Lenguh di jari masih lagi terasa di saat jari-jariku rancak menekan kekunci laptop. Alhamdulillah, selesai sudah kertas Teaching of Aural-Oral Skills. Agak bimbang juga pada mulanya kerana aku kurang fokus pada kertas ini dek kerana hambatan perasaan yang maha kuat sehingga mengalih tumpuanku. Malam tadi pun, aku hanya menyelak nota-nota sekadar di pinggiran. Mujurlah apa yang diberitahu bakal keluar, memang keluar. Terima kasih kepada kawan-kawan yang berkongsi 'tips'. Cuma, inilah satu-satunya subjek yang membuat tangan ku kebas dan jemariku sengal kerana terlalu banyak menulis. Masa 3 jam yang diperuntukkan pula seperti perlu ditambah. Apakan daya, semua subjek teaching akan ada soalan mengenai lesson plan dan kami perlu menulisnya dengan lengkap termasuk objektif. Fuh, buntu juga la otak ni memikirkan.
Esok, kertas terakhir iaitu 'Media Resources in ELT' yang mungkin memerlukan aku memerah otak lagi untuk soalan lesson plan. Sabarlah menanti ye...
2 comments:
salam... uish zoh... ko mule lmbt.. tp habis awal.. mane aci... alaaaaaaa.. jeles menular dlm hati
wsalam..hahaha..aci kat kedai la..nasihat ikhlas dari aku,sabar je la ek..nnt kite jalan2 kat pantai kelanang nak?aku tension tahap gaban ni..huhu
Post a Comment