Engagement Fund ;)

Monday, 17 October 2011

Saat Tersarungnya Jubah Merah Itu

Alhamdulillah, selamat sudah semuanya. Selagi tak sarung jubah merah menyala tu, selagi tu rasa terikat dengan Unisel walaupun dah setahun tinggalkan kuliah. Sabtu lepas, lerailah sudah ikatan tersebut. Selaku seorang manusia yang menjadikan blog sebagai tempat berborak, maka haruslah aku tulis satu persatu kejadian yang berlaku kan. Aku bertolak ke Kuala Selangor seawal pagi Jumaat lagi. Orang-orang jujur, memang mengikut apa yang diarahkan seperti kata Kak Chik. Kami termasuklah dalam golongan orang-orang jujur tu. Hehehe... Jumaat pagi, rehearsal untuk hari kejadian. Jenuhlah mendengar taklimat cara-cara nak pakai jubah, hood dan mortar board yang betul. Macam-macam lagilah penerangan yang diberi. Kira-kira jam 11, taklimat tamat. Bergegaslah ke Kuala Selangor untuk daftar masuk hotel. Nasib baik aku tempah hotel untuk 3 hari walaupun waktu menempah tu aku diletakkan dalam Sidang 3 iaitu hari Ahad kerana pada saat akhir, jadual telah berubah. Kursus kami diubah ke Sidang 1. Ada orang kata, orang-orang hebat je pergi ke Sidang 1 ni sebab Canselor sendiri yang akan bagi skrol. Walaupun tak hebat, perasan hebatlah sebab masuk Sidang 1. Hahaha..

Malam sebelum kejadian, tak berapa nak tidur sangat. Kejap-kejap jaga, kejap-kejap jaga. Tengok jam tak pagi-pagi jugak. Hehehe.. Gerak dari hotel jam 6.45. Gerak awal, boleh dapat tempat letak kereta dekat. Sampai-sampai je terus kalut cari kaunter pendaftaran. Waktu sampai kat kaunter pendaftaran nilah jumpa balik kawan-kawan sekelas yang lain. Lah, ramai rupanya tak konvo lagi ek? Jumpa Nelfi, Nur, Ana, Afif, Acong, Wong, Aaron dan ramai la jugak lagi. Ainal dengan Mastura pun sekali. Semuanya berjalan seperti yang dijadualkan.

Aku adalah cuak sebelum naik pentas tu. Tangan pun dah rasa beku je sampai salah seorang petugas tu tanya; "Takut ke?" Hahaha... Tapi aku puji petugas yang jaga graduan. Mereka tak buat muka ketat malah sentiasa tersenyum dan membantu mana-mana graduan yang tidak sempurna penampilannya. Siap buat lawak lagi. Sebenarnya, aku tak adalah takut kerana memikirkan nak berjalan atas pentas sambil disaksikan beribu orang walaupun orang-orang tu tak kenal aku. Tapi, aku memikirkan tentang sesi bersalam dengan Canselor. Dari semalam lagi Kak Chik cakap untuk bersedia dengan sarung tangan. Tapi dek kerana kami berfikiran baik, maka tidaklah disediakan sarung tangan tersebut. Tapi bila diperhatikan tak kira lelaki atau perempuan, semuanya bersalaman. Haish... Benda tulah yang aku dok fikir sampailah tiba saat bersedia sebelum nama dipanggil. Waktu jalan atas karpet merah tu, aku tak fikir ada orang lain kat bawah pentas tu. Aku jalan je sampailah teringat yang kena senyum waktu nak terima skrol tu. Waktu taklimat dia dah cakap, berhenti pada tanda X. Tapi dek kerana fikiran melayang ke benda lain, aku berhenti sebelum tanda X tu dan teragak-agak hulur tangan. Aku hulur hujung je, tapi bersalam juga macam biasa akhirnya. Inilah yang pertama dan terakhir harapnya. Lepas terima je skrol, terus jalan sambil terfikir lagi; "Kenapa kena salam jugak?" Lupa nak letak skrol kat sebelah kanan macam yang diberitahu waktu taklimat. Dah separuh jalan, baru teringat nak letak. Akibatnya, gambar tak berapa nak cantik. Kes salam ke tak ni, aku bersangka baik je sebab waktu ambik skrol Tahun Asas dulu, memang NC tak hulur tangan langsung. Terus je bagi skrol. Jadi aku ingat yang ini pun macam tulah jugak.

Dalam majlis konvokesyen kali ni, ada satu pembaharuan dibuat. Muzik yang dialunkan waktu graduan terima skrol bukanlah muzik gamelan seperti selalu, tapi muzik jazz dan keroncong. Kelas kau Unisel! Encik Aiman tu pun cakap; "Ha, ini kali pertama kita buat. Asyik muzik gamelan je, bosan la kan." Tak pernah dibuat orang. Muziknya dimainkan secara langsung pulak tu. Memang kelas ah! Sidang 1 berakhir hampir jam 12 tengah hari. Keluar dewan je, penuh sesak depan pintu. Tersekat kejap laluan keluar. Panas terik sungguh hari Sabtu tu. Nak bergambar pun ramai yang menunggu. Sementara nak menanti, kami makan dulu. Aku dah la tak makan apa-apa dari pagi. Takut sakit kepala pulak. Lepas makan baru ke khemah penggambaran studio. Dah sudah bergambar semua, terus balik hotel sebab tak larat berjemur di tengah panas. Kat hotel ada air-cond. Hehehe... Dah sejukkan badan semua, aku patah balik ke Unisel untuk berjumpa kawan-kawan dan bergambar bersama. Tak dapat culik ramai pun sebab masing-masing sibuk melayan keluarga lagi. Apa pun, tahniah kepada kawan-kawan yang berjaya menamatkan pengajian dan naik pentas sama-sama untuk Majlis Konvokesyen Ke-6 ni. Pengakhiran sebuah kisah dan menjadi titik permulaan baru untuk langkah seterusnya. Tahniah kepada anda semua ye. Ucapan tahniah khas untuk teman-teman yang tersenarai di bawah;
1. Wan Ritini Wan Ismail
2. Mohd Najib Mat Hashim
3. Asyrullilawaty Hamid
4. Norshamsedah Nor
5. Zharudin Narudin
6. Shahrizal Jelani
7. Siti Zamzami Ab. Aziz
8. Mohd Azli Saadon
9. Ifdal Faliqh Zainudin
10. Hatimi
dan ramai la lagi. Tunggu aku semak buku aturcara ek. Nanti aku senaraikan semua. Hehehe...