Engagement Fund ;)

Friday, 22 October 2010

Perancangan Itu Perlu

Ini cerita semalam. Tuan Tanah ni memang, sibuk mengalahkan PM. Hahaha.. Belasah la labu. Banyak yang berlaku semalam. Antaranya:
1. Dapat mesej pagi-pagi buat dari teman serumah lama. 3.25 pagi. Dah masuk alam pekerjaan ni, pukul 10.00 malam pun mata dah kelabu. Zaman belajar dulu, normal la kalau tidur 3 ke 4 pagi. Ok, melalut. Sebenarnya mereka mahu mengadakan perjumpaan semula bersama semua penghuni J4-...-....(tetiba terlupa pulak unit rumah berapa..sesiapa yang berkenaan, tolong saya untuk ingat semula..hehehe). Aiseh, adik-adik pun. Bukan ke 25 Oktober tu hari Isnin? Hari bekerja la sayang oi. Tambahan, Ijok itu adalah jauh dari Banting. Jaaaaaauuuuuuuuhhh. Bolehkah kalian buat perancangan baru?

2. Sakit kepala dan muntah juga. Sekali lagi, tanda-tanda migrain ni datang. Mengikut pengalaman, tanda-tanda ini berada dalam kategori teruk. Cuma tak hentak kepala kat dinding je semalam. Dari pagi pulak tu. Mujurlah bila petang tu reda sikit sakitnya. Dan aku balik lambat juga semalam gara-gara tidak memandu sendiri. 6.30 petang okeh.

3. Akibat tamak. Hah, bukan tamak apa pun. Tamak tak bagi balik kertas ujian dan assignment budak-budak ni. Bersusun atas meja ni hah. Akibatnya, aku fotostat balik latihan yang sebenarnya dah ada difotostat. Tamak lagi bubuh kertas warna merah jambu  ni banyak-banyak. Hahaha.. Punya la memikir nak buat apa latihan banyak-banyak. Nak lupuskan, macam banyak sangat. Tetiba, tinggggg! Weh, ko bawak je lah pergi semester depan. Apa susah? Macam la sem depan tak mengajar budak-budak sem dua. Hahaha.. Kelembapan di situ. Kepala sakit, fikir pun tak betul.

4. Azam baru. Sebab tak mampu nak mengadap kerja-kerja yang ada, maka aku cuma mengadap Mozila Firefox mencari bahan untuk ujian lisan dan pembentangan untuk ceramah kerjaya. Kerja jugak tu. Secara tidak sengaja, ternampak perkataan IELTS. Apakah menatang IELTS ni? IELTS adalah satu peperiksaan Bahasa Inggeris antarabangsa. Kira kalau nak sambung belajar dekat mana-mana universiti di dunia, kena ambik IELTS ni. Tiba-tiba rasa macam nak ambik IELTS ni pulak. Tapi cakap awal-awal, peperiksaan ni susah tahap gaban. MUET pun terkontang kanting, apatah lagi IELTS ni. Mujur MUET dah lepas. Ada lagi satu peperiksaan yang lebih kurang sama iaitu ESOL. Nampak macam sama tujuan IELTS dengan ESOL, tapi ianya adalah berbeza. IELTS untuk anda yang mendapat tempat di universiti manakala ESOL untuk anda yang mahu memohon visa pekerjaan di negara yang menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa rasmi. Ada rezeki dan kemampuan, satu hari nanti, nak ambik salah satu daripada peperiksaan ni. Untuk keterangan lanjut, boleh cuba tekan sini untuk IELTS dan tekan sini untuk ESOL. Kalau samar-samar tentang dua menatang ni, boleh tekan sini. Janganlah tekan saja-saja ye. Tekan dan bacalah apa yang perlu dibaca.

Hanya perancangan di masa depan. Perancangan itu perlu. Dah merancang, kena usaha pulak. Pagi ni, pagi-pagi dapat mesej dari Ketua Kumpulan TKR. Bagus kamu ni. Buat apa yang dipesan. Sedang menanti mesej dari Ketua Kumpulan CADD Mekanikal pulak. Hari tu lambat, kali ni kalau lambat jugak, tak tau la nak buat apa. Tidaklah denda duit. Karang ada yang mengadu pulak. Hehe..tak mengapa, masih ada beberapa jam sebelum jam lima.

No comments: