Engagement Fund ;)

Sunday, 17 October 2010

Tak Lena Tidur

Dah cerita pasal masak, ni nak cerita pasal alatan memasak. Tapi nak melencong dulu cerita lain. Ini Tempoh hari, lepas memenuhi undangan dari Abang Zahar, kami menerjah Jusco Bukit Tinggi. Sebab aku nak beli pencuci muka. Mula-mula macam cuak sebab dulu selalu aku pergi kat kaunter Clinique sini, orangnya selalu tak ada. Hampa... kerana Jusco inilah tempat paling hampir untuk aku menebus semua sample percuma yang diberi oleh Clinique. Agaknya sebab nak dapat benda free, maka dia pun tak ada. Nasib baik hari tersebut beliau ada di kaunter. Mula-mula ingat nak beli pencuci muka je. Fikir-fikir balik, baik aku beli sekali dengan penyegar dan pelembap. Tapi habis la melayang baaaaanyak duit ku membeli satu set pembersih muka tu. Lepas tu dia tanya aku pakai mekap apa. Aku mana la rajin nak mekap. Kalau mekap pun bodoh-bodoh je. Jadi cuma guna Avon. Sekali dia tanya, tak nak cuba mekap Clinique pulak ke? Erkk...tunggu gaji ku cecah 5 angka ye. Mahal seh mekap-mekap dia.

Lepas bayar tu, ronda-ronda kejap kat bahagian baju-baju. Tiba-tiba terjumpa blazer labuh. Alah, dah beli benda lain tadi. Bajet sudah habis. Cuma mampu belek-belek dan cuba-cuba saja. Tak lena tidur dibuatnya. Hahaha... Bukan apa, blazer labuh cenggitu adalah agak payah untuk ditemui. Takpe, nanti aku datang lagi. Tu baru blazer. Ada banyak benda yang bila dah terkenan dan berazam nak dimiliki akan membuatkan kadang-kadang tidur tak lena. 3 benda paling dikehendaki buat masa ni adalah; 

1. Bread maker. Walaupun rupa dia macam mesin basuh, tapi ini adalah mesin pembuat roti ye. Harga dia pun boleh tahan mahal.


 2. Stand mixer. Kalau la dapat yang ini, memang masyuk ah nak buat kek bagai. Dah la warna kegemaran, banyak fungsinya pulak. Harganya pun masyuk jugak. Beriban-riban kau.

3. Oven. Ini memang seronok kalau dapat ni. Siap ada tempat bakar pizza lagi. Harganya pun mungkin boleh tahan jugak ni.

InsyaAllah satu hari nanti akan ada jugak benda-benda alah ni kat dapur nun. Kalau nak lagi rambang mata tengok aksesori dapur, boleh klik sini. Histeria dibuatnya.

1 comment:

sha said...

produk Clinique yg u pakai tu,brape RM total die?ok tak Clinique?i ingat pn mcm nk gune Clinique.gune set yg mane ek?