Engagement Fund ;)

Showing posts with label Saya Beli.... Show all posts
Showing posts with label Saya Beli.... Show all posts

Wednesday, 10 May 2023

Hasil Tangkapan Sementara Menunggu

Annyeong! 

Ni kisah membeli-belah tak terjangka waktu balik kampung cuti raya tempoh hari. Saya mula cuti awal sedikit berbanding orang lain. Hari Rabu minggu terakhir puasa tu dah mula cuti. Cadangnya nak mengemas dulu rumah sini tapi nan hado! Tinggal lintang pukang begitu saja. Heeee... Cadang nak menyinggah beli bunga hiasan pun tak terlaksana sebab dah janji nak ambil pes rendang yang ditempah sebelum jam 5 petang.

Lepas ambil pes rendang di ILPKLS, balik rumah dan turunkan barang. Kononnya nak la masak untuk buka tapi ada insiden sikit, terus keluar balik tanpa hala tuju. Isi minyak dulu lepas tu tiba-tiba sampai Mitsui. Hahahaha.... Macam nak ke KLIA 2 asalnya tapi sebab dah lama sangat tak jejak kaki ke sana dan hari bakal gelap, risau salah masuk pintu. Mitsui takpe sebab pernah pergi lepas PKP ni jadi tahu jalannya masih sama.

Sampai sana nampak ada Sushi King, teringin nak cuba buffet buka puasa. Teruslah naik dan tanya. Rupanya untuk berbuka dah penuh. Kalau nak kena tunggu slot 8.30 malam. Fikir punya fikir, jalan jelah. Bila lagi nak cuba kan? Esok dah hari terakhir promosi ni, kalau dah kat rumah memang tak keluar dah.

Maka, sementara menunggu mari ukur dari hujung sana ke hujung sini. Sebab tak ada niat nak membeli-belah, maka tidaklah beria tengok barang. Nak belikan baju raya Abah pun tak ada baju yang menarik di pandangan mata. Nak beli beg tangan baru je beli haritu. Sudahnya cuba masuk satu kedai nama Objet ni sebab nampak macam barangnya mampu dibeli. Best rupanya kedai ni sebab jual peralatan rumah. Dari peralatan hiasan sampailah perkakas dapur. Macam-macam ada! Sangkut jugalah tiga barang di sini selepas menenangkan diri daripada mengaut pelbagai lagi barangan lain. Kahkahkah...

             
Lunyai dah begnya sebab letak dalam kereta yang bergerak ke sana sini sepanjang di kampung

                               
Tadaaa! 3 jenis barang. Dua biji gelas berbeza bentuk dan satu balang kedap udara

                            
Gelas tinggi dan gelas pendek. Setiap jenis gelas ni ada warna berbeza. Yang ini saya pilih yang ada refleksi pelangi. Kalau tak silap ada warna hitam dan jernih biasa.

Ini bukan beli di Objet, tapi nak tepek sekali. Ini beli di Econsave sebab nampak cantik dan kukuh. Bolehlah buat simpan air minuman di dalam peti sejuk. Juga mampu dibayar harganya.

Ada perancangan untuk kembali ke sini lagi di masa hadapan. Walaupun orang kata beli online boleh dapat lagi murah, tapi lagi puas kalau dapat belek barang yang nak dibeli dan boleh kurangkan penggunaan plastik. Kalau beli benda kaca, mesti kena balut tebal-tebal untuk keselamatan barang kan? Kemain banyaklah plastik yang digunakan tu. Kalau beli terus dari kedai biasanya saya tak nak plastik pun sebab boleh je kelek barang tu begitu atau masukkan dalam shopping bag yang memang sentiasa ada dalam beg tangan. Tapi kedai ni gunakan beg kertas, jadi lebih mesra alam gitu. 

Monday, 4 November 2019

Masih Bersama BBW

Annyeong! Sebelum entri ukur jalan sukat tanah di HK muncul, nak catat pasal Clinique dulu. Sejak dah kenal laman web BestBuy World, memang beli barang-barang penjagaan kulit di sana je sebab harganya lebih murah dan penghantaran percuma untuk jumlah pembelian tertentu. Berita baiknya, had pembelian untuk melayakkan penghantaran percuma tu dah turun. Yeay! Dulu kena beli sampai RM 150, sekarang beli RM 90 je.

Dari dulu lagi memang dah amalkan untuk tidak habis tiga benda (cleanser, toner, moisturiser) serentak sebab nanti terasa sangat keluar duit nak membeli tu. Kali ni saya kehabisan toner dan harga toner tu RM 80. Jadi, sajalah tanya Geng Makan kalau ada yang nak tumpang sekaki. Nasib baik Kak Nurul kata nak beli toner juga. Makanya, tak payahlah bayar caj penghantaran tu. Benda boleh dapat percuma, buat apa bayar kan? Gitu.

Bungkusan sampai atas meja pejabat. Terima kasih yang tolong letakkan atas meja😘

Dibungkus dengan bubble wrap

Botol dikepung dengan polisterin

Kali ni ada stok botol 200ml

Nombor 3 saya punya, nombor 2 Kak Nurul punya


Biasanya buat pembelian dari komputer tapi kali ni entah kenapa guna telefon pula. Bila keluar arahan untuk pilih jenis pembayaran ke akaun siapa, saya blur. Selalu tak ada pun? Terus patah balik tapi rupanya pesanan dah direkodkan. Gelabah ko! Terus email khidmat pelanggan dia untuk tanya macam mana nak buat bayaran. Takutlah bendanya habis kan sebab walaupun pesanan dah masuk tapi belum bayar.

Mujurlah dia balas cepat. Jadi, saya buat direct transfer ke akaun dia saja berdasarkan maklumat yang diberikan dalam email tu. Setakat hari ni, memang saya tak ada masalah apa-apa pun dengan BBW. Semuanya lancar dan mudah. Kalau ada masalah macam ni pun, laju je dia bantu. Barang pun dibungkus dengan teliti. Tiada kejadian haru. Maka, sesiapa yang berhajat, silalah tanya Pakcik Google dengan kata kunci BestBuy World

Sunday, 26 November 2017

Membeli Belah di Best Buy World untuk Kali Kedua

Bila selak-selak entri lama, rupanya pernah beli barang dekat Best Buy World sekali je dulu. Waktu tu beli produk Clinique juga. Disebabkan dua kali pergi The Zon tak ada stok untuk nombor 3, maka akhirnya beli jugalah secara dalam talian. Bukan tak boleh beli dekat kaunter, tapi bila dah pergi AEON tu, kau ghaser akan beli moisturiser dengan clarifying lotion je ke? Kos lagi kan. The Zon tu lain cerita sebab pergi KLIA 2 nak pergi makan dekat Family Mart sekali. Eh! Hehehe..

Kalau beli dekat BBW ni, boleh dapat harga macam dekat The Zon cuma ikut nasib sebab susah juga nak dapat Clinique 3 Step Skincare nombor 3 ni dalam saiz biasa. Selalu untuk nombor 2 je banyak. Bajet kali ni tak boleh lebih dari dua ratus ringgit sebab kalau saiz biasa harga biasa, harga dia lebih kurang dua ratus tulah untuk dua benda ni.

Cubalah buka BBW dan cari. Ada saiz biasa untuk moisturiser dengan clarifying lotion ni, tapi clarifying lotion hanya ada saiz yang paling besar je iaitu 400ml; moisturiser ada yang saiz biasa saya beli iaitu 50ml. Tambah tolak darab bahagi, beli jelah saiz besar. Nak tunggu ada yang 200ml tak tahu bila. Lagipun harganya tak lebih dari bajet kalau dah tolak kupon diskaun.

Masalah kalau membeli di BBW adalah, semua benda pun nak dimasukkan dalam cart. Sebab dekat sini ada jual saiz kecil yang mudah untuk dibawa dalam perjalanan dengan harga yang berpatutan. Haruslah tamak! Waktu pilih tu memang main maaaasuk je dalam cart. Bila nak check out, jumlah semua dah jadi RM 280++. Opocot! Hahaha.. Fikir punya fikir, celah mana nak tarik bajet tu pula nanti, terus tak jadi ambil barang-barang kehendak tadi tu. Beli dua benda ni je sebab memang stok dah nazak.

Rupa bungkusan dari BBW. Kertas pembalut dia tebal macam pembalut soalan SPM. Hehehe..

Lepas buang pembalut kertas tadi, jumpa bubble wrap lapisan pertama. Invois belian diselitkan sekali tu ha.

Lapisan tadi dia balut kapitan polisterin ni.

Dah buang polisterin, nampak balutan ni pula.

Buang balutan tadi, barulah jumpa barangnya yang juga dibalut secara individu. Dia punya balut tu, bersungguh-sungguh! Kalau tak buat macam ni, bimbang pecah pula. Benda dahlah mahal kan? Satu hal pula nak buat tuntutan ke apa kalau barang rosak.

Inilah dia barangnya lepas buang balutan tadi.

Dapatlah penghantaran percuma sebab nilai belian melebihi RM 150. Clarifying lotion 400ml berharga RM 140 manakala moisturiser 50ml berharga RM 70. Harga betul boleh pergi tengok dekat laman rasmi Clinique Malaysia. Jumlah dua barang RM 210, tapi sebab waktu tu adalah ulangtahun BBW kot, jadi dia bagi kupon RM 20 untuk belian RM 150 keatas kalau tak silap. Dapatlah dua barang ni dengan harga RM 190. Letak harga siap-siap supaya senang nak rujuk di masa hadapan.

Bagi ramai orang, harga ni mungkin mahal. Tapi bagi saya okey je kot sebab biasanya sekali belian ni bertahan paling kurang setahun. Jadi boleh kata, beli produk penjagaan kulit ni setahun sekali je. Lagipun saya serasi dengan Clinique ni sejak pertama kali cuba lagi, maka pakai jelah. Kiranya ini masuk tahun ke-8 saya dengan Clinique. Kalau ikutkan dah boleh tukar set lain dah ni sebab kulit pun dah kertu kan? Tapi sebab masih tak rajin nak buat kajian set mana yang okey, maka pakai jelah produk asas ni.

Friday, 8 September 2017

Tudung Satin, Hydrangea, dan Dilema Seorang Wanita

Tajuk karangan kali ni yang sungguh panjang. Beginilah bila seorang wanita tersampuk gelombang tudung, habis semua orang kena tolong dia buat keputusan. Kahkahkah.. Cerita bermula dari bulan ramadan lagi bila mana saya ternampak satu butik tudung membuat promosi selendang satin baharu yang akan dilancarkan sempena syawal.

Apa yang membuatkan saya tertarik nak ikuti perkembangan tudung tu adalah motif bunga hydrangea yang dijadikan tema bagi keluaran khas sempena syawal butik tudung tersebut. Meh la bagi tahu siap-siap nama butik tu. Sofearose. Tiap kali promosi tentang selendang baru tu muncul, tiap kali tu saya telaah dengan khusyuk termasuklah video pembuatan brooch istimewa yang dihasilkan oleh Hakata Accessories International. Brooch tersebut didatangkan bersama selendang bercorak bunga hydrangea dan dihasilkan daripada kelopak sebenar bunga hydrangea. Wow!

Gambar bunga bila shawl dah lilit. Gambar cantik ni dari IG Sofearose HQ.

Masa awal promosi tu, harga belum muncul lagi. Berangan la juga nak sambar sehelai kalau mampu. Malangnya, bila harga muncul, saya hanya mampu tengok saja. Dua ratus enam puluh sembilan ringgit sehelai. Hahahahaharu.. Saya bukanlah jenis yang menghabiskan beratus ringgit untuk tudung. Tudung paling mahal pernah saya beli pun cuma RM 60 dan itu pun beli zaman tak ada komitmen kereta dulu. Biasa-biasa ni, nampak harga empat puluh ringgit pun fikir 20 kali sebelum beli. Kedeks kan? Hahaha..

Cuma selendang bawah jenama SR X HAI ni betul-betul mencuri tumpuan. Masih lagi kadang-kadang tu sengaja tenung walaupun tahu takkan mungkin saya nak labur sampai dua ratus lebih. Tiba-tiba, ada sekali tu Sofearose buat promosi potongan separuh harga. Aduhai, sakit dada! Kalau seratus lebih, macam bolehlah kot pejam mata nak beli. Tapi tetap juga bolak-balik sampailah akhirnya promosi habis. Sobs..

Kemudian, promosi potongan 50% tu muncul lagi pada akhir bulan Ogos. Tenung lagi sekali warna-warna yang ada. Kali ni hati dah berat nak beli tapi masih lagi sayang duit. Kemuncaknya adalah minta nasihat dari dua orang sahabat paling rapat yang juga merangkap penasihat kewangan dan juga perunding imej. Eceh.

Ini dia iklan potongan 50% yang muncul di IG Sofearose HQ.

Penasihat 1 kata, belilah untuk ganjaran pada diri sendiri untuk apa-apa pencapaian pada tahun ni. Sebagai hadiah sempena hari lahir sendiri juga boleh. Penasihat 2 kata, kalau hati dah kenan, ada duit lebih, apa salahnya nak beli. Bab duit lebih tu yang tersedak kejap. Hahahaha.. Tapi soal siasat dari Penasihat 2 tu panjang berjela hoi, macam-macam dia tanya. Tapi saya dah bersedia dengan jawapan sebab memang jauh di sudut hati nak beli cuma nak dapatkan satu lagi sokongan kuat dari orang yang paling rapat. Kehkehkeh..

Makanya, selepas membulatkan tekad dan membuat soal selidik di Instagram, saya korek tabung untuk beli sehelai selendang SR X HAI warna biru. Susah nak buat keputusan sebab tak pernah habiskan duit sampai beratus untuk tudung sahaja. Bila dah asyik fikir je, sampai masuk dalam mimpi jadinya. Tu yang pejam mata, beli jelah sebagai ganjaran untuk diri sendiri kerana berjaya menghadapi saat-saat getir menguruskan pusat tuisyen sendirian beberapa bulan lepas, waktu bos besar sakit. Dua penasihat dekat atas tu je tahu macam mana saya punya stress tu tapi tak boleh nak tunjuk. Siapa lagi yang nak bagi ganjaran kalau bukan diri sendiri kan?







Dah buat keputusan nak beli, kena buat keputusan nak warna yang mana. Nasib baik ada empat warna je, kurang pening nak pilih. Kurang pening pun, sampai dua tiga hari jugalah fikir nak beli warna apa. Itu yang sampai tanya kawan-kawan IG tu. Hahaha.. Dilema seorang wanita sungguh! Gamba-gambar yang dekat belah atas ni dari Sofearose. Gambar selendang sahaja saya minta dari Admin WhatsApp manakala yang model tu ambil dekat IG. Sebelum tidur tenung skrin Yong dulu tengok mana cantik. Manalah tak masuk mimpi?

Lepas buat bayaran tu, tak sabar tunggu van Poslaju sampai. Bila sampai je bungkusan berisi kotak selendang tu, hati pun berbunga-bunga. Perasaan berbunga-bunga tu terhenti selepas puas menelek isi dalam kotak dan 'mencabut' bunga pada jarum peniti. Hahaha.. Tangan tak bedung, pegang pada tempat yang salah dan terus tercabut bunga dari jarum tu.

Taraaa! Dah sampai! Gigih ambil gambar satu persatu ni.

Sangat jatuh hati dengan SR X HAI ni sebab pertama, dia guna satin. Kedua, ukuran selendangnya 2.0 meter dan dah tentu labuh. Ketiga, corak pada selendang adalah bunga kegemaran. Ini tiga sebab teratas la. Bila dah belek kainnya, memang puas hati sebab ada banyak taburan batu-batu juga dekat selendang tu. Dalam gambar nampak macam sikit je batu-batu tu. Berbaloi!

Perasaan sebelum dapat benda yang sangat diidamkan dan selepas dapat bendanya adalah sangat berbeza. Sebelum dapat tu sampai tak lena tidur; bila dah dapat ni rasa macam, 'Okey, dah berjaya beli selendang mahal dengan harga sedikit murah.' Dah. Tu je. Lepas tu terus simpan kotak cantik dalam laci sebab sayang nak pakai. Hahaha.. Tak tahulah tu bila nak pakai. Cerita pasal selendang pun boleh sampai berkajang-kajang kertas.

Wednesday, 30 August 2017

Baju Lepas Raya

Ini kes tak beli baju raya cantik la ni. Tiap tahun memang kena ada sekurang-kurangnya sepasang baju raya beli siap yang tentunya mempunyai rekaan yang canggih berbanding baju yang ditempah. Baju wajib tiap tahun tentulah baju kurung biasa yang saya tempah dengan jiran satu lorong. Sebab Kak Wan cuma pakar menjahit baju kurung biasa, dia tak terima tempahan baju kurung berpotongan pelik. Kadang tu kalau pujuk pujuk, dia nak juga cuma bukan pada masa puncak macam nak raya ni.

Bila ayem-ayem tak cari tukang jahit untuk baju kurung moden, sudahnya memang ada baju kurung biasa ajelah. Lepas tu beli dua pasang Luna Blouse dari BelloScarves dengan niat untuk suai padan saja dengan kain batik sedia ada. Sejak rajin mengembara ni, bila beli baju memang fikir baju yang boleh digunakan dalam semua keadaan. Tu yang korek duit di celah-celah laci, buku, beg dan fail untuk beli juga blouse tu. Kahkahkah.. Beli banyak jimat kos pos dan alhamdulillah dapat selendang percuma sehelai.

Selepas seminggu beraya, muncul pula jualan penghabisan stok oleh butik-butik online. Ada satu butik ni saya gatal pergi ikut setiap pos dia dan nampak Promosi Rumah Terbuka melintas dekat dinding FB. Ah, sudah! Ada je idea peniaga-peniaga ni kan? Harga yang ditawarkan boleh tahan merecik murah. Promosi dia adalah dua pasang RM 150. Bila tanya, boleh je beli sepasang tapi harga jadi RM 77 sepasang. Pun bolehlah. Dah siap jahit kan? Kurung moden pula tu, kira murahlah pada saya. Corak kain pun jenis yang tengah musim sekarang, lagi gatal tangan nak beli.

Macam biasa, bila nak beli pakaian, memang akan minta nasihat dari penasihat kewangan dan juga perunding imej peribadi. Eceh, hebat sangat kedengarannya! Hahaha.. Anak tunggal perempuan yang dah tak ada emak, beginilah. Dapat lampu hijau, terus pesan, terus bayar. Waktu beli tu tak terfikir pula nak pakai baju tu waktu jamuan raya pusingan kedua tu. Bila dah selesai urusan pembayaran semua, baru perasan ada kemungkinan baju sempat sampai.
Mula-mula dapat bungkusan, pelik juga kenapa berat dan kembung semacam ni? Tapi tak syak apa-apa lagi.

Bila buka, ada lagi sepasang baju rupanya. Dekat luar plastik tu dia tulis PERCUMA. Saya suka saya suka. Baju warna ungu tu yang diberi percuma. Suci murni lagi beliau dalam plastik.

Memang sempat sampai pun. Tapi sampai beberapa minit sebelum saya bergegas ke pusat tuisyen. Dah siap gosok baju lain dah, bila posmen serah bungkusan nama saya, terus hidupkan semula seterika dan gosok baju baru yang bau kedai dan plastik. Kahkahkah... Tapi yang paling menggembirakan adalah, dapat sepasang baju kurung biasa percuma. Ye, PERCUMA! Benda percuma ni biarpun sekecil kuman, tetaplah gembira tak terperi. Inikan pula sebesar gajah? Haruslah gembira kuasa dua. Semoga murah rezeki Mawar Cotton.

Tuesday, 22 August 2017

Cubaan Menggunakan Pad Kain Sepenuhnya

Mulai tahun ini, dah berazam untuk tukar guna pad kain sepenuhnya sebab nak jaga kesihatan satu, dan kedua, nak kurangkan sisa buangan dekat atas bumi ni. Kalau guna pad pakai buang tu kan kena lupuskan dengan cara yang betul dan ambil masa untuk dia dilupuskan sebab ada bahagian yang diperbuat daripada plastik. Kembali ke fitrahlah sebab dulu-dulu pun mana ada pad ni, semua guna kain je.

Sebelum ni dah pernah beli pad kain secara online dari satu laman blog. Lupa pula blog mana. Tapi yang tu bukan jenama komersil, cuma produk buatan tangan sepenuhnya. Beli set lengkap sampai dua set tapi tak ingat kenapa berhenti pakai lepas tu. Awal tahun ni baru mula pakai semula.

Untuk pembelian terbaharu ni, saya beli jenama Snowdrop dan pembelian dibuat di laman IG mereka. Waktu tu ada promosi sempena bulan kelahiran pengasas dia tak silap, dapatlah murah sikit dari harga asal. Kalau tak tahu nak beli yang mana, dekat situ dia ada buat set-set yang boleh dipilih. Ada juga set percubaan kalau nak cuba semua saiz yang ada. Saiz pula pelbagai dan sama macam pad pakai buang juga.

Ini set yang saya beli; ada dua jenis.

Jenis pertama, dry flux, lebih kurang macam panty liner fungsinya.

Jenis kedua, light mist.

Taraaa! Ini rupa lapisan bawah yang cantik. Siap ada label produk lagi jadi tak adalah terbalik waktu nak pakai tu.

Macam Snowdrop ni, dia ada 5 saiz berbeza iaitu dry flux, light mist, medium dew, heavy stream, dan maternity. Bolehlah pilih ikut kesesuaian penggunaan masing-masing. Mereka juga akan bagi tahu cara penggunaan dan juga penjagaan. Jadi tak perlulah risau tentang cara nak basuh tu. Pad kain ni bagi saya lebih selesa dan cantik dan tak gatal sebab dia guna kain betul, bukan bahan terproses macam pad pakai buang tu.

Pad Snowdrop ni ada dua lapisan bahagian luar iaitu lapisan atas dan lapisan bawah. Lapisan atasnya lembut sebab menggunakan fabrik minky manakala lapisan bawahnya ceria dengan kain kapas bercorak. Selain tu, ada dua butang di sayapnya supaya mudah untuk dilaraskan ikut keselesaan masing-masing. Setakat ni puas hati dengan produk ni. Kalau ada yang berminat nak Go Green dan cuba produk ni, bolehlah ke laman web mereka atau cari di IG.

Tuesday, 30 May 2017

Untuk Aku dan Mereka

Tiap tahun, memang aku akan peruntukkan bajet untuk hadiah hari lahir crime companion. Ramai sebenarnya crime companion ni tapi ada dua yang paling rapat; Kak Chik dengan Aten. Orang kata, bagi apa yang kita suka dan itulah yang aku buat. Dua tahun lepas aku buat kejutan kek untuk Kak Chik. Tempah kek dari pembuat kek di Shah Alam dan minta dia hantarkan terus ke pejabat Kak Chik. Teringin nak dapat kejutan macam tu tapi tak dapat, maka kita buatlah untuk orang.

Sekali tu jelah dapat buat sebab lepas tu bajet tak mengizinkan. Selalunya memang belikan sesuatu je. Kalau dulu-dulu, bagi hadiah mesti nak bagi yang cantik dan boleh jadi kenangan kononnya. Sekarang ni fikir yang praktikal je; biar cantik, boleh buat kenangan dan boleh digunakan. Apa je pun yang memenuhi kriteria? Memang ulang benda samalah jawabnya.

Awal bulan haritu, kebetulan dapat mesej promosi dari salah satu jenama tudung online sempena hari guru dan hari ibu, teruslah tak fikir panjang dan beli pakej tu dengan niat nak bagi hadiah sempena hari lahir yang dah terlepas. Korek tabunglah sebab sekelepuk nak bayar tapi alhamdulillah lepas tu rezeki lain masuk. Betullah bila kita sedekah atau kadang tu baru niat nak sedekah, Allah dah bagi lagi rezeki lain. Rezeki ni bukan hanya apa yang kita tak jangka. Kadang dipercepatkan masa untuk dapat sesuatu pun rezeki juga. Orang-orang yang gaji masuk tak tetap, mesti boleh faham keadaan ni.

Berbalik kepada tudung tadi, memang dah lama aku perhati tapi bila memikirkan kalau nak beli sehelai je tu harga dia macam jadi mahal sangat, terus tak jadi beli. Bila ada promosi macam tu, barulah pejam mata je beli untuk diri sendiri dan sekali harung untuk mereka yang disebutkan tadi. Tertarik nak beli sebab corak-coraknya yang cantik lepas tu ukurannya yang lebih besar berbanding jenama lain. Lepas tu pembungkusan dia menarik sebab didatangkan dengan kotak yang eksklusif. Tak payah pening nak balut bagai.

Perasaan paling bahagia adalah bila terima parcel.

Taraaa! Cantik kan kotak dia? Kelihatan begitu eksklusif dengan warna hitam.

Isi dalam. Semua cantik sampai rasa nak pakai sendiri je semua. Hehehe.. Tapi dah selamat bagi pun kepada tuannya.

Friday, 4 November 2016

Kasut Tapak Rata

Okey, entri hari pertama di Korea dah keluar. Harap-harap terus gigihlah nak sambung entri-entri yang lain. Hari pertama tu baru episod satu, episod lain-lain belum lagi. Kali ni nak cerita pasal kasut dulu.

Kasut tapak rata warna hitam cap Alain Delon

Bila dah mula rajin ukur jalan dan sukat tanah, memang dah tak boleh nak membeli benda-benda kesukaan sewenang-wenangnya macam dulu. Ini pun beli sebab asyik teringat-ingat dan memang dah patut kena ganti pun kasut sedia ada tu. Kalau jalan dekat atas tar, batu-batu kecil boleh tersangkut masuk dekat lubang pada tapak. Kalau hujan, dah tentulah stokin basah sebab kasut bocor.

Sepanjang membeli kasut, rasanya ini kali pertama aku beli kasut tapak rata dari jenama Alain Delon. Tak pernahnya beli kasut tak ada tumit sejak bekerja sebab walaupun dah niat nak beli yang tapak rata, bila sampai sana dan nampak kasut bertumit, terus tak pandang dah kasut tak bertumit. Kali ni paksa diri beli kasut ni sebab ini yang paling murah lepas diskaun, selesa dan ada reben.

Entah, memang suka kasut bertumit dan Arwah Mak dulu pun selalu cakap kalau beli kasut tu biarlah bertumit sikit. Maka, yang pertama ini haruslah diabadikan dalam blog. Lepas ni, tahun depanlah kot baru beli kasut baru. Kumpul duit nak 'balik kampung' kan? Kena jimat bab lain. Hehehe..

Friday, 1 July 2016

Kuih Raya. Donat. Sushi.

Hari ni dah masuk bulan Julai. Sekejapan sahaja ramadhan sudah di penghujungnya. Tahun ni macam biasa, masih tidak membuat kuih raya sendiri. Masih tidak menyempatkan diri untuk menghantar oven tu untuk dibaiki. Makanya tempahlah saja kuih-kuih raya tu. Tak adalah bersungguh sangat beli kuih kali ni, #jimatsangatberayatahunni.

Biskut yang pelbagai tempah dari Aten manakala tart nenas tempah dari TNTS. Hari Sabtu lepas pergi ambil tempahan di tempat biasa dan teruslah hantar tempahan di sekitar Kuala Lumpur. Penuhlah satu bonet dengan tart nenas; nasib baik pinjam kereta besar, kalau naik Taejang, ada balang tart yang tergolek-golek jatuh karang. Hehehe... Alhamdulillah jalan dari Banting sampai KL membawa ke Klang sangat lapang, tak ada sesak langsung!
TNTS bunga

Sampai dekat Klang dalam 12.30 macam tu, terus blur tak tahu ke mana. Nak tunggu waktu buka, lama lagi hoi! Akhirnya putuskan untuk pulang saja selepas penghantaran terakhir di Jusco Bukit Raja. Tapi sebelum pulang tu tapau sushi dengan donat. Kiranya berbuka hari tu makan makanan antarabangsa dan tradisional. Best juga Mister Donut ni sebab beli 6 ketul percuma 2 ketul. Lepas ni boleh beli lagi. Nah layan gambar makanan lagi.
Sebahagian daripada sushi yang ditapau

Tart nenas dah habis separuh balang

Swiss tart yang sedap dan tinggal beberapa ketul saja lagi

Donat yang telah dipotong ngam soi untuk sekali ngap!

Wednesday, 8 June 2016

Tudung Tak Sekolah

Bila cakap pasal tudung, dah banyak sangat jenama dan fesyen tudung dekat pasaran. Kalau nak ikut perkembangan semasa, memang tak terkejar. Bermula dengan jenama sampailah kepada gaya, bahan dan harga.

Aku tak adalah mengikut sangat arus perubahan tudung ni tapi kadang tu ada juga terpengaruh sampai terbeli juga. Konsepnya, kau ada, aku pun nak kena ada walaupun satu. Gituu..

Tapi tudung kegemaran sejak azali tentulah tudung Turki sebab boleh campak je dalam mesin basuh. Hahahaha... Lepas tu tudung Turki ni kan senang nak jumpa yang bidang 60 dan dulu-dulu tak banyak tudung bidang 60 yang macam-macam jenis, maka memang beli tudung ni jelah.

Dari segi jenama pula ada banyak tapi yang paling terkenal adalah Akel dan Rozello. Setiap jenama ni ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kain Akel ni lembut tapi tak licin dan senang dibentuk tapi coraknya tak pelbagai. Kalau Rozello pulak, kainnya lembut dan licin tapi coraknya cantik-cantik dan pelbagai.

Dua-dua ni aku ada tapi selalunya kalau pakai Rozello, memang kena pasrah sebab fenomena 'tudung tak sekolah' akan berlaku. Istilah tudung tak sekolah ni Kak Chik la yang ajar iaitu merujuk kepada keadaan pemakaian tudung yang selekeh seperti lipatan di bahagian muka yang tidak kemas atau bila dikelepet muka akan nampak begitu bulat sebab muncung tudung tak jadi.

Ini dilema orang perempuan, orang lelaki kalau tak faham, duduk diam-diam. Bila tudung tak sekolah, aku malas nak fikir. Lantakkan situ asalkan aku pakai tudung. Yakin tu kena tunjuk walaupun kelepet belah kiri dan kanan senget dan ada gelembung udara. Hahaha...

Tudung Kak Chik - paling kanan tu Akel, sebelahnya tu aku tak ingat jenama apa, lepas tu Rozello dan paling hujung yang hitam-maroon tu tak ada jenama tapi kain dia sedap

Cerita pasal tudung dan Kak Chik, baru ni tolong Kak Chik beli tudung Turki dekat kedai yang aku selalu pergi. Awal-awal aku pesan Kak Chik supaya bersedia dengan telefon sebab nak buat siaran langsung dari kedai. Gigihlah hampar tudung dan ambil gambar dan hantar melalui WhatsApp sebab nak tunjuk corak dan warna. Gigih aku fikir nak samakan dengan warna apa untuk bagi gambaran yang hampir tepat; tu yang sampai keluar coklat Nescafe, coklat kek batik bagai. Hahahaha...

Sejak kempen memaksa diri berjimat bermula, aku dah tak layan kedai tudung online sangat sebab harganya lebih mahal berbanding harga di kedai tudung yang mudah untuk dikunjungi. Beza sampai sepuluh hengget untuk sesetengah jenis! Makanya lepas ni beli jelah dekat kedai; lebih jimat dan puas hati sebab dapat belek barangnya sebelum beli.

Sunday, 12 July 2015

Tart Nenas Terpaling Sedap

Penangan review dari Kak Su, tergoda aku dibuatnya dengan tart nenas jenama di atas. Sanggup je memandu sampai ke Balakong nun semata-mata nak ambik tempahan. Jauh memanglah jauh tapi sebab kira dah biasa dengan kawasan sana, maka takde benda pun. Pertama kali tempah adalah untuk acah-acah rasa. Dah la cakap lambat, mintak pulak kuantiti yang bukan kuantiti sebenar, nasib baik tauke baik hati maka permintaan ditunaikan. 

Pertama kali rasa, memang terbaiklah! Kali terakhir makan tart yang rasa lebih kurang macam ni adalah 3 tahun lepas kot. Lepas tu tak jumpa dah. Bila kongsi dekat FB, ramai pulak yang nak jugak. Sebab aku baik hati, ambik la tempahan. Alang-alang nak ambik aku punya, masukkan je la sekali kan? Siap bagi rasa lagi tau walaupun sayang sebab nanti habis. Hahahaha....

Gigih tau paket kecik-kecik

Maka semalam sempena nak berbuka puasa dengan Geng Tingkap, sekali jalan ambik tart. Mula-mula kata nak jumpa kat Econsave tapi bila masuk kawasan Econsave, perghhhh, sesak gila dengan kereta keluar masuk, dengan orang ramai, terus tukar tempat ke plaza perabot sebelah Econsave. Aman sikitlah nak menunggu pun. 

Sebab dah bayar siap-siap, semalam ambik jelah dan ambik gambar testimoni kekdahnya. Bonet kereta Aten penuh jadi semua tart nenas tu kena duduk dekat kerusi belakang. Disebabkan ada banyak maka bawak kereta pun kena berhemah lain macam. Ada sekali satu plastik terbalik; selamatlah satu balang tu hancur sikit isinya. Lepas dari tu, terus aku pakaikan tali keledar dekat balang-balang tu. Hahahaha.... Itu pun bila nak brek mengejut je atau nak kona baring cepat-cepat aku bising atau Aten bising; "Wowowowo, tart wei, tart." Sampa camtu sekali nak jaga tart. Hehehehe...
Dah selamat sampai dan tunggu masa untuk diagihkan saja

Saturday, 21 February 2015

Pernah Ada Hati

Bila masuk kumpulan membeli belah mak-mak, mulalah terhasut nak membeli sama. Maka bila tempahan Corelle, Pyrex, Corningware dan pelbagai lagi barang dapur dari Australia dibuka, terus gatal tangan tempah bakeware yang berwarna. Tempah pun sebab dia ada mangkuk saiz ramekin tu sekali dan harga pun RM 70 je jadi takdelah terasa sangat keluar duit banyak. Kira murah la bagi aku sebab mangkuk Borcam yang paling kecil pun harganya dah RM 30++; Target ni pulak RM 70 dapat satu mangkuk empat segi tepat besar + 4 ramekin. Murah...murah... Nah tengok gambar dulu...

Ambik gambar atas katil pun boleh...

ETA kontena adalah Disember haritu tapi sebab ada masalah, maka kontena sampai dekat akak Jolly Malaysia awal bulan ni. Maka bermulalah urusan untuk pengambilan dan membayar baki. Kalau baca blog mak-mak, korang kenal kot Makcik Rehan; Kak Rehan ni la taukenya. Waktu dia tunjuk barang aku, terus pening kepala sebab aku yakin  waktu tempah dulu hanya satu set tapi bila barang sampai jadi dua set pulak. Eh? Ikutkan rasa tamak, nak dua-dua. Bajet ada ka, bajet takde ka, aku akan adakan jugak. Muahahaha...

Bab-bab macam ni selalu aku tak pandai buat keputusan. Terpaksa roger crime partner untuk minta pandangan. Ada dua orang yang biasanya aku minta pendapat. Disebabkan yang sorang tu tak balas wasap, roger lagi sorang. Pung pang pung pang, dia kata ambik satu je la sebab benda sama kan? Dalam hati nak jawab; 'tak sama, saya pesan biru tapi dia bagi biru dan merah.' Kahkahkah... Dasar tamak! Tapi aku ikut cakap Kak Chik, ambik satu je la. Tak baik membazir.

Bila dah buat keputusan dan bagi tahu Kak Rehan, Kak Chik tanya aku; "Memang betul kan awak order satu je?" Aku jawab; " Betul, order satu je yang set warna biru. Tapi kan, waktu nak order tu memang dalam hati nak dua set. Dalam hati je la." Bagus tak jawapan? Hahaha... Kak Chik gelak dan cakap; "Patut la akak tu orderkan awak punya dua, sebab ada hati rupanya. Kahkahkah..."
Hebat tak hebat suara hati aku sampai boleh didengar walau tidak diluahkan. Kihkihkih... Sekarang dah cukup koleksi bakeware dengan saiz yang sempurna; dari kecil sampailah besar. Sudah sudahlah gatal tangan membeli ye. Siapa nak beli jugak, boleh cari Jolly Cotton dekat FB nun dan mintak nak masuk kumpulan. Macam-macam ada!

Tuesday, 30 December 2014

It needs to be scolded!

I broke the promise that I made to myself; promise to not shop online until next year. Well, that 'next year' will arrive in two days anyway yet I couldn't stop my mind to think about ads shown on my FB news feed or new entries on the blogs I've been following. They are all just desires, not needs. So it is something that really needs to be scolded! Oh yes, I just made two payments for this thing called online shopping. Heeee... Promise, these are the last for 2014.

Look what I found in my personal drawer at the office! They are from online shopping I made throughout the year...hehehehe

Sunday, 21 December 2014

Susu Segar Nostalgia

Siapa pernah minum susu segar macam ni? Dulu-dulu kalau nak beli susu ni kena pergi Pasar Tani baru jumpa. Sekarang ni dekat Pasar Tani pun dah tak ada. Yang ini aku beli dari seorang staf dekat pejabat dimana pak mertua beliau merupakan pengedarnya di Johor nun. Oh, terubat rindu nak minum susu segar ni. Masih rasa yang sama tapi harga dah lain la kot. Ini sebotol 2 hengget dan ada perisa strawberi, coklat dan jagung. Semua pun sodap!


Tuesday, 9 December 2014

Photobook Murah dan Cun

Sendiri design, sendiri puji photobook cun. Hahaha... Kisahnya, bila tengok-tengok email promosi dari Groupon, nampak la promosi photobook dari Photobook Malaysia. Disebabkan murah dan boleh design ikut suka hati, maka aku pun dengan tamaknya nak beli. Waktu nak beli ni pulak la kad debit buat hal, tak boleh nak teruskan pembayaran. Nak telefon centre malam-malam buta, memang dia jawab; "Pegawai khidmat pelanggan kami sedang sibuk, sila tinggalkan nombor telefon anda untuk kami hubungi semula." Dah banyak kali dah kena. Kalau nak bercakap dengan manusia, memang kena telefon dari mula waktu pejabat sampailah sebelum tengahari.

Selepas bersusah payah, aku berjaya jugak beli. Dalam promosi tu ada beberapa pilihan saiz dan kulit luar. Aku pilih photobook bersaiz 11x11 dengan bentuk segi empat sama dan debossed hardcover. Sebab nak abadikan kenangan di Korea, kenalah beli yang besar dan ada banyak muka surat. Itupun tak cukup. Terpaksa tambah muka surat dengan tambahan kos. Leceh sebenarnya nak buat photobook ni sebab semuanya kita yang nak kena fikir. Tapi bila dah siap, puas hati.

Mula-mula kena muat turun perisian dia dari laman web Photobook Malaysia. Kemudian, bolehlah mula susun gambar dan letaklah corak apa nak letak, perkataan apa nak tulis. Boleh pilih samada nak guna template sedia ada atau nak design sendiri. Kalau tak cukup mukasurat, boleh je tambah sendiri tapi kena bayar harga lain la ye. Macam mana nak kira harga? Jangan risau, dekat laman web dia dah ada kalkulator. Masukkan je nak tambah berapa muka surat dan dia akan kirakan. Bila dah siap design dan puas hati dengan hasil kerja, bolehlah hantar pesanan. Dah confirm order, tunggu parcel sampai depan pintu pejabat. Alhamdulillah, urusannya teratur, cepat dan berkualiti tinggi. Nah tengok rupa photobook yang dah selamat jadi harta mak incik.

Rupa parcel

Selepas parcel ditoreh...

Apabila tali pengikat digunting, taraaaa...!

Mestilah kena warna hijau...hehehe