Engagement Fund ;)

Thursday, 27 October 2011

Jangan Muntah Dulu

Okey, hujung-hujung bulan macam ni memang aku agak-agak meroyan sikit. Maklum le, menghitung hari untuk bulan ni habis supaya gaji pun masuk. Nak-nak, bulan ni duit mengalir macam air. Air pun tak mengalir macam duit. Kebelakangan ni agak-agak stress jugak la. Harap-harap tak adalah sampai migrain datang. Kalau datang pun, aku boleh kerek sebab ada stok ubat. Lalalala... Tak perlu kot nak merapu apa yang buat aku tertekan tu kat sini sebab macam dah banyak je aku mengeluh dalam ni. Biasalah, bila berurusan dengan manusia ni, macam-macam ragamnya. Ini baru mengajar dua semester. Kalau ajar banyak semester, aku rasa dok membebel pasal budak-budak tu je kot dalam ni. Aku stress pun tak guna kan, buat tambah kedut kat muka je. Asalkan aku dah buat apa yang dipertanggungjawabkan, sudahlah. Fikir banyak-banyak pun, buat serabut otak.

Tunggulah nanti aku hadap SEMUA pelajar semester 1 dan 2, baru boleh muntah hijau. Sekarang ni, sila jangan muntah dulu. Perkara yang perlu difikirkan sebelum berinteraksi dengan orang yang lebih tinggi pangkatnya;
1. Sebelum taip SMS, eloklah muhasabah diri dulu siapa yang akan dapat SMS tu. Kalau orang itu adalah cikgu@pensyarah@bos kita, silalah gunakan ayat dan kosa kata yang bersesuaian dan mulailah SMS tersebut dengan ucapan salam.
2. Sebelum mendail nombor telefon orang yang dikatakan cikgu@pensyarah@bos kita, eloklah tengok jam. Agak-agak la kan,  patut ke kau telefon orang yang disebutkan tu tengah-tengah malam buta? atau pagi-pagi buta selepas subuh? Kau ingat mereka nak layan?

Sekarang aku faham kenapa para pensyarah kami dulu menekankan bahawa masa untuk SMS atau membuat panggilan hanyalah pada waktu pejabat saja. Kalau tak ada kesedaran sivik pun, fahamlah dengan apa yang telah dipesan oleh orang yang disebutkan tadi. Sebagai seorang yang agak-agak alergik dengan deringan telefon, wajiblah aku tidak menghiraukan sebarang panggilan atau SMS berkaitan kerja diluar waktu pejabat kerana sebelum aku bermurah hati mendedahkan nombor telefon yang mahal itu telah dipesan bahawasanya hanya panggilan atau SMS pada waktu pejabat sahaja akan dilayan. Sekian, terima kasih.

Eh, baru-baru ni aku terjumpa satu blog ni jual Kitchen Aid Artisan Stand Mixer dengan harga yang murah. Agak-agak tergoda juga bila tenogk harga dia yang cuma RM1400 sahaja. Sahaja? Ye, sahaja. Sebab kalau kat kedai dia jual dengan harga RM2399 sebijik. Kau kiralah sendiri berapa banyak beza dia. Yang paling menggoda adalah kerana dia ada warna hijau.

Oh, cantiknya! Kalau beli benda alah ni, wajiblah jadi rajin buat kek hari-hari. Hehehe... Sesiapa yang nak pesan, boleh terjah sini. 

No comments: