Engagement Fund ;)

Thursday, 6 October 2011

Secret Garden


Baru sudah menonton drama Korea bertajuk Secret Garden ni. Sebelum ni ada orang nak bagi, tapi tak sempat ambik. Cuma baru-baru ni, orang dari 'kepulauan' yang sama kat pejabat ni baru je 'sedut' cerita-cerita baru daripada kawan beliau. Hape lagi, proses 'salin dan tampal' pun berlaku. Hehehe...

Cerita ni adalah tentang Kim Joo Won yang merupakan seorang manusia yang bapak kaya. Dia uruskan pusat membeli-belah keluarga dia tapi datang kerja hanya 2 hari seminggu. Orang yang jadi Kim Joo Won ni adalah Hyun Bin, hero cerita My Lovely Sam Soon. Dalam Secret Garden ni dia dah kurus pulaknya. Macam biasa, walaupun hensem biasa-biasa, aku tetap jugak kata dia hensem. Hahaha... Dia ni kaya, tapi mulut tak ada insurans. Cakap dia semua lepas dan buat orang yang mendengar rasa nak tampo je. Nak dijadikan cerita, satu hari dia terjumpa heroin, Gil Ra Im yang merupakan seorang miskin dan bekerja sebagai pelakon aksi. Orang yang jadi heroin ni adalah Ha Ji Won, heroin dalam filem Love So Divine.

Hero ni dari mula lagi dah jatuh cinta kat heroin, cuma dia macam tak boleh terima hakikat yang heroin ni miskin sangat. Heroin ni pulak mula-mula macam menyampah kat hero sebab sikap hero yang sedikit berlagak dan mulut tak ada insurans tu. Heroin ni juga adalah peminat setia penyanyi Hallyu, Oska. Oska ni kebetulan adalah sepupu si hero. Jadi, cerita mereka pusing-pusing tang tu jugaklah. Satu hari waktu diorang ke Pulau Jeju, diorang terminum air jampi dan menyebabkan roh mereka berdua bertukar bila waktu hujan. Roh Kim Joo Won masuk dalam badan Gil Ra Im dan begitulah sebaliknya. Waktu bertukar ni banyak gak perkara melucukan berlaku.

 Ini heronya. Dah kurus nampak cengkung pulak mukanya.

Ini heroin. Dari dulu sampai sekarang muka tetap sama. Tak mengalami proses penuaankah?

 Ini Oska, sepupu hero. Perwatakannya jauh beza daripada hero. Dia nilah pelawak dalam drama ni.

Ini adalah cinta hati Oska. Eceh.. Mula-mula macam jahat, tapi lama-lama dia kawtim dengan Oska nak satukan hero dan heroin. 

Dari episod 1 sampai 16, tiada sangat perkara menyedihkan berlaku. Masuk episod 17, barulah air mata bergenang baik punya! Menangis sama banyak dengan pelakon. Kahkahkah... Sedih kot! Ada insiden tragis berlaku dan hero ni, kerana terlalu cinta dengan heroin, sanggup bertukar roh dengan heroin. Nasib baiklah akhirnya mereka berdua ni terselamat dan kahwin. Kalau tak, cerita ni jatuh dalam kategori tak best. Habih, dah bercinta bagai nak rak tapi akhirnya tak kahwin, apa kes? Aku bagi 5 bintang untuk cerita ni. Para pelakon menunjukkan keserasian yang sangat baik. Mungkin kerana semuanya pelakon lama kot. Berlakon pun tak nampak kaku. Lokasi penggambaran pun cantik. Lagu-lagu dia pun sedap. Memang best ah cerita ni. Romantik, kelakar, sedih, mengarut, semua ada.

Cerita ni tak berapa menyakitkan hati sebab tak ada orang yang dengki nak dapatkan cinta hero atau heroin. Satu-satunya tentangan yang muncul adalah daripada mak hero. Selain tu, semua orang adalah baik hati dan tidak berhasad dengki secara keterlaluan macam drama lain. Eh, macam berbelit aje sinopsis aku ni. Kalau keliru, bolehlah tengok sendiri ye.

No comments: