Engagement Fund ;)

Wednesday, 24 February 2010

Gembira Setelah Duka

Saat mahu melelapkan mata malam tadi, hujan turun dengan selebatnya. Jarum jam hampir ke angka 4. Alhamdulillah, bumi Allah kembali sejuk setelah seharian panas membahang. Perkara yang paling seronok dilakukan ketika persekitaran sejuk adalah TIDUR. Orang lain memang sudah lama lena diulit mimpi. Aku saja yang baru hendak melelapkan mata. Apa pun, syukur Allah masih mengurniakan nikmat tidur untukku yang kadang-kadang 'insomnia' pada waktu malam. Ada satu ketika, aku mengalami gangguan untuk tidur. Terasa mengantuk. Tapi tidak boleh tidur. Macam-macam perkara berlegar di otak. Selepas satu, beralih pula memikirkan perkara lain. Kadang-kadang cuma dapat tidur selama 2 hingga 3 jam saja. Itupun rasa macam tak tidur kerana otak tidak berhenti bekerja. Bila bangun pagi, kepala memang sakit. Susah hati juga kerana keadaan itu mempengaruhi rutin hidupku. Pelbagai cara aku buat untuk menyuruh otak bertenang. Membaca Al-Quran sebelum tidur, berselawat, dan mendengar muzik lembut. Tidak begitu berkurang juga. Akhirnya 'penyakit' itu sembuh sendiri tanpa disedari. Kiffarah untukku yang mungkin alpa mengingatiNya.

Pagi ini, setelah kelam kabut bersiap untuk ke kelas, satu mesej masuk ke dalam peti simpanan mesej 6850. Kelas ditunda ke jam 2.00 petang. Aiseh, tunda la pulak. Terfikir untuk menyambung tidur. Hehe.. Tapi mata tak mengantuk. Jadi aku terus menyelesaikan kerja-kerja yang perlu disiapkan. Bergegas ke canseleri untuk bertanya khabar proposal program yang dihantar sebelum cuti tempoh hari. Berita dari Encik Presiden malam tadi sedikit sebanyak melegakan kerisauan. Memanglah kalau mahu menganjurkan sesuatu program, pasti ada saja halangannya. Bila menapak ke dalam Pejabat HEP 2, Cik Ilani pula tiada. Tapi memang pasti proposal sudah dilulusakan. Cuma tunggu surat kelulusan keluar saja. Alhamdulillah. Mudah-mudahan urusanku selepas ini dipermudahkan. Kemudian aku ke aras 2. Cadangnya mahu menghantar sijil-sijil penyertaan program untuk ditandatangan oleh TNC HEP. Beliau juga tiada. Nampaknya tertunda lagi. Urusan yuran juga tidak dapat dijalankan kerana ada masalah dengan sistem. Sudahnya aku ke Pusat Pelajar untuk membeli makanan tengahari.

Dalam perjalanan pulang, ku terima satu berita melalui SMS. Majlis yang telah dirancang nampaknya perlu ditunda lagi. Dugaan lagi. Disebalik dugaan ini, aku percaya ada hikmah terbesar yang mengiringi. Paling mengecewakan, aku tak akan layak untuk menderma darah hari ini kerana tidurku kurang dari 5 jam malam tadi dan hari ini adalah hari terakhir...! Semalam, pegawai perubatan yang membuat pemeriksaan mengatakan darahku kekurangan zat besi. Pertama kali perkara ini terjadi. Aku bertanya kalau-kalau keadaan itu hanya sementara. Dia menerangkan keadaan ini memang kadang-kadang berlaku kepada wanita. Macam ni pun ada? Azamku, mahu membaiki keadaan itu dengan mengambil makanan yang mengandungi kandungan zat besi yang tinggi (Ain siap tanyakan lagi apa jenis makanan yang tinggi zat besi pada jururawat yang ada di tempat kejadian semalam) dan kembali semula pada hari terakhir mereka di sini untuk mencuba nasib kalau-kalau keadaan darahku kembali normal. Sangkaku 24 haribulan adalah esok. Rupanya hari ni..! Itupun seorang sahabat yang memberitahu. Tak ada rezeki nampaknya. Mungkin lain kali...

2 comments:

hani said...

sazoh byk makan sayur hijau!

farae al-farafisya said...

okeh hani,thanks..nanti aku nak gi carik tempat derma darah mobile...