Engagement Fund ;)

Friday, 9 September 2022

Apa Khabar Selepas 6 Bulan?

Pejam celik pejam celik, dah enam bulan dah berada di unit. Sepenuhnya meninggalkan dunia mengajar, untuk seketika. Sejujurnya, peralihan ini tidak mudah kerana bukan saya yang sukarela menawarkan diri untuk ke sini dan saya kira, persepsi dan pendapat kawan-kawan di jabatan pada awalnya tidak begitu memotivasikan. They kept saying how this change would have great impact on my career; not supportive and motivating at all. Dear me, if someone you know experiences what you had gone through, please be kind to that person. Encourage him/her and do not say what others said to you because you are the chosen one. You are taking the road others avoid due to its challenges.

Mula-mula pindah tu, dah la pejabat tak ada air-cond. Kawan sepejabat pun semua baru nak kenal. Memang asyik bertutup jelah pintu bilik ni ha nak kata dia punya anti-sosial tu. Hahaha.. Saya ni bukan jenis peramah, lambat sikitlah nak ringan mulut menyapa. Itu dari segi persekitaran. Dari segi kerja, kosong! Tak tahu langsung nak kena buat apa dekat sini dan mantan pegawai untuk jawatan ni pula, dah berpindah keluar dari institut. Berbekalkan ayat pujukan dari bos nombor dua besar untuk terima juga jawatan ni iaitu apa bos kecil suruh buat, itulah yang dibuat, saya membuka hati untuk berlapang dada. Sesambil baca fail-fail yang ada dalam bilik ni la untuk dapatkan sedikit sebanyak maklumat skop kerja selain kawan-kawan seunit ada bagi kata-kata semangat dan banyak beri tunjuk ajar. Tak boleh tidak, perlahan-lahan redho dengan ketentuan ini. Begitu. 

Terlalu banyak benda baru yang perlu dipelajari dan dikejar. Merasalah balik malam beberapa kali. Cuma bila di unit, kenalan tu lebih meluas sebab urusan kerjanya merentas jabatan. Tapi tiap kali kawan sejabatan tanya soalan berkaitan tugas yang saya tinggalkan, seronok lain macam dan tindakan pun sepantas kilat. Tiap kali jumpa pun mesti tanya pasal PdP di jabatan. Geng-geng merapu di jabatan pun selalu jelah mesej tanya khabar dan bagi kata-kata semangat. Kalau ada makan-makan di jabatan pun, masih lagi kerap dapat jemputan sebab yang menjemput bukan sorang dua, ramai! Takkan tak pergi? 😂😂😂 Salah satu cara untuk merapatkan ukhuwwah dengan rakan-rakan di jabatanlah sebab habis tempoh berkhidmat di unit, memang kena kembali ke jabatan. Pujukan dari kawan jabatan yang baru balik berkhidmat di unit pula, "Sabar jelah. Sampai masa naik pangkat, mohon. Itu je cara nak balik jabatan." Baiklah. Buat masa ni saya perlu berlapang dada dengan kerja dan cabaran yang perlu dihadapi sesambil mengumpul bahan untuk permohonan naik pangkat nanti. Entri diakhiri dengan gambar makan-makan di jabatan melalui jemputan khas.

Oden orang naik pangkat belanja 

Lontong sarapan sebelum mesyuarat unit yang mesyuaratnya ditangguhkan tapi makanan dah tempah..hahaha...rezeki