Engagement Fund ;)

Monday, 3 October 2011

Hampir Selesai

Isnin kembali lagi selepas dua hari cuti. Macam banyak benda nak kena selesaikan, tapi tak tahu nak mula dari mana. Yang pasti, urusan konvokesyen sudah kira selesai. Disebabkan Khamis lepas tak ada kelas, jadi minta kebenaran bos untuk ke BJ menguruskan perkara berkaitan konvo. Pagi-pagi buta dah gerak ke sana. Banyak pulak halangannya hari tu. Mula-mula, berlaku kesesakan lalu lintas bermula dari jambatan Pelabuhan Klang. Dekat setengah jam jugak la bertapa atas tu. Rupanya sesak sebab banjir kat depan nun, kat kawasan balai bomba lama. Sampai-sampai, terus aku ke Pejabat Kewangan ambik nombor. Dapat nombor 3030 dan nombor waktu ialah 3014. 15 orang lagi. Sementara menanti sampai giliran, aku ke Unit Peperiksaan, tuntut transkrip yang dah berbulan-bulan tersadai kat sana. Hehehe... Nasib baik dah siap dan tak ada sebarang masalah. Takut juga sangkut sebab waktu mohon transkrip tu, nama tak masuk dalam senat lagi. Main redah aje isi borang. Lepas tu masuk balik dalam Unit Kewangan. Tak lama kemudian, bekalan elektrik terputus. Ah, dan-dan nak dekat sampai nombor aku la kau nak mati kan letrik?

Lama juga termenung dalam tu sebelum staf Jana Niaga datang tengok apa yang terjadi. Ada fius terbakar ke hape entah. Staf kat kaunter tu cakap, mungkin lama lagi dan suruh datang balik lepas waktu rehat. Lepas waktu rehat, petang karang la kan? Aiseh, lamanya. Waktu tu nak dekat pukul 12 dan ramai juga yang ikut nasihat staf tu untuk datang balik petang karang. Aku pun hampir-hampir nak pergi dah. Dah sampai pintu, aku macam tergerak nak patah balik sebab macam dengar bunyi air-cond. Benarlah, bekalan elektrik telah kembali. Nasib baik patah balik, kalau tak membazir masalah aku. Yuran konvo selesai dan selamat duit haku RM200. Hanya tinggal ambik jubah je 8 haribulan ni.

Alhamdulillah, dapat juga merasa konvo. Disebabkan ini, hasrat untuk membeli telefon baru ditangguh lagi. Belanjawan lari untuk konvo nanti. Mana nak bayar sewa hotel, baju baru, taja baju untuk keluarga dan kasut baru. Sebab dah kerja, kenalah tanggung sendiri kan? Mungkin pelik sebab aku sewa hotel bagai padahal takdelah jauh sangat kan? Sebabnya, sesi aku adalah pagi. 7.30 pagi dah kena ada. Perjalanan dari Banting ke Kuala Selangor paling cepat pun 2 jam. Pukul berapa pulak nak bertolak dari rumah kan? 2 jam tu tak termasuk kekangan lain lagi. Maka baiklah tidur hotel. Jimat masa dan tenaga. Selain daripada itu, dah ada orang mintak bunga tulip dengan Pooh. InsyaAllah... Buat orang tu, saya nak sejambak ros dengan coklat. Anda wajib datang juga ye hari Ahad tu walaupun sesi anda adalah hari Sabtu. Hehehe... Siapa lagi ye yang akan konvo bersama? Geng-geng i Rakan rasanya ramai juga yang akan naik pentas sekali. Bolehlah bagi tau ye, kot-kot nak bunga jugak ke. Hehehe...

1 comment:

MAN ANA? said...

agagaga....

insyaAllah, dah sesi sama hari sama...apo laei, sonang kijo eden.

selamat berkonvo.

dari,
orang itu.