Beberapa hari lepas waktu aku serahkan surat-surat jemputan untuk Program ICE 12' kepada Firdaus, beliau mengatakan bahawa setem tidak mencukupi. Aiseh, tak cukup la pulak. Maka aku memutuskan supaya dulukan jemputan-jemputan yang penting macam sekolah, ILJTM dan IPT. Kemudian beliau berkata; "Kalau tampal setem mahal, dia hantar cepat kot. Tapi nilai standard 60sen." Aku pun macam terkejut dan bertanya kembali; "Eh? Ye ke? Guna setem mahal lagi cepat sampai?" Dia pun balas balik; "Saya agak je. Tapi guna setem 60 sen pun dah boleh sampai. Macam yang iklan tupai kat TV tu." Lagi sekali aku terkejut sebab macam tak pernah tengok je iklan tupai tu. Aku tau nilai setem standard 60 sen pun waktu nak pos kad hari lahir kepada seorang teman dulu. Dia tampal poster besar-besar dalam Pejabat Pos. "Oh, ada ek? Akak tak pernah pulak tengok." Terus si Firdaus tu terangkan macam mana iklan tu. Hahaha... Kesian kat aku, tak tahu pun Pos Malaysia ada buat iklan pasal tupai. Akhir sekali Firdaus cakap; "Ala, akak cari kat Youtube. Mesti ada punya." Sahih! Memang ada pun. Nah, sesiapa yang tak pernah tonton lagi iklan ni, mari menjakun bersama Tuan Tanah. Kehkehkeh...
Sumber Video: Youtube
No comments:
Post a Comment