Engagement Fund ;)

Wednesday, 17 February 2010

Marathon Update

Bila dah balik rumah, kemalasan untuk meletak entri baru berganda. Asyik malas je, bilanya nak rajin? Haha… Ni tengah rajin, letak la entri baru. Cerita lama pun nak letak jugak sekali.

Jumaat 12 Februari
Khamis malam, aku memutuskan untuk melawat tapak program akan datang bersama dengan beberapa AJK terlibat pada sebelah petang dan menyelesaikan urusan di Kuala Selangor dan rancangan ke Rawang. Memandangkan urusan di Kuala Selangor masih tergantung(kerana tiada respon dari bos), aku batalkan lawatan ke tapak program. Hampir jam 12, satu ‘panggilan terlepas’ tertera di skrin telefon. Adoi, Encik Presiden… Sungguh la malas mahu memanggil semula panggilan tersebut kerana aku kurang suka bercakap dalam telefon. “Jumpa di kafe sekarang boleh?” (aku mintak 10 minit lagi). Kelam kabut aku bersiap. Kejap je pun bincangnya. Pasal sumbangan untuk program yang lepas. Terima kasih banyak-banyak sebab sudi nak hantarkan dokumen-dokumen berkenaan ke Kuala Selangor.

Sebab tak jadi ke Kuala Selangor dan lawatan dibatalkan, aku pun dengan tiba-tiba mengajak Kak Chik meneruskan rancangan kami malam tadi (banyak benor rancangannya). Terus halakan kenderaan ke Rawang untuk membeli kek lapis Sarawak. Teringin nak makan sebab hari-hari dok usha kek-kek tu kat sini. Mau tak kempunan? Alhamdulillah, tak sesat macam selalu ye Sedari...hahaha... Sampai kat bengkel tu, lama jugak kami bertanya dan memilih (walaupun tak banyak stok yang ada). Kak Chik beli 4 biji, aku beli 6 biji (semua perasa yang ada aku capai). Habis juga RM 75. Tapi berbaloi. Kira murah tu, dapat lagi 1 percuma setiap seorang. Terima kasih kak, boleh datang lagi lepas ni.
Ni la keknya..bawak ke rumah Cik Iti perisa cappucino dengan cadbury

Dah sampai dalam kereta, aku terfikir ‘sape pulak la nak menelan kek yang banyak-banyak ni?’. Tingggg! Sesuatu muncul di fikiran. “Sedari, jom pergi rumah makcik saya. Dia duduk kat Rawang gak, Bukit Beruntung. Alang-alang dah sampai Rawang ni.” (boleh juga bawa kek lapis ni sebagai buah tangan) Serba salah gak sebenarnya sebab tiba-tiba je ajak merayap. “Takpe ke korang?” Aku tanya pulak 2 penumpang yang ada di tempat duduk belakang (Faien dengan Ain). Selepas bersetuju, aku pun meredah jalan ke Bukit Beruntung (dengan sedikit keraguan sebab selalu ikut Bukit Tagar). Ah, jalan je ikut papan tanda. Alhamdulillah, kali pertama ke rumah Cik Iti tanpa sesat..! Selalu tu kalau pergi dengan mak abah, ada je tersalah belok jalan sebab aku dengan yakinnya jadi GPS tak bertauliah. Hahaha.. Lama juga di rumah Cik Iti; kira-kira 1 jam lebih juga. Banyak juga boraknya. Kami tiba semula di UNISEL kira-kira jam 6 petang melalui lebuhraya Bukit Tagar. Dalam perjalanan pulang, Cuma driver dengan co-driver je yang masih terjaga. Penumpang? Selamat beradu. Mana taknya, perut kenyang + kena aircond.

Sabtu 13 Februari
Esok paginya, terasa sangat malas untuk bangun. Hostel pun dah sunyi. Tenang je. Tidur pun terlajak-lajak sampai ada ketukan, baru terkejut. Cepat-cepat bersiap untuk ke gotong-royong bilik gerakan persatuan. Punyalah ramai yang tak datang walaupun dah diberitahu seawal mesyuarat pertama lagi. Memang sah kena denda korang ni. Encik Bendahari senyum lebar la lepas ni ye. Terima kasih kepada yang datang; Najib, Azli, Shardiansha, Ifdal, Ila, Ain, dan Faien. Sekurang-kurangnya, bilik itu menjadi lebih kemas walaupun terselit unsur tadika di situ. Word of the day; PASU. Sape yang tau cerita, gelak la sendiri. Sogan eden ni hah. Haish....

Seboleh mungkin, nak beransur cepat sebab nak ke walimah abang teman serumah, Shiro. Sendiri pun sendiri la. Takkan la asyik nak berteman kan? Orang dah jemput kena datang. Nanti bila kita jemput orang, diorang tak nak datang pulak. Malangnya, tak sempat juga nak kejar masa sebab bertolak dari UNISEL pun dah hampir jam 4 dengan keadaan jalan yang agak banyak kereta (kalau pecut memang sempat sampai). Kemudian, rasa mengantuk yang amat menyerang tiba-tiba(sampai terpejam-pejam mata ni waktu tengah memandu). Tak pernah pun ngantuk sampai macam tu sebelum ni sampai terpaksa berhenti kejap kat masjid, take a nap. Lepas 10 minit take a nap, kurang sikit ngantuk. Terus la memandu. Singgah di Giant Klang untuk ambil barang yang ditempah. Barang? Ni la dia.... untuk orang-orang di rumah.

Nak buat, entah bila kan. Order je sonang. Kali ni order dari Kak Ain.

Isnin 15 Februari
Bangun pagi hari ini. Sesuatu yang mustahil untuk spesis burung hantu macam aku ni. Hehe.. Sebab, nak hantar rombongan peminangan Abang Mohsin, anak ke-4 Wak Yah. Kami bergerak dengan 6 kereta semuanya. Meriah tak meriah, meriah gak la. Kumpul-kumpul keluarga. Bukan selalu dapat jumpa. Kali ni, bakal menantu Wak Yah orang KL. Kira dekat je dengan Klang. Dalam perjalanan pergi, aku naik dengan Abang Mad dan Kak Yah. Farah pun sorang je sebab Fairuz dah kembali ke Langkawi. Sepanjang jalan, macam-macam pantun direka sebab Abang Mad jadi jurucakap. Kami gelak-gelak je. Kalau aku la, mau dok termenung dulu nak buat pantun tu. Tengah dok reka pantun, ada pulak soalan cepucemas. Aiseh, hari ni je 2 orang tanya soalan tu. “Sabar.. Tenang.. Bagi peluang yang dah mampu dulu.” Jawapan tak boleh blah. Muehehehe... Aku ni nanti kalau la dapat kerja dengan kerajaan, kot-kot kena hantar ke pedalaman, kena la pergi. Bukankah ada ura-ura di akhbar bahawa semua guru baru perlu mengajar di pedalaman selama 3 tahun sebelum ke tempat mengajar idaman? Pengalaman tu weh. Hahaha...cakap senang la kan, nanti bila dapat tak nak pergi pulak ye? Tunggu dan lihat je la.

Alhamdulillah, beberapa minit selepas jam 12 tengah hari, rundingan dan semua yang perlu dilakukan waktu majlis pertunangan selesai (penetapan tarikh, hantaran, sarung cincin, etc..).

Waktu sarung cincin

Hantaran dari pihak lelaki

Sirih Junjung


Waktu balik, Rini cerita sikit macam mana mereka berjumpa. Membenarkan apa yang Abang Mad cerita waktu dalam kereta tadi. Pertama kali rasanya aku dengar cerita macam ni terjadi pada keluarga aku. Abang Mohsin dengan Kak Nisa’ ni tak pernah pun bercakap dalam telefon. Cuma berutus email dan SMS saja. Lagi, mereka bertemu melalui usrah; disatukan melalui orang tengah. Kagum kejap sebab pertama kali benda ni berlaku dalam keluarga sendiri. Hehehe... Semoga jodoh berkekalan hingga ke akhir hayat.

Baliknya, Abang ajak lalu jalan lain sebab jalan pergi tadi banyak tol. Sampai la kat Putrajaya. Akhirnya, sampai ke Alamanda dimana aku berjaya ‘mengopak’ Abang dengan dahsyat. Muehehehe... Sape suruh gi Alamanda? Kan dah kena kopak? Jadi, terima kasih daun keladi ye, lain kali boleh kopak lagi. *wink*wink*

Nota: Bila melihatkan persiapan untuk pertunangan saja hampir menyamai persiapan untuk majlis walimah, rasa macam tak nak bertunang pulak nanti. Berlegar-legar juga idea Ela di fikiran yang diutarakan waktu kami di Habib Jewel beberapa minggu sudah iaitu bertunang di kedai emas. Senang kan? Tak perlu terlalu ramai yang hadir. Pilih cincin, bayar, dan selesai. Tak perlu hantaran dan sebagainya. Boleh ke? Lepas tu Ela bagi tau balik; selalunya orang kaya je tunang kat kedai ni sebab dia kena tempah satu kedai untuk acara memilih cincin berlangsung. Hmmm..betul jugak. Macam dalam drama-drama Korea tu la kan.

No comments: