Engagement Fund ;)

Thursday, 5 February 2009

Terima Kasih...

Jam di skrin laptop sudah menginjak ke angka 2...Bermakna hari ini adalah hari baru...Tarikhnya juga sudah berganti kepada 5 Februari...Tarikh hari ini adalah penting untuk diingati kerana merupakan tanggal kelahiran yang ke-61 buat ayahanda tersayang...Selamat Hari Lahir...Doaku agar abah dikurniakan dengan umur yang panjang dan kesihatan yang baik...Selalunya,keluargaku tidak menyambut ulangtahun kelahiran dengan sebiji kek seperti yang biasa dilakukan...Cuma kadang-kadang makan bersama di luar saja...Tiada hadiah...Cuma ucapan dan doa sebagai tanda ingatan....Alhamdulillah,abah masih sihat dan cergas walaupun usianya sudah 61 tahun...Namun,aku agak risau dengan keadaan abah yang sering sakit sendi selepas diserang demam selama seminggu 2 bulan lepas...Moga penyakit abah segera sembuh...

5 Februari juga adalah tarikh yang bermakna bagiku kerana pada tarikh ini 8 tahun yang lalu,aku dengan rasminya menjadi warga Hamidiah...Selamat Ulangtahun kepada Batch SPM 05 yang mendaftar pada tanggal ini...Terlalu banyak kenangan yang tercipta sepanjang aku berada di sana...Kenangan yang terlalu mudah singgah di tubir mata...Hingga kini,aku masih ingat bagaimana kalut dan gelabahnya aku pada hari pertama mendaftar...Mujurlah kakak-kakak sedorm baik-baik belaka dan memberi tunjuk ajar...Kalau nak diceritakan,memang takkan habis...Jadi,biarlah memori dan kenangan yang ada abadi dalam ingatan...

Tadi,aku tertanya-tanya apa perkara penting yang mahu dibincangkan oleh Andak,Mantan bosku...Sehingga tamat perjumpaan,aku keluar dari bilik tersebut untuk bertemu dengannya...Bila saja dia mengeluarkan senaskah Al-Quran kecil berwarna biru dan menghulurkan padaku,aku kaget...Ketika Al-Quran tersebut bertukar tangan,dia berkata "Inilah yang akan menjadi peneman setia dan rujukan ketika ada masalah"...Terharu dengan pemberian tersebut...Mungkin kerana aku pernah bekerja dengannya,maka aku tahu sedikit sebanyak tentang dirinya dan perwatakannya...Seorang sahabat pernah berkata bahawa hadiah yang paling bernilai adalah Al-Quran...Hari ini,aku tidak menyangka ada yang sudi menghadiahkannya padaku...Terima kasih yang tak terhingga kuucapkan...Insyaallah,akanku manfaat pemberian tersebut semaksimum mungkin...

No comments: