Engagement Fund ;)

Tuesday, 5 October 2010

Surat Cinta

Beberapa hari tiada entri baru di sini. Kemalasan + ketiadaan masa. Cerita raya pun tak catat lagi padahal rayanya dah nak habis. Hehehe.. Hujung minggu sepanjang Syawal ni, tidak lekat di rumah. Mengikut Abah memenuhi undangan ke majlis rumah terbuka atau beraya ke rumah saudara mara. Jadi, hujung minggu ni rancangnya nak duduk diam kat rumah mengemasa bilik yang macam tongkang pecah dan juga mengemas rumah. Semoga angin-rajin-tahap-gaban bertiup kencang ke dalam diriku. Amiiinn...

Pagi tadi, sesuatu telah berlaku di Banting. Sejak kebelakangan ini Banting memang tersohor kerana pembongkaran kes pembunuhan dan orang hilang yang masih hangat diperkatakan. Tak pasal-pasal pulak kan, datang Banting je hilang...datang Banting je hilang. Semoga penduduk Banting sentiasa berada dalam lindungan Allah. Oh, pagi tadi punya kes bukan pasal orang hilang ye. Tapi pasal lori besi terbalik merentangi jalan raya utama untuk ke Banting. LORI BESI ok..! Hok panjang tu la. Aku memang tak tau apape la sebab untuk ke ILP tak melalui pekan Banting. Cuma bila dah sampai pejabat baru kecoh-kecoh kata ada lori terbalik. Tempat terbalik tu memang strategik, dekat jambatan Sg. Langat tu. Memang tak ada jalan lain dah untuk keluar dari Banting kecuali ko nak pusing ikut Sg. Pelek. Lama jugak kesesakan yang berlaku. Sampai tengah hari, baru reda. Tuan Pengarah yang patutnya ada mesyuarat di HQ boleh patah balik sebab tersekat dekat depan Maybank selama 1 jam. Kalau aku pun aku patah balik. Tak suka sesak-sesak ni. Hehehe..

Pagi tadi jugak, sampai-sampai je ada sampul surat atas meja. URUSAN SERI PADUKA BAGINDA beserta cop jabatan dan tertulis namaku. Cuak weh... Pagi-pagi dah dapat surat cinta. Surat amaran ke? Tapi tak pernah la pulak punch card ku merah. Sekali bukak...laaa....buat cuak je. Penyata gaji rupanya. Kus semangat. Baru dapat penyata je ye. Duitnya belum ada. Jadi, marilah kita menabung. Hehehe...

Hari ni tiada kelas. Jadi ku hanya menyambung kerja-kerja penterjemahan yang diberi. Tak pasti pulak modul tu untuk kos apa.Yang pastinya ia berkenaan komputer, internet, dan virus-virus komputer. Seriau pulak bila dah tau pasal malware, adware, spyware etc. etc. secara terperinci.  Dekat sini, kena ingat semua kos yang ada dan ringkasannya macam TKR, TPM, CADD Senibina, CADD Mekanikal, dan ada satu lagi yang aku lupa. Sebab aku mengajar semua kelas yang ada, kena la ingat. Kelas pun bukan lagi sekangkang kera. Lepas dirombak, kelas dah jadi sekangkang zirafah (ada ke?haha). Ok la, jalan jauh sikit. Boleh bersenam. Minggu lepas, ingat nak bagi kuiz kat budak-budak sem 1. Sekali ada satu kelas tak masuk pulak. Udah le deme tak kabo kat teman deme ada program. Lepas tu program deme dekat sebelah je kelas berlangsung. Macam mana teman tau? Teman ada cam 2 ke 3 orang budak-budak dari kelas tu. Geram la jugak. Sekurang-kurangnya datang la kejap kat kelas tu bagi tau tak dapat masuk kelas sebab terlibat dengan program. Ish, sabar..sabar..Jadi, nasib kome la minggu ni kena buat kuiz + ujian sekali. Kita tengok siapa yang kena. Kehkehkeh...Oh, ada seorang pelajar ku bernama Faliq. Tetiba teringat dekat Ifdal Faliqh pulak. (hai Ifdal :) )

Hari Khamisnya, masuk kelas Sem 2 pulak. Nasib baik mereka tak lewat macam minggu sebelumnya. Sem 2 punya silibus berat sikit sebab melibatkan banyak penulisan. Aku paling benci bila tengah buat penerangan, tiba-tiba hilang perkataan yang nak disebut. Kita tau perkataan tu tapi tak terkeluar apa bendanya. Untuk P&P, tak guna sepenuhnya bahasa inggeris, ada campur-campur bahasa melayu. Itu pun, bila dah habis kelas, ada 3 orang pelajar perempuan datang padaku cakap tak faham bila aku speaking. Heh?? Bila ku tanya faham ke tak, semua semangat kata "YESSSSSSS..." Sabar je la..

Sedikit pengenalan tentang ILP. ILP adalah sebuah institut yang dikendalikan oleh Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia. Menawarkan kursus di peringkat sijil hingga diploma dengan beberapa pilihan bidang iaitu CADD Mekanikal, CADD Senibina, Teknologi Perisian Pengaturcaraan, Teknologi Perisian Multimedia, dan Teknologi Maklumat Rangkaian. Untuk keterangan lanjut, boleh klik di sini. ILP ni tak macam kolej atau universiti. Mereka ada uniform dan peraturan yang ketat. Setiap pagi ada perhimpunan dan rutin harian macam di sekolah berasrama.

Gitu la corat-coret kehidupan sebagai seorang pengajar budak besar. Berbeza weh. Dulu ajar budak umur 9 tahun. Sekarang ni dah jadi 19 tahun. Jauh beza tu. Cara pendekatan pun kena berbeza jugak. Kerenah mereka lagi banyak beza. Ko kenakan aku? Hah, jawab soalan ni. Berdiri la kome sampai dapat jawab... Baru termangu-mangu. Hehehe...

No comments: