Engagement Fund ;)

Tuesday, 26 July 2011

Angin...

Angin apakah? Angin lintang? Angin laut? Angin kus-kus?

Kebelakangan ni rasa macam tak betul aje. Tak berapa pasti kenapa. Asyik rasa serabut je. Blog ni pun aku tengok macam tak kenan dah. Bersepah ok! Tak cantik. Memang dah patut tukar layout sebenarnya sebab aku dah tetapkan untuk tukar layout setahun sekali. Entah apa yang disibukkan, aku pun tak tau. Inilah jadinya bila kesengalan melanda. Bila terlalu memikirkan sesuatu benda, otak pun tertekan. Bila tertekan, aku tak buat langsung benda yang difikirkan tu. Camano? Dulu-dulu kalau serabut aku ajak crime partner makan aiskrim tepi tasik. Kadang-kadang beli bekas besar, kadang-kadang beli yang biasa punya. Biasanya balik dari usrah atau perjumpaan persatuan la buat aktiviti ni. Makan sambil borak-borak dan menikmati angin malam. Walaupun nampak biasa, tapi cara itu adalah memberi kelegaan. Sekarang crime partner jauh. Camano? Sedari, jomlah dating Sabtu ni. Kita pergi makan aiskrim mahu???

Sedapnyalah Banana Split ni...terima kasih Encik kerana tayang aiskrim sedap ni..

Rancangan mengajar untuk minggu ni dah siap. Yahooo!!! Lega sikit otak. Maka dengan ini, bolehlah mulakan kerja-kerja menanda latihan yang dihantar lewat itu. Siaplah kamu orang esok, saya kata hantar Khamis lepas, kamu orang hantar semalam. Ada yang kena denda ni esok. Muahahaha (gelak jahat)...

1 comment:

MAN ANA? said...

Huk3 namaku disebut...

Bulan ni adalah bulan yang menyesakkan. Macam2 perlu diselesaikan. Rasa terkejar-kejar tak cukup tanah.

Mood bekerja sudah makin merudum peratusnya. Entah kenapa....

Mungkin sindrom pra pernikahan sudah datang. Eh, tetiba!

Mahu jumpa hari Sabtu ya? Jam 1petang boleh ka? Saya ke kelas memandu pagi tu. Awak tidur la kt rumah saya. Saya sorang-sorang hujung minggu ni.

Hari Ahad awak balik la....

Pssst, sambut Ramadhan kareem sorang-sorang. sob3