Engagement Fund ;)

Saturday, 16 October 2010

Tak Susah Pun..

Selamat hari Sabtu semua. Sabtu inilah paling 'seronok' sekali sebab kena kerja. Tak apa, nanti bulan depan ada banyak cuti. Jadi kena ganti bulan ni. Bajet 2011 dah bentang kan semalam? Macam nampak ada bonus untuk kakitangan kerajaan TERMASUK pegawai kontrak. Hehehe... Lagi satu yang menyeronokkan untuk wanita, cuti bersalin diberi hingga 3 bulan. Staf wanita kat sini masing-masing cakap "Tahun depan aku beranak." Hehehe.. Encik Bad pulak cakap, "Habis la pejabat ni kosong nanti." Aku senyum je la.

Pagi tadi juga terbaca satu email yang disebarkan dalam Facebook mengenai sos pasta jenama PREGO. Antara kandungan dalam sos tersebut adalah minced pork. Jadi, berhati-hatilah kalau nak membeli bahan masakan yang dibuat oleh syarikat di luar Malaysia. Seeloknya, sebelum membeli, baca dulu isi kandungan bahan tersebut. PREGO memang jenama terkenal dan harganya pun agak mahal. Hok cinonet tu dah RM5++ tak silap. Jadinya, meh teman ajar satu resepi mudah sos pasta. Walaupun ianya mudah, anda perlu menambah rajin dan keazaman supaya sos pasta anda menjadi nyata. Ini akibat terlalu banyak menonton Rachael Ray la ni. Suka tengok dia masak sebab dia main campak-campak je dan tinggg.. dah jadi satu masakan yang enak. Sebenarnya memang sangat mudah. Anda cuma memerlukan;

Tomato
Lada benggala (capsicum)
Bawang putih
Minyak zaitun (EVOO) [beli yang HPA punya murah dan dijamin halal]
Italian Herbs [harga sebotol memang agak mahal tapi boleh guna lama]
Garam dan lada hitam secukup rasa

Cara membuatnya;
Belah dua tomato dan lada benggala. Sukatan tu agak-agak la ye sebab aku buat pun main campak je. Hehehe... Ketuk bawang putih dan letakkan semuanya dalam dulang pembakar atau loyang. Taburkan Italian Herbs, garam dan lada hitam. Herbs tu jangan la banyak sangat sebab kalau terlebih jadi tak sedap. Lepas tu, letak minyak zaitun. Bakar dengan suhu tinggi selama 15 minit. Ikut la jenis oven. Oven ku hok tak boleh set suhu. Bila dah masak, sejukkan kejap dan kisar hingga hancur. Tadaaa, dah siap sos pasta. Murah dan mudah. Silalah cuba ye...

No comments: