Entri pertama untuk bulan ini aku mulakan dengan ucapan selamat. 5 Februari adalah tarikh istimewa yang akan aku ingati setiap tahun. Hari ini merupakan hari Abah dilahirkan. Walaupun sebelum ini aku ada bercerita tentang Abah, tapi kali ni nak cerita juga lagi. Bila melihat ayah-ayah yang bekerja disekelilingku(pensyarah-pensyarah di UNISEL), aku selalu terfikir sesuatu. Ada yang tinggal jauh dari tempat bekerja. Tentulah keluar rumah seawal pagi untuk sampai ke sini. Kemudian, pulang ke rumah pula tak menentu. Kalau tiada apa-apa, lepas saja tamat waktu bekerja sudah boleh berangkat. Tapi kalau ada program universiti atau mesyuarat, mungkin hanya akan bertolak pulang semasa bulan sudah bersinar terang. Bila masanya berjumpa dengan anak-anak? Tapi sekurang-kurangnya masih berkesempatan berjumpa anak-anak setiap hari walaupun hanya seketika.
Berbeza dengan situasi Abah. Abah kekal menetap di Klang selepas Arwah Mak berpindah semula ke Banting untuk menemankan Arwah Nenek kerana belum dapat bertukar. Bertahun-tahun keadaan begitu berterusan. Berjumpa dengan Abah hanya pada hujung minggu atau cuti sekolah. Mujur Abah seorang guru. Jadi cutinya sama dengan cuti kami adik-beradik. Bila tiba Hari Terbuka untuk mengambil Kad Laporan Peperiksaan, aku paling suka bila Abah yang datang sebab jarang-jarang dapat jumpa Abah. Tapi cuma beberapa kali saja Abah dapat datang sebab Hari Terbuka diadakan pada waktu sekolah. Selalunya Mak aje yang datang jumpa cikgu sebab mak pun mengajar di sekolah yang sama. Akhirnya pada tahun 1999 Abah dapat tawaran bertukar ke PPD Kuala Langat. Barulah dapat jumpa Abah hari-hari.
Hari ini, Abah genap berusia 62 tahun. Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran buat Abah tersayang... Semoga Abah dikurniakan kesihatan yang sejahtera, dirahmati Allah, dan dimurahkan rezeki. Amiiinnn...
Pada tarikh ini juga, 9 tahun lalu aku mendaftar di sekolah yang tak disangka-sangka akan menjadi tempat untuk aku menimba ilmu di peringkat menengah. Memang tak terfikir pun nak sekolah kat situ walaupun selalu datang sebab Abang juga bersekolah di situ. Tanggal 5 Februari 2001, aku menjadi salah seorang warga SMKA Maahad Hamidiah bersama dengan sahabat-sahabat sebatch.
Selamat Ulangtahun Perkenalan dan Pertemuan buat semua sahabat batch SPM 05'. Semoga ukhuwwah yang terjalin kekal hingga ke akhir hayat..
4 comments:
huwaa............rindu zmn hingusan d mhd dluuuuuuu.............!!!huhuk~
rilek weh...aku pun rindu gak ni...rasa mcm nak panggil balik platun kite n berkawat mcm dolu2....warggghh
setiap tahu kte wish sesame kte saje.
one day nanti kte buat gathering nk mase 5hb?
ntah ble la kn ade masa nk kumpul semua.
aaa rindu kalian!
cik hani,nnt kalau awk dah balik malaysia kita buat ye...
skrg ni kalau buat pun sure ko tak muncul nye...hehehe..
dah boleh start buat proposal dah hani...
Post a Comment