Engagement Fund ;)

Monday, 10 October 2011

Hahahampeh!

Minggu ini dijangkakan adalah minggu yang agak sibuk. Ehem... sibuklah sangat kan? Hahaha... Sebelum bercuti panjang, kenalah siapkan kerja mana-mana yang patut. Kena semak balik jadual pembelajaran dan tajuk-tajuk yang perlu dihabiskan untuk bulan ini. Jadual yang dibuat seawal semester dulu dah lari dek kerana aktiviti institut dan sebagainya. Itu tak kira lagi kelas yang terpaksa ditiadakan sebab budak-budaknya lesap! Lesap tanpa berita, hangin aku dibuatnya. Minggu lepas habis semua kelas aku marah. Habih, bagi tugasan tak buat, latihan tak hantar, dan ada juga yang hantar tapi rongak-rongak. Tak campur lagi yang masuk kelas lambat. Mau aku tak jadi Incredible Hulk? Terus tak berani mereka buat loyar buruk sepanjang kelas. Ingat saya masuk buat muka tak garang, korang boleh main-main? Ulang modul nak?? Haih...

Akhir-akhir ni pulak, budak-budak yang kena ulang modul baru nak muncul tuntut tugasan bagai. Patutnya ulang modul kena masuk kelas, tapi banyak pulak cekadak diorang tak nak masuk kelas. Jadual bertindih la, tak ada dalam institut la. Dah aku yang nak kena fikir macam mana nak peruntukkan masa untuk diorang ni. Dah tetapkan masa untuk jumpa, diorang pulak tak datang. Eh, yang nak belajar ni aku ke diorang? Aku ke, atau diorang yang kena masuk dewan jawab periksa? Keliru aku dibuatnya. Gagalkan nanti, bos aku yang kena jawab dengan bos besar pulak. Jadi sekarang ni, aku ikut je nasihat En. Saiful yang dah pening jugak dengan budak-budak ni untuk buat apa yang kita perlu buat. Selebihnya, biarlah mereka dan keluarga mereka yang fikir. Nota untuk pelajar ulang modul semester 2 dah siap. Cuma nak lengkapkan nota untuk semester 1 punya. Tugasan pun tak bertanda lagi ni. Markah tak masuk dalam SPC lagi.

InsyaAllah Jumaat ni akan mula bercuti untuk majlis konvokesyen yang akan berlangsung pada Sabtu pagi. Sabtu sudah, dah selamat ambil jubah. Ye ye je cakap dengan Abah nak pergi pagi buta sebab takut ramai orang. Akhirnya pukul 10 jugak baru gerak dari rumah. Hahahahampeh! Berat je kepala nak bangun. Itu pun mata bengkak. Tak tau kenapa. Nak kata tidur lambat, tak pulak. Bawak kereta pun kelam kabut je sebab nak kejar masa sampai sebelum pukul 12. Sampai sana pun dah dekat sangat nak pukul 12. Nasib baik dia tak tutup lagi untuk waktu rehat. Mengikut kata Kak Chik, orang ramai gila waktu nak ambik jubah ni. Aku pun blurr kejap depan pintu Dewan Senat tu. Eh, kenapa lengang sangat ni? Tutup ke? Dah terpinga-pinga kejap sorang-sorang depan pintu, aku pun masuk dalam Dewan Senat. Fuh! Nasib baik mereka tak tutup lagi. Prosesnya adalah mudah. Mula-mula semak nama dan tandatangan. Lepas tu serah 3 jenis borang iaitu slip pengesahan tak ada hutang, borang tracer study dan borang ambil jubah. Lepas tu ke kaunter seterusnya untuk ambil jubah dan kad jemputan. La, itu je ke? Ingatkan susah la sangat. Hehehe...

Keluar dari Dewan Senat, ada kaunter gambar konvo. Singgah la kejap tengok apa yang ada. Terkorban jugak RM50 di situ. Tak apalah, dah rezeki mereka kan. Jadi sekarang, cuma tunggu hari kejadian je. Semoga dipermudahkan semuanya.

No comments: