Bismillahirrahmanirrahim.Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Alhamdulillah,wireless connection di hostel kembali pulih.Terasa dapat bernafas kembali bila saja Kem Kepimpinan yang dijadualkan pada hujung minggu ini ditunda ke minggu hadapan.Jauh di sudut hati,terselit satu keazaman untuk mengemas segala buku-buku dan nota-nota yang agak bersepah dan bercampur aduk di atas meja yang ku kira sudah tidak kelihatan rupa meja.Kalau mengikut istilah Kak Chik,"clearance".Boleh dikatakn,aku hanya balik ke rumah untuk menukar baju dan tidur saja sepanjang minggu ini.Selebihnya,habis di bilik kuliah atau kadang-kadang di bilik perbincangan mahupun bilik mesyuarat.Jadual kuliah tidaklah padat mana,tapi bila ditambah dengan kelas-kelas ganti,maka bilik kuliah menjadi tempat teratas dalam senarai kunjungan.Sebelah malamnya,aku isi dengan aktiviti persatuan yang memenuhi masa senggang yang berbaki.Ini jalan yang ku pilih,maka harus ku hadapi dengan bijak dan berhemat supaya seimbang diantara pelajaran dan kemahiran bersosial serta tanggungjawab sebagai dai'e.Di awal penghijrahan,aku agak canggung dengan persekitaran yang ku tafsirkan kurang mesra.Namun setelah diuji dengan beberapa insiden yang tidak dijangka,perlahan-lahan 'kedinginan' yang menyelubungi beransur.Situasi yang berlaku menyebabkan aku memikirkan kembali firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 216 yang bermaksud; Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu;Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.
Sering kali juga aku membisikkan ke dalam hati untuk FIKIR,FIKIR dan FIKIR sebelum membuat sesuatu keputusan atau mengeluarkan sebarang kenyataan dan yang paling penting jangan mudah menjatuhkan hukuman ketika diri sedang berada dalam keadaan marah kerana pada tika itu,akal akan menjadi kurang waras dalam menentukan hukuman yang setimpal.Semoga suasana mesra dan saling memahami yang mula bercambah ini terus bertunas menjadi sepohon pokok yang memberi hasil dan manfaat kepada si penanam.

.jpg)
Setelah merancang beberapa hari lalu,akhirnya terrealisasi juga hajatku untuk meraikan ulangtahun kelahiran Kak Chik yang ke-24.Oleh sebab masing-masing sibuk,maka terpaksa dibuat majlis tersebut lewat sehari.Maaf kerana sambutan tadi tidak sempurna dan agak kelam-kabut.Mungkin kerana sekali dengan Ifthar dan waktuku yang agak terhad.Ucapanku padanya,sama seperti tahun sudah;semoga bertemu jodoh dan berkahwin tahun ini juga.Insyaallah...Terima kasih kepada Ain dan Faien yang sama-sama membantu.
No comments:
Post a Comment