Engagement Fund ;)

Monday, 17 October 2011

Saat-saat Terakhir

Semalam, aku gerak semula ke Unisel untuk sesi pemulangan jubah, menuntut sijil dan gambar. Sebelum buat semua tu, WAJIB bagi kami untuk mengadakan sesi penggambaran bersama jubah merah menyala tu. Walaupun sebelum jubah tu dikutuk, tapi bila tiba waktu diri sendiri kena sarung, rasa cantik pulak. Kahkahkah... Betul, tak tipu ni. Jubah merah itu sangat cantik bila dipadankan dengan hood berwarna jingga untuk kami yang bernaung di bawah Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial. Waktu kami jugalah paling lama sebab paling ramai orangnya. Mula-mula aku fikir; 'Oh, ramai juga kroni yang sama-sama konvo tahun ni. Bolehlah 'culik' diorang untuk sesi penggambaran.' Malangnya, rancangan tu tak dapat dilaksanakan kerana masing-masing sibuk melayan keluarga masing-masing. Orang yang konvo Sidang 1 ni bolehlah kan nak tunggang terbalik bergambar hari Ahad lepas dah selesai bergambar dengan keluarga bagai. Ehehehe...

Sampai-sampai, terus ke tapak pesta untuk berjumpa Kak Chik. Beliau tengah bertemu dengan adik-adik dari GPTD dan PPMU. Abang Su pun ada sekali. Sempat la borak-borak kejap sebelum rancangan diteruskan. Rancangnya nak guna kamera bukan-DSLR aku tu. Tapi kebetulan salah seorang adik yang berkumpul tu ada bawak kamera DSLR dan memang berbakat dalam bidang fotografi. Teruslah minta bantuan pakar untuk mengabadikan kenangan jubah merah untuk kami ni. Nasib baik beliau setuju tanpa banyak bicara. Terima kasih kepada jurugambar kami semalam; Saudara Fakhrul dan jurugaya; Saudari Hani. Kerjasama, tenaga yang dicurahkan dan masa yang diperuntukkan untuk kami sangat-sangat kami hargai. Terima kasih. Cantik gambar-gambarnya. Jurukamera pun sampai terbaring-baring nak dapatkan sudut yang cantik. Siap berhujan lagi. Terima kasih. Tak berapa nak meriah sebab cuma berdua. Dah hujung-hujung tu barulah dapat jumpa dengan Najib dan pada saat kecemasan, Hatimi lalu. Terus ajak sekali bergambar sama-sama.



Sepanjang aku di Unisel selama 3 hari ni, asyiklah dapat soalan yang sama. Soalan yang tak ada jawapan pasti. Soalan yang sebenarnya sering aku ajukan kepada orang lain juga. Hehehe... Soalan terkenal itu adalah tak lain dan tak bukan; "Bila nak bagi kad wangi?" dan "Bila nak kahwin?" Cakap tak ada calon lagi, korang tak percaya. Bila cakap tahun depan, korang tanya pulak dengan siapa. Tu yang malas nak jawab tu. Soalan paling sengal yang diajukan adalah; "Suami orang mana?" Kahkahkahkah... Kelas soalan kau Umar! Macam terkedu kejap bila dapat soalan tu. Tanya soalan sengal dengan muka selamba. Memang nak bagi aku gelak la tu kan? Hahahaha...

Lepas dah selesai sesi soal jawab, ke hostel nak ambil barang Kak Chik. Terperanjat bila Makcik Guard tu masih kenal muka aku ni. Dah, jadi sesi jejak kasihan kejap dekat Pondok Guard hostel siswi tu. Terharu tau ada orang kenal lagi. Sebelum tu pun ada beberapa junior yang tegur dan ada yang nak bergambar sama sekali. Masaalahnya, ada yang menegur tu, aku tak ingat nama. Macam mana tu? Mereka ingat nama aku, tapi aku tak ingat nama mereka. Serba salah juga. Untuk sedapkan hati, aku cakap; "Yang penting ingat muka." Hehehe... Dah ambik barang tu, aku gatal-gatal ajak Kak Chik ronda gerai-gerai bunga kat Dewan Utama. Mana tau ada yang nak jual murah-murah kan? Aku kan suuuuuuuuuuuuukaaa sangat dengan bunga ni lagi-lagi ros. Sampai satu gerai tu, kami dok menelek satu-satu bunga yang ada. Si penjual pun apa lagi, mulalah promosi bunga-bunga yang ada. Siap cakap; "Pilih la mana nak, nak bayar berapa. Kita bagi je" Aku pun cakap; "Sejambak 10 ringgit boleh?" Tak agak-agak aku minta rege. Tiba-tiba tauke gerai tu cakap; "20 ringgit untuk semua jenis bunga." Kak Chik pun tambah; "6 jambak RM 100 la." Tauke tu pun jawab laju je; "Boleh! Pilih la mana yang nak. Semua jenis bunga boleh." Aku dengan Kak Chik dah berpandangan. Biar betul? Nilah manusia; harga mahal mintak dikurangkan. Bila dah bagi murah, tak percaya pulak. Hahaha... Menarik sangat tawaran RM 100 tu. Kalau tak, mana nak dapat? Paling murah pun dia bagi RM35 sejambak untuk waktu biasa. Aku dok tanya Kak Chik banyak kali, nak ambik 6 jambak ke? Sekali Kak Chik jawab; "Hish, banyak sangat tu. Nak buat apa? Nak mandi bunga ke?" Hahaha... Aku bukan boleh dengar benda murah ni. Aku memang nak beli sejambak untuk diri sendiri. Nak jenis yang gubah membulat dan terfikir nak bagi sejambak pada seseorang. Masaalahnya orang tu tak dapat dihubungi. Dua-dua nombor tak aktif. Camane? Lama aku fikir. Akhirnya beli yang untuk aku je. Sejambak ros merah jambu. Kak Chik beli untuk 2 teman serumahnya.

Penuh tempat duduk belakang dengan jambangan bunga

Lepas tu terus menuju ke Shah Alam hantar Kak Chik. Abah pesan jangan balik lewat. Tapi kalau keluar dengan Kak Chik, memang tak sah kalau tak balik malam. Solat maghrib dulu. Lepas tu Kak Chik ajak makan kat situ pulak. Okeylah, makan nasi goreng sedap Cik Manisah. Sedap! Macam nasi goreng isteri Pakcik Mazlan kat Maahad dulu. Terima kasih ye penghuni semua penghuni rumah Kak Chik. Miss KB siap bagi hadiah lagi. Dah sampai kereta, aku dok fikir balik. Macam lagi seronok kalau hadiahkan bunga ni pada orang tu. Teruslah aku telefon orang tu kata nak jumpa. Setelah banyak halangan menimpa, akhirnya aku berjaya menyerahkan bunga tu kepada orang tu. Hatimi panggil orang tu sebagai Farahin Innova. Ada sajalah Hatimi WSJ ni. Gembira melihat riak muka si penerima. Walaupun aku suka pada jambangan bunga tu, tapi aku lebih suka menghadiahkannya kepada si kembar nama. Sebagai hadiah hari jadi yang sudah terlepas. Ingat-ingat lupa sebenarnya tarikh hari lahir beliau. Tapi aku rasa 10 Oktober. Betul kan? Semoga anda gembira dengan pemberian tak seberapa tu ye Faien. Nak hadiahkan sesuatu kan lebih bermakna kalau memberikan barang yang sangat kita suka. Terima kasih juga sebab bagi akak hadiah tu. Comel!

No comments: