Engagement Fund ;)

Wednesday, 13 October 2010

Ingat Saya Main-main Ke????

Hari ni rasa macam sibuk je sepanjang hari. Rasanya hari yang ada kelas memang sibuk menyediakan bahan untuk kelas. Semalam pun sibuk jugak sebab sebelah paginya jadi pembantu untuk Kelas Asas ICT. Kali ni, kelas MS Powerpoint. Hari tu MS Excel. Boleh la setakat tolong sikit-sikit. Dalam masa yang sama, boleh ulangkaji balik apa yang dah dipelajari. Ramai jugak la pelajar untuk satu sesi dan kelas ini adalah PERCUMA. Diulangi, PERCUMA. Sesiapa yang berminat, boleh roger. Nanti aku bagi nombor orang yang perlu dihubungi. Nak datang secara berkumpulan pun boleh. Ini cuma yang asas. Yang advance pun ada. Tapi kena bayaran la. Macam kursus ada. Maklumat lanjut pun nanti aku letak kemudian ye, pamplet tertinggal kat pejabat.

Mari kita ke topik utama. Hari ni ada kelas dengan budak-budak semester 1. Minggu lepas dah pesan pada mereka. BAWAK KAMUS...BAWAK KAMUS...BAWAK KAMUS...Ulang banyak kali ni. Siapa tak bawak, DENDA RM 1. Tak kisah la kamus BI - BM yang biasa tu ke atau BI - BI. Lagi bagus kalau BI - BI sebab belajar BI kan. Tapi tak nak yang elektronik. Apa yang berlaku petang tadi, ramai yang TAK BAWAK. Udah la masuk lambat, tak bawak kamus pulak. Kalau tak ada, pinjam la pada kawan-kawan lain. Kamu kan duduk asrama. Budak-budak sem 2 pun belajar BI jugak, mesti diorang ada kamus. (Eh, terbebel dekat korang pulak. Tak nak kena bebel, sila pergi blog lain sekarang. Heee..) Silalah bangun ye anda yang tak bawak kamus. Semuanya ada 20 orang. Apa lagi, bak sini singgit. Dah pesan kan minggu lepas? Ingat saya main-main??? Ingat saya tak boleh serius??? Tak jangka la pulak sampai seramai ni yang tak bawak. Dah kutip-kutip duit tu, aku berkata; "Wah, banyak ni boleh saya pergi Secret Recipe lepas ni." Hahaha..(gelak jahat) Pung..pang..pung..pang 15 minit jugak buang masa kat situ. Sabar je la... Kalau dah topiknya "Penggunaan Kamus", mestilah aku nak ajar segala neka yang berkaitan dengan kamus yang seketul tu. Haish.. dah la laptop ni buat hal. Tak boleh nak pancar slideshow. Tapi bila dah bega-bega, keluar la jugak walaupun ianya tidak normal. Terima kasih kepada Encik Shukri yang menbega laptop sampai dia boleh kawtim dengan projektor. Laptop ni memang dari dulu lagi memilih. Ada sesetengah projektor yang dia ngam, ada yang dia tak ngam. Eh, tapi aku makan pun duit diorang tu. Tak baik... Kita kumpul dulu. Kot-kot boleh jadi bukit ke. Boleh jugak buat rombongan Cik Farah ke Secret Recipe. Hahaha..

Balik agak lewat jugak. Datang lewat, balik pun lewat la. Lewat di sini bukan la bermakna punch card ku merah. Lewat dalam erti kata masuk pejabat, duduk seminit, pasang plug laptop, loceng pun bunyi. Maknanya aku datang tepat-tepat la.Tapi ada sehari tu, punch card jadi merah. Cuak ni padahal baru pukul 7.55 pagi. Sekali rupanya punch card semua orang pun merah. Mesin tu la yang bengong.  Tak apa la balik lewat sikit, siapkan kerja yang ada. Rumah pun sekangkang kera je.


Dalam perjalanan balik, terasa macam kotor benar kereta ni. Terus la singgah cuci kereta. Lama la pulak dia cuci. Sampai pukul 6.30 baru siap semua. Sebab dah petang, mood nak memasak pun dah hilang. Singgah je la pasar malam beli apape yang boleh dimakan. Nak beli bahan mentah, semalam baru beli. Sotong sekilo, ikan cencaru, ikan tongkol dengan ikan bawal. Dah bayar tu, aku terfikir; ko pehal beli sotong sampai sekilo? Nak jamu keluarga mertua ke? Hahahaha... Ingatkan sekilo tu tak banyak mana, rupanya banyak la jugak. Selalu beli dekat Econsave je. Makanya pilih dulu baru timbang. Boleh la agak-agak kalau dah banyak. Waktu pilih ikan bawal, aku tanya harga sekilo berapa. Dia cakap RM 18 sekilo. Agak mahal la tu. Ikan bawal memang la mahal. Nak-nak bawal putih yang gedabak tu. Dia dah angkat nak timbang, aku cakap "Eh, kejap-kejap. Agak-agak sampai sekilo tak tu?" Besar weh saiz dia. Sekali akak yang jual tu gelak dan berkata; "Alah, tak sampai sekilo ni. Ha, tengok ni. Cuma setengah kilo." Apa da gelabah. Hakhakhak... Abah cakap, dekat Bandar Banting banyak pilihan kalau nak beli ikan. Tu yang semalam terjah tu. Memang benarlah bagai dikata. Banyak pilihan dan segar-segar. Nampak sangat la selama ni bukan aku yang membeli ikan. Kalau perasan, ikan yang aku beli semuanya saiz besar. Sebab?? Malas. Ikan besar masuk kuali sekali je. Ikan kecik kena ada banyak pusingan. Beli ikan besar senang. Tambahan, dah siap disiang. Balik rumah tinggal cuci je, boleh terus masak ikut menu kegemaran. Tapi bila ke sini, memang bila masuk kedai ni, jumpa staf ILP. Masuk kedai sebelah, pun staf ILP jugak. Hehehe.. Bandar Banting disebut sebagai BB di ILP. Teringat pulak masa kat UNISEL dulu. BB di sana merujuk pada Batang Berjuntai. Manakala bagi orang-orang KL, BB merujuk kepada Bukit Bintang. Setuju?


Oh ye, aku TAK JADI ke Sabah. Sebab, semua orang nak simpan duit untuk kahwin. Sob..sob..sob..Tak dapat nak tengok Aini bersanding. Cuma dapat menghantar bungkusan saja dari semenanjung. Buat saudari Umie, akan ku cuba realisasikan permintaanmu untuk mengulas buku yang dikau beri di sini. Umie suruh buat ulasan bab demi bab. Cabaran ni. Buku yang tak terbaca pun berlambak lagi. Yang belum bukak balutan pun ada. Beli pandai, baca tak pandai. Takpe, buku bukannya basi. Bila-bila boleh baca. Nak tau buku apa?

Ini la dia... Kisah benar tau..
Dah dua hari ni tak dapat connection internet bila guna broadband. Mengada-ngada Celcom ni tau. Bila orang bayar bil awal, dia gedik buat hal. Bila orang bayar bil selepas amaran keluar, okey pulak. Gedik.... Lepas ni nak bayar bil lambat-lambat balik. Hurmmm... eh, hari Sabtu ni keje. Malasnya.. Minggu ni kena datang sebab ada kelas dengan budak-budak sem 2. Kelas ni untuk ganti raya haji nanti. Minggu depan pun ada kelas ganti lagi. Tapi Puan Reza kata kalau tak nak datang, mohon cuti macam biasa. Macam rugi je kalau cuti. Baik datang kan.. Datang, dapat gaji. Tak datang gaji tak masuk. Hehehe... Sekian la saja kisah benar tentang hidup seorang Farah.

No comments: