Engagement Fund ;)

Tuesday, 27 September 2011

Bila?

Tempoh hari, Cik Sepupu ada tanya aku; "Ko ni bila nak beli handphone baru? Dah banyak kali cakap nak beli, tak beli-beli jugak." Cenggitulah lebih kurang soalan dia. Kemudian aku berkata; "Tu la, bila ada bajet je tak ingat nak beli handphone dah. Beli periuk belanga lagi best. Beli kasut ke, baju ke" Ahahaha.... Yep, tak tipu. Kalau nak, boleh je aku peruntukkan untuk beli telefon. Tapi aku sibuk fikir nak beli periuk belanga je walaupun masaknya tak seberapa.  Sekurang-kurangnya kalau orang tayang periuk belanga canggih, aku pun boleh tayang aku punya jugak. Boleh? Kahkahkah... Sekarang ni aku cadang-cadang nak beli non-stick frying pan dengan non-stick grill pan yang promosi dekat Parkson nun. Kekdahnya, kalau ahli kad Bonuslink berbelanja kat Parkson sebanyak sekian sekian ringgit dalam satu resit, boleh dapat 10 mata terus. Kemudian, bawak kupon mata tu untuk beli periuk belanga yang berkenan di hati dengan potongan sebanyak 60%. Kelabu mata haku dibuatnya. Banyak kurangnya tu. Takpe, promosi tu sampai Februari tahun depan. Ada rezeki, dapatlah beli. Hehehe...

Okey, berbalik kepada tujuan utama entri ini; pembelian telefon baru. Sebaik saja syawal menjelma, aku mulakan balik aktiviti menonton drama Korea. Tambahan pulak ada pembekal drama baru percuma, lagilah masyuk nak melayan kan. Jadinya, bila hari-hari dok tengok Korea ni, hari-hari jugaklah aku tergoda dengan telefon bimbit yang mereka pakai. Macam hensem pulak pakai phone touch screen ni. Hiks... Maka mulalah aku berazam nak beli satu. Pengaruh kuat betul! Masaalahnya, rekaan Nokia tak berapa nak hensem pulak. Rekaan yang hensem setakat ini adalah Samsung, Sony Ericsson dan LG. Tapi, aku tak pernah pakai telefon selain jenama Nokia. Takut la juga tak tahan lasak. Aku ni bukannya jenis yang suka tukar-tukar telefon. Sekali beli, pakai la sampai lebam. Jadi, tengah keliru sekarang ni. Mana satu ye?




Sony Ericsson Xperia Mini x10 kah?





Samsung Galaxy Fit kah?

Samsung Galaxy Mini kah?








atau












Sony Ericsson Xperia Mini X10 Pro kah?


Aik, kenapa semuanya mini? Dah kata bajet mini, beli yang mini sudahlah. Tahukah anda bahawa terdapat rakyat Malaysia menjadi muflis kerana berbelanja mengikut kehendak hati, bukan mengikut kemampuan? Juga, ramai rakyat Malaysia terbeban dengan hutang yang melampau kerana sebab yang sama? Itulah yang hangat diperkatakan sekarang. Kalau anda membaca akhbar The Star, akan ada satu ruangan khas untuk isu ini. Jadi kalau mampu beli yang mini, belilah yang mini. Tak ada hutang, hati senang. Cukup-cukuplah hutang yang ada tu. Oh, kalau nak tahu spesifikasi telefon-telefon yang tertera di atas, boleh terus ke sini ye. Jenama LG tak tersenarai sebab tak ada yang mini. Kalau ada yang nak taja aku beli LG, boleh la bagi tau deh! Kikiki...

3 comments:

Madam Sooyaree said...

Hihihi... kita pun selalu kena kutuk dulu, pakai tipon cap ayam. Asal boleh call ok la kan. Lagipun bila ada hp canggih manggih, nanti bila berkumpul semua duk layan tipon. Boring!

شاح اندرني said...

Salam.. Maaf ganggu.. Ana ada hp sony ericsson x8 android 2.2.. Ana ingat nak jual.. Ana jual murahlah daripada harga asal... Ana sebenarnya nak guna duit sikit.. Hp tu pun baru je beli bulan lepas.. Kalau minat mesej Ana di 0134135425 atau pm Ana di www.lampuneonmu.blogpsot.com

farae al-farafisya said...

Kak Huda, tau takpe. Karang masing2 dok belek telefon je. Tp asal telefon tu blh guna untuk call n sms, kira ok la kan.

Shah, terima kasih sudi singgah. Rasanya tak lagi kot. Bajet masih tidak mengizinkan. Apapun, terima kasih ye.