk kahwin. Heee..😉😆

Al-kisah, dua hari lepas nampak pengumuman penjualan tiket konsert terbaru EXO. Akhirnya, sampai pun Malaysia. Kali ni nama dia Exploration. Tapi sebab tak cukup ahli, kurang la teruja tu.

Poster rasmi

Pelan tempat duduk


Siapa peminat EXO yang ada duit terlebih tu, bolehlah pergi konsert diorang. Saya kedeks. Tengok yang percuma jelah nanti tunggu keluar dekat YouTube. Hahaha..


Friday, 30 August 2019

Rinduuuu...

Hai! Kembali menemui anda, Cik Fara di sini. Sendunya lahai blog kau Farah oi! Rindu jugalah nak menulis macam dulu-dulu. Berblog tentang pengalaman dan perjalanan hidup. Sebabnya, bila belek gambar dalam Mr. Soo, tak dapat nak imbas semula peristiwa yang berlaku pada hari kejadian. Kalau dulu, zaaasss! Buka blog terus boleh baca balik apa yang berlaku. 


Untuk bulan Ogos, kononnya nak habiskan menulis catatan di Hong Kong tahun lepas. Sudahnya, baru selesai hari pertama. Hahahaharu.. Sebelum meneruskan catatan tersebut, meh nak kongsi satu rancangan realiti(ke?) yang baru je habis tengok iaitu Travel the World with EXO's Ladder. Tersangkut tengok ni mestilah sebab EXO. Hehehe..

Image result for exo travel the world season 2


Poster rasmi

Sebenarnya yang ni Musim Kedua. Musim Pertama dulu EXO-CBX dimana hanya melibatkan tiga ahli saja. Penggambaran yang tu dibuat di Jepun. Best jugalah walaupun tak habis tengok sebab tak ada episod penuh di Youtube. Bila nampak iklan kata ada musim kedua yang melibatkan semua ahli EXO, memang bertunggu bertangga la dia keluar.

Kalau tak silap, tayangan bermula awal tahun ni. Tak ingatlah bulan berapa. Tapi saya tengok secara runcit sebab nanti cepat habis. Hahaha... Biasanya tengok dekat pejabat la waktu rehat tengah hari, hari Jumaat. Panjang tempohnya jadi boleh habiskan satu episod. Demi EXO, gigih saya mencari pautan yang menyiarkan episod penuh dan jumpa di Twitter. Yiihaaa!

Agak-agak stress. silalah tengok rancangan ni sebab kelakar. Kelakar sebab telatah diorang dan juga cara video disunting. Sari kata dan kesan visual yang diletakkan menjadikan babak dalam setiap episod lebih kelakar. Selain tu, ada juga dipaparkan maklumat mengenai tempat-tempat yang dikunjungi dan ditunjukkan juga lokasi tarikan pelancong yang cantik.

Disebabkan dah habis tengok, ni nak ulang tayang semula. Nak tunggu D.O. habis khidmat ketenteraan lama lagi ni. Lama lagilah nak nampak dia muncul dalam mana-mana drama atau filem.

Sunday, 9 December 2018

Ulang Sampai Muntah Pun Takpe

Bila dah kenal-kenal dan 'ter'minat dengan EXO ni, mestilah ada lagu takpe nak ulang sejuta kali pun. Tak jemu. Untuk lagu berbahasa asing, saya akan cari dulu lirik dan tengok maksudnya. Kalau maksudnya mengarut, tak payah dengar; cari lagu lain. Tapi satu lagu ni, memang merdu sangat rasanya pada telinga dan lirik pun okey. Sambil buat kerja, boleh ulang dia je dari pagi sampai petang, dalam kereta pun sama. Nah tengok video persembahan secara langsung dari EXO. Video ni adalah salah satu video kegemaran. Gerakan tarian untuk lagu Don't Go ni lemah gemalai je berbanding lagu-lagu lain. Kalau sambil tengok video sambil ikut diorang menari, inshaAllah boleh kurus ni. Hahaha... Tapi malangnya sambil tengok sambil menelentang. Kau ghaser? 😂😂😂


Sedap kan lagu ni? Lagu-lagu diorang ni boleh tahan sedap dan pelbagai juga. Tidaklah hanya fokus pada cinta manjang. Ada juga yang berunsurkan motivasi. Awal tahun ni rupanya diorang ada keluarkan album Jepun dimana semua lagu dalam tu menggunakan bahasa Jepun. Saya okey je kalau lagu Jepun pun asalkan melodi merdu, lirik sedap dan yang nyanyi tu EXO. Eh!? 😆 Dulu-dulu sebelum kenal K-pop, saya layan je beberapa lagu Jepun. Masih ingat X-Japan? Ada beberapa lagu mereka yang saya catatkan dalam ni. Sekarang mari dengar pula lagu bahasa Jepun kegemaran saya yang dinyanyikan oleh EXO dah tentunya. Yang mana emosi tengah tak stabil tu, listen at your own risk. Lirik dia memang sangat puitis. Selamat menangis mendengar.


Wednesday, 5 December 2018

Barulah Nak Minat Dekat Penyanyi Berkumpulan

Semenjak dua menjak ni, entah macam mana tersampuk dengan K-pop Band pula. Hahahahadoi... Dulu-dulu kan, bila jumpa peminat tegar penyanyi kumpulan, mesti saya hairan serta pelik. Apa yang best sangat K-pop Band ni? Sekarang kau dah tersampuk, barulah kau rasa kan? Sebab ada teman serumah di universiti dulu yang kipas susah mati dengan Super Junior, jadi tahulah macam mana rupa bila awak jadi peminat. Siap hafal nama semua 13 ahli SUJU tu, memang saya rasa pelik bin ajaib betul!

Sebelum ni, saya cuma minat tonton drama Korea dan dengar OST saja. Drama yang best, memang simpan dan lagu-lagu setiap drama, memang saya akan muat turun. Carilah macam mana cara sekali pun. Sekarang ni, kena tambah satu folder lagi dalam My Music untuk lagu EXO. Ouch!

Asalnya minat dekat D.O. je bila tengok dia berlakon dalam It's Okay, That's Love. Lepas tu dia ada berlakon juga dalam Hello Monster. Watak dia dalam dua-dua drama tu memang sesuai sangatlah dengan dia. Tu yang bila pergi Korea tahun 2016, asal nampak D.O. dekat mana-mana mesti sengih sampai telinga sebab tengah minat dekat D.O. gara-gara baru habis tengok drama Hello Monster. Kahkahkah...

 Dapat gambar D.O. dari Hani yang beli set penjagaan kulit Nature Republic. Beli barang mahal je boleh dapat kad gambar ahli EXO. Sebab saya masih setia dengan Clinique, tak adalah beli pun. Rezeki dapat gambar dari Hani yang, "D.O. who?" Hahaha..

Baru ni, D.O. kembali dengan drama baru dan kali ini, jadi hero terus dalam 100 Days My Prince. Memang 5 bintang akak bagi dekat awak dik! Menjadi betul watak putera mahkota yang awak lakonkan tu. Dah dekat sama dengan Kim Soo Hyun dalam Moon That Embracing The Sun. Yang minat drama saguk, wajib tengok okey? Nanti saya buat ulasan drama tu.

Habis je tengok 100 Days My Prince, terus terminatlah pula dengan EXO. Sekarang saya faham dah macam mana peminat SUJU tu boleh hafal dan kenal semua ahli dan kalau boleh, nak tahu semua benda pasal mereka. Saya sedang melalui fasa yang sama. Kenapa EXO? Sebab imej diorang ni agak sopan berbanding yang lain dan suara pun semua sedap.

Dan D.O. adalah antara vokalis utama. Kalau suara lembut(istilah saintifik acik tak tahu), ada tiga, Suho, Xiumin dan Lay. D.O. suara lembut boleh, suara tinggi boleh. Tapi kalau yang tarik tinggi, Chen paling daebak! Seram dengar bila dia tarik suara tu. Chanyeol pula suara garau gitu. Kira semua pun boleh nyanyi lah ceritanya. Muka pun semua boleh tahanlah hensem dan jambu belaka. Balik kampung lepas ni nak cari album-album diorang pula. Sekarang dengar dan tonton di YouTube je.

Ahli asal EXO ada 12 orang. Baris atas dari kiri, Tao, Kris Luhan, Lay, Xiumin dan Chen. Baris bawah dari kiri: Sehun, Suho, D.O., Kai, Baekhyun dan Chanyeol. Dan dulu dibahagikan kepada dua, EXO M dan EXO K dimana M adalah Mandarin dan K adalah Korea.

Lepas beberapa isu berbangkit dengan ahli EXO M, akhirnya EXO tinggal 9 orang saja. Berdiri dari kiri: Kai, Baekhyun, Xiumin, Chen dan Sehun. Manakala duduk dari kiri: D.O., Suho, Chanyeol dan Lay.

Tapi, untuk tahun 2018 ni, tiba-tiba EXO tinggal 8 orang sebab Lay bergerak solo. Kisah terperinci, acik belum sempat kaji. Kalau rajin karang acik buat kajian ye. Hehehe..  Bagi laluan kejap dekat acik okey nak minat dekat EXO? Bak kata Mada, late bloomers. Hahahaha.. Moga minat ni berpada-padalah ye sebab semua benda pun kena bersederhana. Kalau melebih-lebih, apa pun tak jadi kang. Tengah fikir nak daftar jadi EXO-L ke tidak. Eh!😁😂😂😂