Engagement Fund ;)

Thursday, 14 October 2010

Takut Air

Itu hari kan, lepas melantak makan semua jenis juadah yang terhidang kat rumah Na, aku dengan Umie singgah buang tebiat dekat Tasik Shah Alam. Lama gila tak datang sini, tempat bertendang waktu kecik-kecik dulu. Abah rajin bawak kitorang jalan-jalan waktu kecik dulu. Kalau masih awal, pergi Tasik Shah Alam ni. Kalau dah agak lewat, pusing-pusing bandar Klang je atau pergi ke Tanjung Harapan makan kacang rebus. Kecik-kecik dulu aku duduk Klang. Tu yang mampu sampai ke Tasik Shah Alam tu.

Mula-mula ingat nak jalan-jalan dekat-dekat je tapi akhirnya 3/4 tasik tu kitorang pusing. Berpoluh-poluh tau dak. Dengan berjubahnya, bersandal tinggi lagi. Nasib baik tak melecet. Bukan setakat pusing di daratan, malah kami pusing di atas air. Mula-mula Umie kata nak naik kanu. Aku dok pikir, udah la berjubah bagai. Tak reti berenang + takut air, ada hati nak berkayuh ke tengah tasik. Hahaha.... Akhirnya kami cuma naik bot persiaran. Layan weh, menikmati pemandangan petang sambil wajah disapa angin sepoi-sepoi bahasa, diiringi lagu baru Alif Satar yang "hanya kerna kau yang cukup indah, untuk dimiliki, untuk dicintai.." layannnnnn...hahaha..

Okey Umie, lain kali kita datang dengan seluar trek eh. Boleh singgah Bukit Cerakah, kayuh basikal dulu baru kita datang sini dayung sampan pulak. Hehehe.. Tapi bila duduk je dalam bot tu, terus teringat kenangan dekat Pulau Pangkor dulu. Sangat seronok sampai aku demam seminggu lepas balik dari sana. Hahaha... Demam yang sangat teruk ok. Muntah-muntah, menggigil, dan hampir pitam di kafe. Tapi tak ada orang tau aku demam termasuk teman sebilik waktu tu sebab dia balik rumah sebab tak ada kelas sebab cuti Deepavali tak silap. Rugi tau orang yang takut air ni kalau ke pulau sebab tak dapat nak main selam-selam atau berenang-renang sampai ke tempat yang agak dalam. Cuma bemandi-manda di tepian saja. Waktu pergi snorkeling pun aku duduk dalam air dalam 5 ke 10 minit kot. Penakut punya pasal. Habis je umpan kat tangan, terus menggagau cari tempat berpaut nak naik atas sebab tiba-tiba air pasang pulak. Tapi sempat jugak beramah mesra dengan ikan-ikan yang berwarna-warni. Aku nak bernostalgia malam ni, jadi nak tempek gambar sikit-sikit. Siapa rasa cerita ni dah basi tahap reput jadi baja, boleh klik X merah kat belah kanan ni ye.

 Ini sebelum bertolak. Bergambar dulu depan bas. Tema pada hari tersebut adalah BIRU

 Ini atas feri. Tak lama feri gerak, semua serbu naik atas. Sedap duduk kat atas ni, angin kuat. Sebab merasakan diri ini diva, semua nak menyibuk bergambar sama sampai kena halau.Hahaha...
Ini hari kedua. Riadhah waktu pagi. Aktiviti yang dijalankan santai tapi menyeronokkan. 

Ini sesi paling best. Sesi menangguk yat-yat. Nak tau yat-yat tu apa? Boleh tengok gambar kat bawah nun. Sekali dah dapat, seronok sungguh. Nak tangguk yat-yat kena cangkung membelakangkan laut supaya bila ombak kembali ke laut, pasir yang terikut yang mungkin membawa bersama yat-yat akan tertinggal di tangan penangguk. Dapat la beberapa ekor. Itu pun Abang Dee yang banyak tangkap. Abang Dee ni pemandu pelancong kami. Khidmatnya memang tip top.

Yang 3 orang ni memang dok tangguk pasir je. Hahaha... 

 Ini lepas tak puas main air dekat Monkey Bay (sebab terlari jadual). Monkey Bay ni tempat tersorok dan airnya tenang sikit. Waktu ni macam-macam gaya keluar. Kuak lentang la, gaya bebas la.. Hanya bagi mereka yang pandai berenang saja.

Ni la yat-yat tu. Teringat telatah Saudara Merico yang terlalu seronok mendapat yat-yat sehingga menukar nama ciptaan Allah ni menjadi "Was-was". Kahkahkahkah..bantai gelak kami semua..

Ini hari terakhir sebelum snorkeling. Tak ingat nama pulau ni. Tapi kami di bawa meredah hutan kecil yang ada disitu untuk merasai pengalaman jungle trekking di pulau.


Program inilah paling tak boleh belah sekali. Banyak kali kami terkena dan dikenakan oleh insan-insan sengal yang tak bertanggungjawab. Bermula dengan sesi Wa Kena Beb hari lahir Encik Presiden (ketika itu Ketua Exco Sahsiah), sesi balas dendam kepada pengarah program, hinggalah sesi Wa Kena Beb untuk semua ahli rombongan. Gerammm je bila dapat tau kebenarannya. Sabar..sabar..sabar... Sekian saja cerita goreng-menggoreng malam ni.

No comments: