Engagement Fund ;)

Friday, 27 February 2009

Akhirnya...

Diam tak diam, hampir tamat tempoh cuti pertengahan semester kali ini. Alhamdulillah...segala urusan yang tertangguh sekian lama dah selesai. Semalam, sempat aku mengunjungi klinik gigi yang selama ini terletak dalam 'to do list' yang paling atas lantaran masa yang sering saja cemburu padaku. Sebab dah lama tak buat check up, habis RM120 juga la kat klinik gigi yang dari dulu aku kunjungi. Sejak zaman kanak-kanak lagi. Cuti kali ni agak kurang menyeronokkan bagiku kerana ujian atau dalam bahasa inggerisnya 'test' menunggu sebaik saja isnin selepas cuti menjelma. Lagi satu, tiada kenderaan untuk aku menjalankan aktiviti kesukaan a.k.a merayap dan meronda. Semuanya disebabkan abang sulungku yang dah mula bekerja sebulan lalu. Ada hikmahnya tu.

Malam tadi juga, sempat aku menunaikan satu lagi aktiviti wajib ketika berada di rumah. Apa ye? Mak kata, aku ni pelik sebab macam orang lelaki pula, suka minum di kedai mamak atau istilah jawanya 'ngeteh'. Tapi, aku tidak bersendirian kerana ngeteh ni memang hilang seri kalau sendiri. Jadi, abang-abangku la yang jadi mangsa. Hehehe... Hidangan utamanya adalah teh tarik kurang manis dan roti naan bawang putih beserta ayam tandoori. Memang umpph!






Abang Faiz menggigit naan cheesenya

No comments: