Engagement Fund ;)

Tuesday, 12 October 2010

Kenangan Lama

Saja nak cerita santai pulak. Siang tadi dah cerita fakta kan. Saya suka hari Isnin. Tetiba pulak. Sebenarnya tetiba teringat waktu praktikal dulu. Hari Isnin adalah hari yang paling memberi tekanan sebab kena masuk kelas 3 Mutiara; kelas paling hujung. Jadi, faham-faham la macam mana ragam mereka. Kalau rajin nak korek cerita waktu aku praktikal dulu, mungkin jumpa kot coretan tentang mereka. Bila dah jadi cikgu, baru la aku faham dan setuju apa yang cikgu-cikgu kat sekolah rendah dulu buat. Arwah mak pun pendidik juga maka banyak la cerita pelik tentang ragam budak-budak di sekolah. Ada satu cerita yang aku ingat arwah mak bagi tau, ada seorang budak tu sampai kena ikat dekat kerusi sebab aktif sangat. Dulu aku terfikir; "Ish, tergamak cikgu ni ikat budak yang nak belajar." Bila dah alami sendiri, memang patut pun budak tu kena ikat. Abeh kalau dah kejenya asyik berjalan, mengacau orang lain nak buat kerja, sampai boleh menimbulkan pergaduhan, nak diapakan? Ku kira sesi ikat mengikat tu adalah langkah terakhir. Sebagai pendidik, tak boleh terus aplikasikan cara brutal. Kena ada peringkatnya. Kiranya sesi ikat mengikat itu adalah bila kesabaran di tahap terakhir. Aku dulu tak boleh nak sentuh budak-budak tu kerana dalam waktu praktikal. Paling koman aku buat pun suruh pesalah-pesalah tu berdiri di koridor sambil menyiapkan latihan yang diberi.

Berbeza dengan Abah yang mengajar di sekolah menengah. Ragam budak-budak dah besar lain. Jadi cara didik juga perlu berbeza. Anak-anak murid Abah kata Abah garang kat sekolah. Tempoh hari, waktu pergi ke reunion pelajar SMK Tengku Ampuan Rahimah, punyalah payah nak melepaskan diri ke tempat kejadian dan melarikan diri untuk pulang. Kejap-kejap terserempak dengan bekas pelajar Abah. Dah, berhenti dulu nak bertegur sapa. Tambahan, Abah bukan saja guru di situ tapi juga warden asrama dan berkhidmat di situ lebih 20 tahun. Lama tu. Kiranya semua orang nak mengenang nostalgia waktu bersekolah di situ la. Sesi bergambar lagi la. Akhirnya aku dengan Abang Farhan 'melantak' juadah yang disediakan. Hahaha.. Apa punya perangai la kan. Kitorang dah habis makan baru Abah mula makan. Seronok sebenarnya jadi cikgu ni.

Jadinya bila tension, aku selalu merayap lepas balik sekolah. Serius, memang tension woo masuk kelas tu. Bukan aku je, cikgu-cikgu lain pun sama jugak. Dengan cikgu perempuan jangan harap la diorang nak takut. Kalau cikgu lelaki, baru la diorang gerun sikit. Sikit je. Cara aku nak hilang tension adalah dengan meronda tanpa hala tuju. Kadang-kadang sampai aku solat maghrib di masjid negeri. Sanggup tu menempuh kesesakan jalan raya semata-mata nak memandu tanpa tujuan. Atau kadang-kadang terjah King's Confectionary yang sekangkang kera dari rumah untuk membeli kek. Makan benda manis boleh melegakan stress. Bagi aku la. Orang lain mungkin caranya berlainan.

Petang tadi aku teringin sangat-sangat nak makan kek. Mula-mula fikir nak beli bahan je buat kek karet. Tapi fikir punya fikir, rajin sangat ke aku nak memarut karet tu? Tak kuasa den. Akhirnya Mrs. Kanc terberhenti depan Secret Recipe. Ter ye. Tak sengaja (banyak la ko punya ter..hahaha) Tengok jam, eh sempat lagi dapat minuman percuma ni. Ada masa kecederaan sebelum pukul 6 sebab tawaran minuman percuma hanya apabila anda makan sepotong kek di situ mulai jam 3 hingga 6 petang. Siapa tak nak benda free? Angkat tangan kalau ada. Maka ku memilih sepotong black forest bla..bla..bla.. Nama dia panjang sangat, tak ingat. Boleh la tahan. Cuma makan kek je. Nak makan benda lain macam tak berbaloi pulak dengan harga yang tertera dengan menu yang disenaraikan. Kira berbaloi-baloi la makan sepotong kek dengan secawan kopi yang diisi dalam cawan yang boleh tahan besar cuma perlu membayar harga sepotong kek. Ater, teman kan dah jadi kedekut. Siapa entah ajar teman jadi kedekut ni. Nasib la... Makan kek hari ni bukan sebab tension ye. Tapi sebab teringin...

Nota: Aku bukan kipas susah mati Secret Recipe. Biasa-biasa aja tahap penerimaan pada restoran ini. Cuma pergi ke sini waktu tebiat betul-betul dah kena buang.

No comments: