Engagement Fund ;)

Showing posts with label Derma Darah. Show all posts
Showing posts with label Derma Darah. Show all posts

Thursday, 4 February 2016

12

Isnin baru ni, ada program derma darah dekat pejabat. Dapat tahu hari Khamis lepas. Terus Google apa yang boleh dibuat sebelum derma darah. Dari segi pemakananlah sebab biasanya cara pemakanan mempengaruhi hb. Syarat biasa macam kena tidur melebihi 6 jam tu, dah biasa dengar.

Kalau Google, akan keluarlah apa yang disarankan untuk bakal penderma. Meh aku kongsikan sikit.

  • Makan makanan rendah lemak macam bijirin, roti gandum penuh, sayur-sayuran, buah-buahan dan daging yang tidak berlemak.
  • Makan makanan yang mengandungi zat besi yang tinggi. Untuk zat besi, boleh dibahagikan kepada dua:
    • Heem - sumber zat besi dari haiwan dan paling cepat diserap oleh badan kita. Contoh makanan dari sumber heem ni adalah daging lembu, hati ayam, ayam, ikan sardin, tuna, salmon, kerang, tiram, dan kepah.
    • Nonheme - sumber yang diperoleh dari tumbuhan. Contoh makanan dari sumber ini adalah kekacang, bayam, kurma, delima dan kismis.
  • Elakkan minum minuman berkafein beberapa hari sebelum menderma kerana kafein boleh meningkatkan kadar degupan jantung sekaligus meningkatkan tekanan darah.
  • Amalkan gaya hidup sihat dengan bersenam.
  • Beberapa jam sebelum menderma, jangan lakukan aktiviti berat dan lasak.
  • Minum banyak air kosong terutamanya sebelum menderma.

Kadar hemoglobin normal untuk lelaki dan perempuan adalah berbeza.

  • 14 ke 18 mg/dl untuk lelaki dewasa
  • 12 ke 16 mg/dl untuk wanita dewasa


Apa kaitan 12 dengan entri? 12 tu bacaan hb aku Isnin lepas. Kadar layak untuk derma darah adalah 12.5 untuk perempuan. Makanya, please try again next time. Kalau dah biasa derma darah, kita sendiri akan tahu hb kita tu rendah atau normal sebaik saja darah keluar selepas jari kena cucuk sebab boleh nampak darah tu cair atau pekat.

Sebelum ni memang niat nak derma darah setiap 3 bulan sekali. Dulu-dulu alhamdulillah walaupun tak dapat 3 bulan sekali, dalam setahun tu mesti pergi lebih dari sekali. Dua tiga tahun kebelakangan ni yang ada masalah hb. Tahun lepas pun dapat sekali je. Jadi, apa masalahnya? Gaya hidup mungkin. Badan pun makin berat lepas tu dah jarang senam. Insaflah wei!

Itulah sedikit info dari Pakcik Google dan terima kasih sebab sudi baca bebelan. Hehehe... Bagi yang muslim, solat pun kena jaga sebab bila kita nak menderma ni, biarlah kita bagi yang terbaik. Kalau tak derma darah pun, solat tetap kena jaga. Peringatan untuk diri sendiri juga ni yang kadang-kadang .........

Kecewa jugalah bila tak dapat derma darah kali ni. Kecewa sampai stress sampai terus lapar. Hahahaha.... Tak insaf jugak tu! Pergi kiosk, beli nuget tempura dengan roti bilis Gardenia. Makan sambil bersulam Kopi Tarik Wonda yang baru tu. Hilang stress dan kempunan kopi selepas 3 hari tak minum kopi. Hehehehe...
Kopi Tarik Wonda pemberian partner in crime...tapi bun bilis tu tak makan pun sebab dah kenyang pulak makan nuget dua ketul...

Friday, 30 January 2015

Derma Darah Lagi

Ini cerita derma darah pulak. Bila dah pernah biasa buat dan tiba-tiba lama tak buat, rindu nak buat. Kali terakhir derma darah adalah pada bulan April 2012; dua tahun lepas. Kenapa jauh sangat jaraknya? Sebab lepas dari tu semedang tak layak nak menderma; HB mesti rendah. MESTI! Nak pergi kali ni pun jadi fobia sebab takut HB rendah lagi.

Balik dari boling malamnya kelaparan tapi makan roti dengan bancuh Ephyra je. Lepas tu tidur sebab kena dapat tidur yang cukup sebelum derma darah. Agak nyenyak la tidur malam tu sebab penat tapi tangan kanan sakit. Esoknya paginya bangun dan tidur balik baru bangun betul-betul. Sebelum menderma kena makan tapi tak boleh makan berat jadi menunya hanya roti bakar dan Horlicks coklat. Sebelum bancuh Horlicks, tengok dekat bungkusan dan nampak ada tulis 'membina sel darah merah'; terus semangat nak minum. Tak cukup Horlicks, teguk juga pati delima Gulsan sebab delima telah terbukti mampu menambahkan sel darah merah.

Sampai dewan tu nak dekat pukul 12 jugak dan tak ada orang sangat. Kempen yang ini dikendalikan oleh PDN jadi agak seronok di situ sebab biasanya PDN bagi 'jajan' macam-macam. Eh, benda percuma dan banyak dan pelbagai, mestilah mak incik suka! Hehehe... Masuk dalam dewan dan macam biasa kena isi borang dulu. Lepas tu periksa jenis darah dan HB. Dekat kaunter nombor dua ni yang paling cuak sekali. Berdebar-debar tunggu dia cakap; "Ok, boleh ke kaunter seterusnya." Alhamdulillah, HB okey dan terus ke kaunter nombor tiga. Dekat kaunter tiga periksa tekanan darah dan tekanan pun normal maka terus ke kaunter empat. Kaunter ni tempat dia bagi coding untuk paket darah yang bakal diambil.

Dah selesai, terus pergi kaunter terakhir iaitu serahkan satu plastik berisi borang dan coding pada jururawat bertugas dan bolehlah pergi duduk dekat kerusi. Kalau orang menulis guna tangan kanan, biasanya ambik darah tangan kiri tapi aku boleh je mana-mana pun. Tapi sebab tangan kanan sakit maka tadahlah tangan kiri.

Satu lagi perkara yang aku suka bila PDN yang kendalikan kempen adalah dia ada sediakan kain untuk tutup kaki. Yelah, bila dah terbaring dekat kerusi tu, tak sopan ye untuk perempuan. Bila ada kain menutupi, terasa selamat gitu. Dah lama tak kena cucuk jarum besar, cuak tu tetap ada. Hani ke Zimah pernah pesan, sebelum nak derma darah kena minum air banyak-banyak supaya senang nak cari urat. Dari celik mata sampailah dalam kereta memang minum tak henti-henti dan memang tak ada masalah pun jururawat tu nak cari urat.

Sebelum kena cucuk

Sebelum cucuk, semua jururawat yang lalu sebelah aku tanya soalan yang sama; "Dah makan?" Mestilah dah sebab kalau pergi derma darah dengan perut kosong boleh pitam tau. Lepas tu salah seorang jururawat terus tepuk-tepuk dekat tangan cari urat dan terus suntik cecair tak pasti untuk apa. Kemudian tu baru dia masukkan jarum untuk keluarkan darah. Dua kali cucuk la kiranya. Auch! Pedih dan bisa.

Dah selamat dicucuk

Kena tunggu dalam beberapa minit sambil genggam silinder dekat tangan. Tak lama pun darah nak keluar dan tiba-tiba dah penuh kampit darah tu. Macam biasa, lepas je jarum dikeluarkan, kena tekan kuat-kuat dengan kapas tempat jarum dicucuk untuk beberapa minit. Duduklah situ berangan sampai jururawat datang bawak plaster. Sebelum keluar, dapat satu plastik 'jajan' berserta dua paket pil berisi asid folik dan ferrous fumerate.  Pergh, dah hafal nama ubat! Hehehehe... Seharian jugaklah bertampal plaster sebab darah masih keluar sikit-sikit dari kesan jarum tu dan sampai hari ni masih nampak kesan lebamnya. *Maafkan kejakunan Tuan Tanah sebab dah lama tak merasai keadaan ini. *

Jajan yang dimaksudkan; jajan berkhasiat.

Alhamdulillah, dapat juga derma darah selepas sekian lama tak layak nak menderma. Perasaannya? Tak dapat nak digambarkan; puas hati, seronok, semua ada! Buat yang nak menderma darah, jangan ragu-ragu okey? Tahu diri tu layak, terus je pergi. Tak payah tunggu ada kempen, datang serah diri dekat hospital pun boleh.

Sunday, 22 April 2012

Lewat

Seminggu ku menyepi. Masa tidak mengizinkan untuk ku berceloteh di sini. Eceh, sibuk la konon. Minggu lepas 4 hari aku berkampung di Port Dickson untuk Mesyuarat Kerja Penggubalan Soalan ILJTM. Menjadi seorang aku, ada saja benda nak dicatat di sini. Namun, cerita tanpa gambar adalah sedikit membosankan. Jadi, tunggu gambar-gambar diedit dulu barulah aku tulis pengalaman yang sangat berharga itu. Dah kata gambar tak siap edit lagi, tulis entri ni nak cerita apa?

Ok, ini cerita hari Ahad lepas. Sejak pertama kali terlibat dalam aktiviti yang satu ini, memang aku dah tanam azam untuk istiqamah melakukannya. Aktiviti apa? Ini dia aktivitinya

Sasaranku adalah untuk menderma darah pada setiap 3 bulan. Tapi yang kali ini sudah lewat 2 bulan kerana tiada aktiviti sebegini dijalankan di tempat terdekat melainkan menyerah diri di hospital. Sebab segan nak ke hospital, aku pun tunggu jelah organisasi ni punya aktiviti. Sebab dulu aku pernah ke sini juga untuk menderma darah, maka awal-awal lagi mereka dah SMS memberitahu tarikh dan masa program akan diadakan. Mula-mula macam tak nak pergi sebab agak jauh juga. Tapi akhirnya aku terus memandu ke Klang sebaik saja habis bersarapan di McD selepas tamat mengajar tuisyen. Sebelum sampai, aku singgah 99Speedmart dulu beli air mineral dan jus untuk bekalan. Sampai sana, dah tengah hari. Terkejut bila tengok ramai orang beratur sebab yang dulu punya tak ramai sampai kena beratur panjang.
Ini diambil selepas aku habis menderma. Ramai lagi yang beratur. 

Prosedur macam biasalah. Mula-mula isi borang. Lepas tu periksa darah untuk uji kepekatan hemoglobin; layak atau tak layak untuk menderma. Lepas tu periksa tekanan darah diikuti dengan melengkapkan rekod pendermaan. Akhir sekali barulah beratur untuk proses mengeluarkan darah. Waktu ni aku cuak sebab aku ke sini bersendirian dan baru saja habis ABC. Takut pitam lepas menderma. Tapi sepanjang-panjang aku menderma, memang tak ada masalah pening atau pitam. Itu yang buat aku pasrah je. Hampir satu jam juga menunggu sebelum tiba giliran. Macam biasa, bila dia nak cucuk jarum tu aku pun mula la berdebar. Sakit tak sakit, sakit jugak la. Waktu dia masukkan jarum memang aku tak tengok. Gerun..Hehehe... Ada sikit rasa kebas selepas jarum dimasukkan. Waktu ni aku dok harap janganlah dia salah masukkan jarum macam kejadian yang lepas hingga buat tangan aku bengkak sampai seminggu. Jururawat kali ni memang bagus. Disebabkan aku pakai stokin tangan, maka hanya perlu lipatkan sedikit stokin tangan kebawah untuk membolehkan jarum dicucuk. Jadi bahagian tangan yang lain terlindung. Walaupun bahagian tangan lain selamat terlindung, jururawat ni tetap juga lindung bahagian tangan dengan tudung yang aku pakai. Sangat bagus! Menjaga aurat orang yang menderma darah. Ini kali pertama. Sebelum-sebelum ni nan hado!
Jururawat yang pakai baju biru tulah yang uruskan prosedur aku.

Sambil tunggu darah keluar, kena ramas-ramas silinder yang dia bagi pegang untuk melancarkan proses pengeluaran kot. Tak lama pun proses ni. Bila dah siap, aku duduk dulu berehat sebab takut pitam. Dah agak yakin, baru aku bangun. Minum milo dan makan roti sat baru aku cabut kapas dan lekat plaster. Tengok kesan cucuk jarum, ok. Tak bengkak. Lega. Masuk dalam kereta, pasang pendingin hawa dan minum air banyak-banyak. Dah rasa ok, baru aku mula memandu. Alhamdulillah selamat semuanya. Waktu menderma akan datang adalah pada sekitar penghujung Julai. Semoga diberi kekuatan untuk melakukannya lagi.

Thursday, 24 November 2011

Cuak Kuasa Dua

Kembali menulis selepas seminggu menyepi. Mood untuk menulis adalah turun naik sebenarnya. Kalau tak kekalkan momentum penulisan, alamat berkuburlah blog ni. Cerita tentang perjalanan ke Gerik dan apa yang berlaku di sana akan diperam hingga aku cukup rajin nak menaip. Hehehe... Minggu ini juga terlalu banyak perkara berlaku.

Bermula dari hari Isnin, ku lihat semua orang khusyuk duduk di tempat masing-masing dan terdapat susunan kertas berwarna merah jambu atas meja masing-masing. Tiba-tiba kecoh-kecoh sebut pasal SPC. Oh, rupanya bos besar nak semak markah tugasan pelajar. Jadi kena masukkan semua markah dalam SPC. Apa lagi, kelam kabut la pindahkan data ke dalam SPC. Kelabu juga mata aku mengadap markah budak-budak tu. Sampai aku hidupkan sekali PC pejabat. Kejap-kejap tengok laptop, kejap-kejap tengok PC. Ingatkan asalkan berisi je SPC tu dengan markah tanpa mengira jumlah tugasan yang diberi, rupanya kena ada sekurang-kurangnya empat tugasan. Aku pun selamba je isi dua markah tugasan yang dah lengkap. Tugasan lain masih ada yang kena buat semula dan ada juga yang tak hantar, malas nak letak. Sekali, dapat surat cinta daaa. Terkejut haku dibuatnya. Dengan cuaknya, aku terus isi surat tu untuk dikembalikan kepada bos besar sendiri. Dah memang markah aku tak cukup empat kan, kenalah maklumkan sebabnya. Mujurlah sebab aku tu kukuh. Sebenarnya, aku pun kelam kabut nak urus markah diorang sebab kelas yang aku baru ambil alih ni tak ada bayang markah langsung. Jadi aku dah tetapkan esok adalah tarikh akhir untuk mereka hantar segala mak nenek tugasan yang terbengkalai. Maka markah terkumpul mereka akan siap sebelum peperiksaan memunculkan diri.

Sumber gambar dari sini

Selasa petang, kali kedua aku terpacak depan Fingerprint Scanner kot nama dia menanti jam 5. Nak kata punch card machine, tak boleh la kan sebab memang tak guna kad bergaris tu dah.  Ini adalah gara-gara mahu ke Shah Alam menyerahkan soalan kaji selidik yang telah siap dibuat kepada Kak Chik. Tepat je jam 5, terus haku imbas jari dan kad keselamatan untuk menandakan aku telah habis bekerja pada hari tersebut. Mesin dia kurang lebih macam kat atas tu. Aku dah fobia dengan mesin ni sebenarnya sebab bulan ni je dah dua kali aku isi borang biometrik cap jari sebab dia tak dapat kesan cap jari aku. Aku tenyeh 10 kali pun dia tetap jugak kata "Try again next year please..." Grrrrrr.... Gerak awal sebab nak balik awal. Kelas keesokan harinya adalah penuh ye dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Lewat-lewat karang, penat pulak tak cukup rehat. Sebelum bertolak, singgah isi minyak dulu. Mujurlah jalan tak berapa nak sibuk. Sampai Shah Alam dalam pukul 6.30 kot. Hujan selebatnya waktu tu. Kilat sabung menyabung. Gerun juga nak turun kereta. Aku ingat nak serah soalan tu dan terus pecut balik rumah. Tapi gitu-gini, akhirnya pukul 8 lebih jugak baru gerak dari Shah Alam.

Rabu pagi, terasa berat je nak bangun. Penat sungguh rasanya. Nak mengadap budak-budak lagi sepanjang hari. Hadui, letih! Nasib baik buat ulangkaji je. Tak perlu perah otak sangat nak sediakan LP. Dan, selepas setahun menggunakan mesin fotostat, baru kali pertama aku tahu yang mesin tu boleh tolong stapler kertas kita sekali. "Iye????" Itu reaksi aku bila Asy bagi tahu mengenai ini. Kenapa aku baru tahu ni? Punyalah selama ni aku dok mengetip kertas-kertas tugasan budak-budak yang banyak tu sendiri, rupanya mesin tu boleh tolong buatkan. Nasiblah, baru tahu. Dah tahu ni, jangan harap aku nak ketip kertas tu secara manual lagi. Kahkahkah...

Hari ni, cuma ada satu je kelas Sem 2. Cuma bincangkan topik terakhir yang tak berapa menyemakkan kepala nak buat LP. Lepas kelas, terus sarapan dan ke Dewan Utama untuk menderma darah. Kali ni, tak lari jauh jarak dari waktu terakhir aku menderma. Aku ajak la sesiapa teman nak ke dewan tu, meriah sikit. Bila tak ada seorang pun nak teman, pasrah jelah pergi sendiri. Masuk-masuk, keadaan dewan sangat lengang. Rupanya aku orang pertama menderma untuk hari ini. Aku syak budak-budak ni tak ramai yang datang menderma sebab masing-masing keletihan membuat persiapan untuk peperiksaan akhir siapkan tugasan yang tak siap. Kalau derma darah, bertambah letih pulaknya. Hari ini hari terakhir program ni. Aku tak berani nak menderma semalam sebab takut pengsan. Yelah, waktu mengajar mana dapat nak duduk. Kurang tenaga aku. Sebenarnya aku takut-takut waktu jururawat tu nak cucuk jarum akibat kesan dahsyat waktu pendermaan terakhir tempoh hari. Tangan aku lebam hampir seminggu dan tak boleh nak bengkokkan sangat selama 2 hari. Bila dia cucuk jarum, aku buat muka sampai dia tanya; "Sakit ke?" Hahaha...Gedik macam inilah kali pertama kan? Aku pun jawab; "Eh, tak tak." Hakikatnya, memang sakit jugak. Tapi sakit biasa-biasa je. Rasa kebas juga kat bahagian jarum tu masuk tapi tak sakit macam haritu.

Cuak tak hilang lagi sampailah saat dia tarik keluar jarum tu. Masih rasa kebas dan darah yang terlekat pada kapas agak banyak juga. Bila dah rehat kejap atas kerusi lipat tu dan agak-agak stabil, barulah dia bagi turun. Macam biasa, milo panas dan biskut telah tersedia. Orang dah bagi, kena makan. Percuma pulak tu! Hehehe... Lama juga aku menikmati secawan milo dan sepaket biskut Lexus sebelum beransur. Alhamdulillah, semuanya okey. Bekas jarum tu tak lebam. Aku ada tanya pada jururawat yang buat prosedur pengambilan darah ni kat aku pasal lebam tu. Dia kata sebab jarum tu tak masuk betul-betul kat salur darah dan menyebabkan salur darah pecah. Itu yang buat lebam dan sakit. Ye ke salur darah pecah? Doktor Hani, tolong jawab. Macam takut je dengarnya. Agak-agaknya, cemana la rupanya bila jadi macam Santa kat bawah ni lepas derma darah ek? Ini barulah betul seram. Kikiki...


Tuesday, 9 August 2011

Lebam

Alhamdulillah selepas terlajak berbulan-bulan, malam tadi aku berjaya menderma darah buat kali kedua untuk tahun ini. Sasaran asal untuk menderma setiap 3 bulan sekali masih belum tercapai. Terima kasih kepad Abang Faiz kerana menghantar ke tempat kejadian. Mula-mula nak memandu sendiri, tapi takut terjadi apa-apa pulak selepas 450ml darah dikeluarkan. Lepas maghrib terus pergi, takut lewat pulak dan bertembung dengan waktu terawih sebab tempat kejadian adalah di perkarangan Surau Ar-Rahman. Sampai-sampai je, semua penderma yang ada adalah lelaki. Pelajar-pelajar aku jugak. Tak adalah segan sangat. Kali ini, semua staf HTAR yang terlibat mesra alam belaka. Tak macam sebelum ni, muka ketat masing-masing. Hehehe... Bagi yang ragu-ragu nak derma darah dalam bulan puasa ni, boleh baca artikel ni ye.

Prosedur biasa; isi borang, periksa jenis darah dan kepekatan darah(mungkin ada nama saintifik kot untuk proses ni), periksa tekanan darah, merekod maklumat peribadi, dan proses menderma darah pun bermula. Waktu dia nak periksa kepekatan darah tu, dah cuak dah. Takut Hb tak cukup sebab sebelum ni pernah terjadi dua kali. Alhamdulillah semuanya selamat. Kalau boleh, nak guna tangan belah kiri sebab tangan kanan untuk menulis. Disebabkan kerusi yang dilengkapi tempat meletak tangan kiri dah penuh, pasrah aje aku duduk kerusi-tangan-kanan.

Walaupun dah berkali-kali, tetap juga berdebar-debar. Jururawat yang layan aku semalam oklah, tak garang dan tak adalah ramah sangat. Cuma dia macam menghadapi masalah bila nak cari urat aku waktu nak cucuk jarum. Lama juga dia cari sebelum suntik pelali(kot). Sebelum dicucuk jarum untuk darah, dia ada suntik satu cecair. Tak pasti untuk apa. Hani, cecair apa tu ek? Lepas dari tu baru dia masukkan jarum yang besar gedabak tu. Aku syak jururawat tu penat kot sebab dah malam. Dia macam tak yakin aje cucuk jarum besar gedabak tu kat tangan aku. Lepas tu asyik dibetulkan aje kedudukan jarum tu. Sakit ok! dan lenguh juga. Tak macam sebelum-sebelum ni. Bila dah cukup kuantiti darah, tibalah masa untuk tarik keluar jarum besar gedabak tu. Macam mula-mula jugak, dia seperti teragak-agak. Memang sakit dia lain macam kali ni dan darah masih mengalir lagi selepas jarum selamat dikeluarkan. Lama juga aku bertenang atas kerusi tu sebelum minum milo panas yang disediakan. Lagi satu, apasal tiap kali lepas derma darah dia bagi milo panas ek? Tak faham aku. Hmmm... Dah habis secawan milo, baru aku gerak ke kereta. Alhamdulillah tiada apa-apa yang pelik berlaku. Yelah, pertama kali menderma darah pada bulan puasa kan, tak tahulah macam mana penerimaan badan ni.

Kesannya, bangun sahur pagi ni bekas jarum tu berdarah lagi dan lebam sudah... Jadinya aku tampal plaster dekat bekas jarum tu takut-takut keluar darah lagi. Pengalaman menyakitkan yang pertama.

Nota: Berat terkini selepas timbangan terakhir sebulan lalu adalah 71kg. Yahooo! Turun 2.5 kg.  

Wednesday, 26 January 2011

Kelas Dah Mula

Hari ni terawal pulak datang kerja. Beberapa minit je pun. Kecoh ah! Hahaha... Kak Rin pun kata aku awal hari ni. Nak ada kelas pertama kot, tu yang awal. Kehkehkeh... Tadi dah masuk kelas budak-budak sem 1. Kelas pertama untuk semester ni. Kali ni semester 1 sikit je, tak sampai 20 orang pun. Mudah-mudahan tak ada masalah dengan mereka ni. Oh, kelas kali ni dua-dua sekangkang kera je. Tiada lagi zirafah terkangkang di sini sebabnya semua kelas di bilik seminar 1. Hahaha..

Esok kelas dengan budak-budak semester 2. Semoga mudah semuanya. Pagi tadi jugak, aku berjaya menghubungkan pencetak di pejabat ni dengan Permataku. Suka dan gembira yang teramat sebab setelah sekian lama mencuba, akhirnya dapat jugak. Cuma guna jalur lebar tanpa wayar yang ada kata laluan tu. Tapi dah namanya kakitangan sini, maka boleh aku guna. Kerja akan menjadi lebih mudah tanpa perlu ke komputer orang lain untuk mencetak segala tugasan dan nota untuk pelajar. Hehehe...



Sebenarnya kan, rindu sangat-sangat nak jumpa kawan-kawan dan teman serumah dulu. Serius, rasa macam dah lama sungguh tak jumpa. Dengan Kak Chik pun. -_- Dan bulan ni aku berjaya tidak menjejakkan kaki ke mana-mana pusat membeli belah dan dengan itu, penjimatan yang banyak telah berlaku. Daebak!! Kalau keluar, dah tentu banyak benda aku beli. Yang tak ada dalam senarai pun sekali. Ish, payah betul... Salah satu azam baru; tak nak beli baju baru kecuali untuk raya sahaja. Setakat ni masih berjaya, tapi hari tu hampir gagal jugak. Pergi kedai kain sebab nak beli bahan buat benda lain, tapi gatal-gatal tanya jurujual tu baju mana corak baru, ada jual kain kapas tak? dan gedik-gedik pergi pusing satu kedai tu. Ada satu kedai tu, kain kapasnya adalah cantik dan comel-comel coraknya. Buat sarung bantal memang sesuai. Tapi, sebab dah beli yang untuk sarung bantal, maka terpaksa menahan diri. Fuh,selamat..! Kalau tak, azam hanya tinggal azam. Hahaha... Sekarang ni kena rajinkan diri menjahit sarung bantal tersebut. Nampaknya macam kena tunggu siri cerita Korea tu habis. Ermmm...*fikir bila nak habis tengok cerita-cerita Korea tu*

Satu lagi azam tahun baru; menderma darah setiap 3 bulan. Jadi, ada pengumuman nak buat.
KEMPEN MENDERMA DARAH AKAN DIADAKAN DI
TEMPAT:DEWAN BESAR ILP KUALA LANGAT
MASA: KHAMIS (10.00 PAGI - 3.00 PETANG)
JUMAAT (10.00 PAGI - 1.00 PETANG)
TARIKH: 27 - 28 JANUARI 2011


Marilah ramai-ramai datang ye. Kelayakan untuk derma ni tak susah. Apakah kelayakan untuk menderma darah?
  • Sihat tubuh badan (alhamdulillah tidak diserang apa-apa penyakit kebelakangan ni)
  • Berat badan 45kg ke atas (memang dah terlebih-lebih pun..hahaha)
  • Berumur 18 hingga 60 tahun (walaupun umur dah lebih 18 tahun, tapi ku masih muda belia lagi)
  • Tidak mengambil antibiotik (dah lama tak makan)
  • Tidak hamil, tidak haid (tak kahwin lagi, dan kalau haid tapi dah di penghujung, boleh cuba buat pemeriksaan. Anda mungkin boleh menderma darah)
  • Tidur melebihi 5 jam (ini insyaAllah boleh)
  • Tidak mengambil minuman beralkohol dalam tempoh 24 jam. (ini memang aku tak ada kaitan pun..haram...)

Friday, 8 October 2010

Kemusykilan Terjawab

Semalam, diadakan kempen menderma darah di ILP Kuala Langat. Teruja sebab tahun ni 2 kali kena tolak permohonan nak derma darah sebab tak cukup hemoglobin. Takut-takut jugak waktu mula-mula tu. Takut tak boleh derma lagi. Macam biasa prosedurnya. Isi borang, timbang berat, periksa darah, pemeriksaan oleh doktor, isi buku pendermaan darah, dan akhirnya pergi la berbaring di kerusi yang disediakan. Tiap kali derma darah, aku tak pernah tengok prosedur dia cucuk jarum ke dalam urat sebab jarum dia agak BESAR. Kalau tengok gamaknya terbayang-bayang dalam otak; "Huish, jarum besar gabak. Habis la sakit tangan aku." Sebenarnya tak besar mana pun. Jadi toksah la takut-takut nak derma darah ye. Kami adalah antara orang terawal menderma. Lambat-lambat karang berebut pulak dengan budak-budak. Hehehe..

Petang tu, ada satu kumpulan tak masuk kelas sebab pergi derma darah. Hoh, sedikit terganggu proses pembelajaran di situ. Takpe la, pelan-pelan kayuh. Sebab dah lama tak derma darah, tak ingat rasanya macam mana lepas tu. Tapi semalam rasa penat lain macam. Malam pun ngantuk gila. Kira tidur awal tak hengat dunia sampai la pagi tadi. Hehehe.. Dan kemusykilan tentang sesuatu telah terjawab. Perlu berusaha dan berazam untuk kembali ke zaman muda-mudi dulu. Apa benda yang dimusykilkan tu? Rahasia...

Alhamdulillah, apa yang dinanti dah pun selamat tiba. Hari Isnin tu dapat penyata. Hari Selasa Encik Mus bagi tau duit dah dimasukkan. Mungkin petang-petang sikit dapat la tu. Dan benarlah bagai dikata, petangnya tu dalam 5 lebih BIMB hantar mesej kata duit dah masuk. Tapi aku tak boleh nak merasa jugak lagi sebab kad buat hal pulak. Kena uruskan dulu kad tu. Duit yang diperoleh dengan usaha sendiri dan duit yang diberi adalah sangat berbeza nilainya. Yang pasti, kena bijak urus belanja. Dan paling penting, kena simpan sikit untuk Tabung Mrs. Kanc bagi kegunaan servis dan sebagainya. Sebenarnya Mrs. Kanc baru diservis beberapa minggu lepas.Semua sekali dekat RM 3000 jugak. Hoh, kalau aku yang membayarnya, memang makan pasir la weh. Melebihi kemampuan. Tukar tu, ganti ni, betulkan yang itu, baiki yang itu, tergezut jugak. Bila diingat-ingat balik, tahun ni je Mrs. Kanc dah menelan belanja hampir RM 5000. Sebab awal tahun ni kan ada yang dia kena tarik tu. Brek rosak pulak. Kena banyak jugak tu. Hoh, abaikan la angan-angan nak beli kereta besar. Pakai Kancil pun dah telan banyak duit.

Sunday, 16 May 2010

Kena Tukar Menu...

Hari yang memenatkan. Malam tadi tak dapat tidur sangat rentetan peristiwa pecah kaca pecah gelas tu. Itu telah menyebabkan aku terlewat bangun pagi tadi. Mujurlah waktu sampai sekolah acara belum mula. Sampai-sampai je terus ke kantin sebab cikgu lain semua kat situ. Owh, ada sarapan rupanya. Maka kami pun makan la bihun goreng beserta telur mata itu. Dah habis makan, duduk-duduk, cakap-cakap, rupanya ada aerobik sebelum mula bekerja.

Teruja kejap. Lama sungguh tak buat aerobik ni. Waktu kat hostel dulu, ada la jugak waktu-waktu buang tebiat. Kami tolak semua kerusi meja kat ruang tamu ke tepi dinding. Berpoco-pocolah kami di tengah malam. Sungguh buang tebiat. Hahaha... Housemates, rindu kamu semua... Kadang-kadang, kalau terlebih rajin, buat aerobik dekat court badminton dengan Mynn, Ain, Qis, Ela, dan beberapa kenalan mereka lepas isya'. Tapi tadi, paling ingat waktu MTS Mei; sesi aerobik kat IPIS. Kenangan yang hanya boleh diimbas kembali.
Sesi belajar langkah poco-poco

Orang lain sibuk aerobik, kami posing..hahaha..

Ada la 1 jam jugak sesi aerobik tadi. Naik semput dibuatnya. Macam-macam lagu ada. Zapin? Rock? Hindustan? Cina? Tak payah pilih, memang semua sekali ada.Seronok... Cikgu-cikgu pun enjoy je. Guru besar dan pentadbir lain pun ikut sekali ke kiri dan kanan. Gambar mana?Cerita je berkajang-kajang. Tak dan la nak pegang kamera. Hahaha...

Dalam pukul 9.30 ++ baru gotong-royong mula. Aku kena dekat bilik guru. Tak banyak kerja pun. Cuma kemas-kemas sikit, tampal nama cikgu-cikgu kat loker, dan lap-lap habuk sikit. Dah siap tu, pergi meronda tempat lain, tengok apa yang boleh dibantu. Tapi semua pun dah dekat siap. Memandangkan kerja dah habis, aku dan Sucha sambung sikit projek mural. Cadangnya nak sambung petang tadi, tapi harapan la. Masing-masing dah kepenatan, rancangan ditunda. Dalam perjalanan pulang, ternampak tanda ini kat tepi jalan.


*wink*wink*...Dah lama cari port. Waktu kat UNISEL haritu, tak boleh nak derma sebab hemoglobin tak cukup. Lebih kurang macam tu la. Ye ke Hani?? Kalau salah tolong betulkan. Hehehe.. Tapi kena balik rumah dulu sebab kad merah tak bawak pulak. Dah belok ke jalan tu, tercari-cari arah lagi. Nampak la banner ni. Ha, betul la tu.

Harapnya, hari ni boleh la derma. Bila check, tengok cair benor darah yang keluar kat jari ni. Memang sah tak boleh derma lagi la ni. Huhuhuhu...sedihnya...Masalah yang sama gak. Pegawai perubatan tu cakap, makan banyak makanan yang boleh tambah darah macam bayam dengan kerang. Nasihat sama yang jururawat kat UNISEL bagi dengan apa yang Hani cakap kat entri ni. Mulai esok, harus tukar menu nampaknya. Tak boleh makan sardin dah. Hehehe... Waktu nak ke kereta, sorang akak yang jaga kat kaunter tu bagi aku 1 goody bag. Terkejut jugak bila dia hulur sebab aku tak jadi derma pun. Dia kata, tak apa. Asal ada niat, dan alang-alang dah sampai kat situ, kira macam derma jugak. Alhamdulillah...
 Nama syarikat yang anjurkan kempen derma darah ni..dalam beg tu ada tuala warna HIJAU..