Engagement Fund ;)

Sunday, 31 October 2010

CAP SYABAS - Jalan-jalan Cari Bocor

Hari ni hari terakhir dalam bulan Oktober. Dah nak habis dah tahun 2010 kan? Sebenarnya macam banyak benda nak conteng, tapi macam malas nak cari masa untuk menulis. Mari mula mengupas tajuk di atas. CAP bukan merujuk kepada topi tetapi adalah Consumer Awareness Program yang dianjurkan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor. Diadakan pada Jumaat lepas, jam 3.00 hingga 5.00 petang di Bilik Seminar Pusat Sumber ILPKLS. Baru je ingat nak sudahkan pengiraan markah budak-budak ni, alih-alih semua staf DIWAJIBKAN pergi. Tapi tak semua pun datang sebab kebanyakan pensyarah yang ada kelas di bengkel teruskan dengan kelas. Peperiksaan akhir dah makin hampir, tak boleh main-main dah. Ada jugak staf di bahagian pentadbiran yang tak hadir. Mungkin ada kerja yang perlu diselesaikan segera. Aku pun ada kerja jugak, tapi disebabkan aku kan skema, maka datang je la. Duduk depan lagi. Hehehe...

Bermula agak lambat dari jadual sebab masalah teknikal. Mula-mula ceramah, agak boring. Tapi masih boleh diterima. Banyak juga la info baru kami dapat. Contohnya macam berapa kadar pengiraan untuk kadar pH dalam air, kekeruhan yang dibenarkan dan kandungan klorin dalam air yang dibenarkan. Kami juga diterangkan tentang peranan dan kuasa SYABAS dalam pengurusan air di Selangor. Sekiranya anda mempunyai masalah berkenaan bekalan air, boleh terus hubungi PUSPEL dan tindakan akan diambil dalam masa 1/2 jam untuk beberapa kes. Kepada yang gunakan tangki simpanan air, rajin-rajin la cuci tangki anda sebelum ia menjejaskan kualiti air dan kalau sesuatu berlaku dengan bekalan air ke rumah anda, SYABAS hanya bertanggungjawab hingga meter air di rumah anda. Saluran lepas daripada meter adalah hak privasi pengguna. Contohnya macam rajah di bawah:
Nak tengok lagi jelas, tekan pada gambar la ye. Kepada yang menggunakan penapis air, pastikan penapis anda diselenggara pada tempoh masa yang ditetapkan kerana sekiranya tidak diselenggara, kemungkinan penapis air anda akan berlumut dan menyebabkan pembiakan bakteria. Lagi satu, sila jangan mandi pada waktu seperti pagi dan petang(dalam dekat-dekat maghrib) sebab tekanan air akan menjadi rendah. Jika anda tak mandi pada waktu tersebut, maka pengaliran air tidak banyak dan tekanan air akan kekal tinggi. Ini membolehkan rumah saya mendapat air yang banyak. Hahahaha... Fahamkah? Maksudnya, waktu tu la semua orang pun nak mandi. Tu yang air jadi kecik tu. Cuba kalau mandi waktu lain, mesti air tak jadi kecik.

Kemudian, SYABAS juga ada program Jalan-jalan Cari Bocor. Tujuan? Sudah tentulah nak cari paip yang bocor. Ia dilakukan secara manual ye. Dalam erti kata lain kakitangan SYABAS yang terlibat akan menyusuri saluran paip sambil berjalan kaki untuk mencari bahagian yang bocor. Malas nak cerita panjang-panjang, korang klik la sini untuk info lanjut ye. Akhirnya, sebelum keluar dari Bilik Seminar, kami diberi goodies bag  yang berisi pelbagai benda. Tak cukup dengan itu, ada lagi jamuan di kafeteria. Makan percuma lagi... Alhamdulillah, rezeki... Hehehe..

No comments: